11 Hours To Boston: Bab 15

2.6K 125 5
                                    

4

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4.00 petang..

Sudah hampir dua jam dia duduk di lantai yang terasa seperti ais batu itu. Punggung sudah mula kebas.

Terasa sejuknya mencengkam tulang. Dia berdiri. Karbon dioksida yang dikeluarkan, sudah pun mempunyai asap tanda dia kesejukan.

Dia berdiri memeluk tubuh. Bermundar-mandir pula di hadapan pintu rumah bekas teman wanitanya itu.

Sekali, derapan tapak kasut, mula kedengaran. Dia lekas memalingkan badannya ke belakang. Akhirnya.. reti pun pulang ke rumah.

"You pergi mana ha? Tahu tak, sekarang sejuk dekat luar.. you tak reti nak balik ke?" Dia dekati Nedine yang sudah lemparkan wajah menyampah.

"I ok aje." Balasnya sambil mata sengaja menjeling bekas teman lelakinya itu. Essac senyap. Untuk seketika, dia garu kepala. Seganlah pula hendak lontarkan soalan yang sedang berlegar di benaknya ini.

Akhirnya, dia berterus-terang juga."Y.. you betul ke nak keluar dinner dengan lecturer tu?" Tiba-tiba, dia buka kembali cerita tadi. Nedine terus senyum suka. Dia angguk kepala beria-ia.

Essac pula sudah mula menyampah. "You suka sangat dia tu. Setakat dia tu, I ni mana dia boleh lawan." Essac berbangga diri. Hal itu, buatkan Nedinena mencebik bibir merahnya. Yalah tu.

"Apa yang dia tak boleh lawannya? Apa je yang you ada sampai dia tak boleh lawan?" Soal Nedine mencabar.

Essac ketawa sinis, lalu berkata, "I O.F.C. lagi handsome daripada dia! I sweet, I pandai, paling best, I ni king of art.. lukisan I selalu jadi favorite you, kan?"

Dia kelip sebelah mata coklat uniknya buatkan jantung Nedine berdegup laju. Dia masih cuba kawal dirinya. Jangan tunjuk sangat. Kalahlah nanti.

"Nope! You O.F.C. tak boleh lawan kekacakan dia! You tak sweet! You tak adalah pandai mana. Otak you ting tong aje! Paling tak best, lukisan you, biasa aje!"

Nedine sengaja kata begitu. Padahal, semua itu tipu. Jauh di sudut hati, dia memang fikir apa yang Essac gambarkan tentang dirinya.

Gila? Siapa tak jatuh hati dengan Essac Damien? Orang kaya, anak Tan Sri. Student Harvard, bijak, pandai pula lagi. Belum juga ditambah dengan wajah kacaknya itu. Ughh.. Essac ialah calon suami idaman semua! Dia lengkap juga sempurna!

"Ish! You ni! Habis, apa yang ada dekat Dr. Alfie tu sampai you tersengih-sengih macam kerang busuk bila dengan dia? Huh?" Essac melontarkan soalan tersebut dengan hati yang sangat sebal ketika ini.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now