11 Hours To Boston: Bab 48

2K 92 3
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tangan halus yang masih menarik luggage itu sedang menggigil hebat. Jantungnya berdegup laju. Peluh mula membasahi pelipat dahi. Sesekali, dia mengangkat wajah memandang beberapa susuk tubuh yang berdiri tidak jauh darinya.

Walaupun keadaan di dalam lapangan terbang ini sejuk dek pendingin hawa, entah mengapa dia rasa sungguh tidak selesa.

Kaki panjang yang masih tersarung kemas kasut tumit tinggi pramugari Turkish Airlines itu, melangkah dan terus melangkah, semakin dia menghampiri, semakin hatinya gusar.

"Dura, wait... " Lengan mulus rakannya di sisi yang sibuk dengan telefon, ditarik. Dura lantas menoleh ke arahnya sambil mengerutkan dahi tanda diselubungi kekeliruan.

"Why?"

"I..I nak ikut you balik rumah, cakap dengan mak you, I nak tumpang rumah.."
Saat ini, kerongkong Dura mula bersenam dengan laju. Dia menggaru-garu hujung keningnya memikirkan alasan untuk menolak permintaan Nedine.

Tak akan nak beritahu yang dia sebenarnya sudah dibuang oleh keluarga sejak beberapa tahun yang lalu? No! Tak boleh, dia tidak mahu Nedine tahu apa-apa mengenai kisah silamnya. Juga, tentang rahsia kewujudan Estela sebagai anak luar nikahnya.

"Well... K..kenapa pula you nak ikut I balik? You kata ada banyak benda nak diuruskan dengan family you? T..tu.."

Dura menghalakan jari telunjuk ke arah jari manis Nedine yang sudah tersarung indah cincin berlian yang berkilau dan bersinar terang.

"Pasal tukang beri cincin tu, you tak nak bagitahu ibu dengan abah you yang you dah terima lamaran Essac?"

Nedine mengeluh berat. Senggang beberapa saat, dia mengarahkan Dura untuk berpaling menghadap ke arah jam sembilan di mana seluruh ahli keluarganya bersama dengan seorang lelaki yang tidak kurang tampan berdiri.

Mata hitam berkilat Dura membundar laju. "OMG! Diorang dah ada dekat sini? Wait.. wait.. wait.. is that guy.."

Tidak sempat lagi dia menghabiskan soalan, Nedine sudah mengangguk terlebih dahulu seolah mengetahui soalan sebenar yang ingin Dura ajukan.

"Syed Iskandar Haji Ahmad. Dialah lelaki yang ibu dengan abah I beria nak jodohkan dengan I tu." Jawab Nedine sambil dia memusingkan Dura ke arah belakang. Dia juga turut berpusing sama. Tujuannya tidak mahu ahli keluarganya di sana perasankan kelibatnya di situ.

"Hurm.. dia kacak juga, tinggi pun boleh tahan, tapi kalau nak dibandingkan dengan Essac, Essac lagi hot for me.."

Ingatkan habis sudah sesi perbandingan, rupanya belum, Dura mengambil nafas dan menyambung lagi.

"Tapi.. just in case kalau Teng.." Dia jeda. Aduh, nasib tak terlepas cakap. Dia pandang Nedine yang masih menanti sambungannya dengan serius.

"I mean, kalau buat perbandingan dengan Ghaze sekali, O.F.C. dia menang. Ghaze tu tinggi, badan tegap, muka dia memang handsome gila, abdomen tubuh dia, perfect, oh gosh.. I'm melting Nedine.."

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now