Sebulan kemudian,
"Sayang! Drawing set abang hilang! Dah lambat ni!" Nedine menggeleng kepala dan tersenyum sendiri melihat set lukisan yang terletak di atas permukaan meja dapur.
Dia sempat mengerling suaminya yang kelihatan kelam kabut di ruang tamu. "Abang! Drawing set abang kat atas meja dapur ni ha!" Laungnya kembali.
Essac lekas menghayun kaki ke meja dapur. Dia tersengih dan menggeleng saat melihat set lukisannya memang berada di meja dapur. Dia sendiri sudah lupa yang dia tinggalkannya di situ.
Selepas dia mencapai set lukisan tersebut, Nedine muncul dari dapur bersama dengan apron bertemakan kartun teddy bear yang masih dipakainya.
Essac ketawa kecil. Alahai... comelnya. "Sayang... comelnya! Rasa tak jadi nak pergi kelas lah tengok sayang macam ni.." Dia mendekati isterinya, pinggang ramping Nedine melekap kemas dalam tangannya.
Tubuh itu kemudian diangkat dan dipusingkan, dia meletakkan isterinya ke atas permukaan meja makan. Nedine tersenyum lebar saat dia rasakan Essac mengangkat tubuhnya dengan mudah.
Dia mencubit bahu suaminya. "Eee, jangan nak mengada.. cepat, tadi kata dah lambat. Abang nak graduate lagi berapa hari je? Nanti tak dapat sijil master tu, baru tahu!" Sengaja dia menakut-nakutkan suaminya.
Essac malah, terus menyembamkan wajah ke dada isterinya. "Siapa suruh sayang comel sangat. Tak jadilah rasanya nak pergi kelas harini." Dengan badan yang sengaja dilembikkan, dia terus mengeratkan pelukan isterinya.
"Abang.. dahlah tu, cepat.." Sudah diomel begitu oleh Nedine, dia menegakkan badan sambil wajah monyok ditayangkan. "Yelah.. yelah.. nak manja pun tak boleh!" Tangan disilangkan ke dada sambil wajah dipalingkan ke arah lain, gaya merajuknya.
Nedine ketawa. Essac kalau bab manja, mengada, memang nombor satu!
"Huh.. ha...hachoo!" Tiba-tiba Essac bersin. Dahi Nedine berkerut. Dia lekas melompat turun dari meja, dahi suaminya dirasa.
"Abang demam ke? Badan abang macam panas je.." Soalnya. Essac menggaru kepala. "Mana ada.." Dia menafikan. Sekali lagi bahunya dicubit Nedine.
"Tulah, minggu lepas abang sibuk siapkan drawing sampai tak ada rehat. Kan dah sakit ni?" Nedine lekas mengorak langkah menuju ke dalam dapur.
First aid kit yang berada di dalam kabinet dapur, dicapai. Dia kemudian kembali mendekati suaminya. Tangan sasa Essac ditarik, suaminya itu diarahkan untuk duduk di kerusi.
"Hachoo!" Sekali lagi Essac terbersin. Hidungnya digisai menyebabkan warna hidungnya berubah sedikit merah. "Eh.. s.. sayang nak buat apa tu?" Soalnya seraya dia menyeret kerusi menjauhi first aid kit.
"Nak bagi abang ubat. Nanti demam tak kebah, susah." Ubat demam dikeluarkan daripada peti itu. Belum pun Nedine sempat melakukan apa-apa, Essac sudah berdiri dan semakin menjauhinya.
YOU ARE READING
11 HOURS TO BOSTON ✓
Romance[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam sebuah penerbangan cinta menuju ke Kota Boston, hati mereka mula keliru dengan perasaan masing-masing. Kini, Safieyah Nedinena dan Es...