Massachusetts, Boston.
Ghaze mengusap lembut ubun-ubun kepala gadis kecil yang masih lemah terbaring di atas katil hospital itu. Sesekali, dia menggenggam tangan kecil Estella yang tercucuk dengan wayar drip air.
Wajah riak jelas terpapar di wajahnya. Pintu dikuak seseorang dari luar, Dura kemudian melangkah masuk. Sekarang sudah jam 8.00 malam.
Stella masih belum sedarkan diri, ada beberapa kali dia mencelikkan matanya, namun selepas beberapa saat, ianya kembali tertutup.
"G.. Ghaze.." Tiada sahutan. Dura kemudian menundukkan wajahnya. Dia terus berjalan mendekati suaminya yang sedari siang tadi tidak meninggalkan kerusi pelawat.
"Y.. you marah I ke?" Takut-takut dia bersuara. Saat itu, Ghaze melepaskan keluhan berat. "You kata Stella beritahu you yang dia sakit, dia minta you bawa dia pergi hospital?" Dura teragak-agak ingin mengangguk.
"Habis? Kenapa you marah dia lepas tu?" Sebenarnya, Dura sendiri yang ceritakan apa yang berlaku sebelum anaknya pengsan. Sejak dari itu, Ghaze berubah sedikit marah padanya.
"S.. sorrylah.. I.. I.. was just.."
"What?" Suara Ghaze yang naik seoktaf, buatkan bahu isterinya terhinjut. Dia mengetap bibirnya menahan rasa di hati. Dia tahu dia salah kerana abaikan anaknya yang sedang sakit.
"I fikir dia main-main," jawabnya membalas soalan si suami tadi. "Main-main? Seriously Dura Elayni?" Dura terus tercengang di sisinya.
Pertengkaran mereka yang semakin kuat bergema di ruangan wad VIP kanak-kanak, buatkan suasana sekeliling kian bingit. Hal itu menyebabkan Stella yang masih tidur dalam keadaan lemah, mencelikkan matanya.
"Ma..ma, a..ayah."
Suara halusnya yang masih serak mengejutkan kedua pasangan suami isteri itu. Ghaze lekas merapatkan kedudukan antara dia dan gadis kecil itu sekali lagi.
"Stella.. hey.. are you okay sayang ayah? Hmm? Sakit dekat mana-mana ke?" Dia terus bertanyakan keadaan si kecil itu. Stella sekadar menggeleng. "K.. kita kat mana ni?" Dia mula memandang sekeliling, namun masih tidak memahami situasi.
"Kita dekat hospital. Anak ayah ni tak sihat, doktor kata Stella kena banyak rehat," jelas Ghaze sesambil tangan kekarnya masih mengusap ubun-ubun kepala gadis itu.
Estella kian mengalihkan pandangan ke arah mamanya yang berada bersebelahan Ghaze. Dengan rasa takut-takut, dia mula memalingkan tubuh kecilnya ke sebelah kiri membelakangi kedua mama dan ayahnya itu.
Dura sedikit terkejut dengan tindakan Stella, begitu juga Ghaze. "Stella.. kenapa ni?" Soal Ghaze sambil menepuk bahu halus kanak-kanak itu.
"S..Stella.." Dura turut menegur. "Stella nak tidur." Tiga patah perkataan, akhirnya, dia mula melelapkan matanya kembali.
YOU ARE READING
11 HOURS TO BOSTON ✓
Romance[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam sebuah penerbangan cinta menuju ke Kota Boston, hati mereka mula keliru dengan perasaan masing-masing. Kini, Safieyah Nedinena dan Es...