*EPILOG*

4.4K 161 17
                                    

Istanbul, Turki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Istanbul, Turki.

"Sayang.." Halus suara garau itu menyapa telinganya. Dia yang tadinya termenung jauh ke luar balkoni rumah, kini berpaling separa saat terasa yang suaminya mula mendekati.

Pinggang dirangkul erat dalam pelukan. Perutnya yang sudah menampakkan bentuk, kini terasa diusap. "Buat apa kat sini? Tak sejuk ke? Kan dah malam ni..." Tegur Essac sambil dia terus mengusap perut isterinya.

Dagu disembamkan di bahu Nedine. "Saja... tengok langit. Malam ni langit cantik, ada banyak bintang... bulan pun terang..." Sambil dada langit menjadi penghias mata, dia kembali membalas usapan tangan suaminya yang sedang mengusap perutnya.

"Cantik kan abang?" Essac tersenyum. "Cantik... cantik sangat." Sibuk mulut memuji walhal mata memandang ke arah isterinya. Yang dia maksudkan cantik, bukan saja langit malam ni, tetapi si penenung langit yang sememangnya cantik bak bidadari.

"Tapi jangan lama sangat... tak elok, sayang kan tengah mengandung..." Pesan Essac pula. Nedine mengangguk sambil senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Baby ok hari ni?" Essac bertanya sambil isterinya dipusingkan menghadap wajahnya. "Ok.. cuma.. dia kata dia rindu daddy, daddy asyik spend time dekat art gallery je." Nedine sedikit mencebikkan bibirnya.

Essac ketawa kecil. "Alah.. ini baby ke mama yang rindu ni?" Nedine memeluk leher suaminya. Essac terus melangkah setapak merapatkan lagi posisi mereka.

"Dua-dua," jawabnya.

Essac melepaskan tawa sekali lagi. Dia melagakan hidung mancungnya dengan hidung Nedine. "Sorrylah dear... abang sibuk, lagipun Damien's Gallery baru buka dekat Istanbul ni. Lepas urusan wajib dah selesai, kuranglah sikit busynya," jelas Essac dengan lembut.

"Faham.. Nedine bergurau je." Dia kemudian tersenyum. Dahi Essac mula berkerut memandang ke arah langit. Dia kemudian mengorak senyuman.

"Sayang tengok.. ada kapal terbang." Nedine berpaling ke belakang semula, tubuhnya masih berada dalam pelukan Essac.

Dia turut tersenyum. "Turkish Airlines?" Mereka bersuara serentak, akibat daripada itu, tawa mereka juga terlepas serentak.

"Aih.. rindu pula nak sarung uniform pramugari balik," ujar Nedine sendiri. Essac yang mendengar itu, mula berkata.

"Kalau nak jadi pramugari balik, pergilah, abang tak halang, lepas bersalin, sayang cubalah apply balik.." pinta Essac. Nedine senyum.

Dia mengecilkan bebola mata seolah memikirkan dulu hal itu. "Nantilah Nedine fikirkan. Lagipun sekarang Nedine dah bertudung, susah sikit.." Essac sekadar mengangguk. Tetapi sungguh, kalau Nedine minat dengan kerjaya itu, dia sebagai suami memang menyokong, selagi Nedine pandai menjaga aurat serta dirinya.

"Abang ingat tak masa mula-mula kita jumpa balik?" Essac lantas melepaskan tawa hambar. "Ingat. Nedine layan abang nak tak nak je even abang passenger kapal." Nedine turut melepaskan tawanya juga.

"Tulah abang, siapa suruh tinggalkan Nedine dulu." Dia menjeling suaminya sekilas. "Alah.. masa tu abang tak sedia. Tapi sekarang.. alhamdulillah abang yakin dengan diri abang untuk jaga Nedine dan baby kita ni."

Bisiknya di telinga isterinya itu. Nedine tersenyum manis. "Tapi paling tak boleh blah, Dura. Ada ke dia patut dia join Nedine marah abang juga?" Essac saja membuka cerita-cerita lama.

Nedine ketawa. "Tulah kan.. haih, rindu pula kat dia. Dengarnya date birth dia minggu depan.. haih, mesti comel anak dia dengan Ghaze kan?" Essac tersenyum memikirkan hal itu.

"Anak kita pun mesti comel," katanya pula. "Tak kisahlah yang penting dia sihat." Nedine membalas kembali.

"Sayang... sayang tahu, semua ni rasa sekejap je kan? Tahu tahu kita dah nak ada anak. Kalau dulu sayang tak getback dengan abang apa jadi agaknya ya?"

Nedine menggeleng kepala dan tersenyum. Ada ada saja Essac ni, suka betul mengimbau kenangan lalu. "Entahlah, abang jadi teruna tualah kut.." Essac ketawa terbahak-bahak.

"Jahatlah, tak baik..." Nedine sekadar tersengih. "Abang... terima kasih sebab terima Nedine dalam hidup abang walaupun Nedine bukan sesuci wanita lain.."

Essac terus memeluk tubuh isterinya itu dengan lebih erat dari posisi belakang. "Abang yang patut berterima kasih sebab sudi jadi dearest ms stewardess abang.. Abang sayang Nedine.. lebih daripada abang sayang nyawa abang. Demi Allah, tak akan pernah kurang rasa cinta abang."

"I love you too.."

"Abang harap kita akan terus dilanda bahagia untuk hari-hari berikutnya dalam hidup kita. Dengan kelahiran anak kita ni nanti, abang doa sangat yang kita akan kecapi kebahagiaan yang lebih indah."

"Aamiin..." Nedine mengaminkan segera doa suaminya itu. Pada malam yang indah bersama bintang dan bulan yang terang menghiasi dada langit, mereka berbicara tentang kehidupan dan kisah cinta dari permulaan hingga ke akhirnya.

"Abang harap anak kita nanti, pramugari bajet junior.. " Nedine langsung tertawa. Lama betul dia tidak dengar nama ejekan itu.

"Nedine pula harap anak kita student Harvard cabuk junior.." Dia kembali mengusik suaminya. Essac ketawa dan kembali membenamkan wajah ke bahu isterinya.

Sekian... Bahagialah kalian Essac Damien dan Safieyah Nedinena untuk hari hari yang akan datang.



-Tamat-

Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa Cik Pramugari Bajet dan Encik Student Harvard Cabuk, tamat.

11 Hours To Boston...

Melabuhkan tirainya.

Assalamualaikum wbt, jumpa lagi di kisah pembongkaran misteri sebenar antara Ryan dan Dalisha.

*Siapa ii yg dh lupa tu, pergilah scroll balek L'amore e'oro 😂

*Note for 11 Hours To Boston's readers.*

- Saya aish_maira, ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya cerita ini kurang menarik dan tidak seberapa bagus bagi kalian.

- Walau bagaimanapun, saya tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang masih sudi membaca karya kali ini...


Salam sayang,
aish_maira


11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now