"Nedine! Asal lambat sangat? Ingatkan you terlajak tidur. You jangan, kita dah lah baru lulus cuti lima bulan tu. Nanti tak pasal-pasal kena tarik balik." Bebelan Dura buatkan Nedine tertawa kecil.
"Sorry babe, I ada hal sikit dengan adik I. Sembang dengan dia dalam phone, sampai terlewat." Balasnya ringkas.
Dura geleng saja kepala. Uçağa binebilir miyiz? Uçuş birkaç dakika sonra değil mi??" (Can we get on the plane? Flight is in few minutes right?) Dia paut lengan rakan baiknya itu dengan kemas. Dura angguk kepala.
Ya, bagus juga ada Dura ni sebenarnya, bolehlah dia terus kekalkan bahasa ibundanya saat bertutur. Dura merupakan rakan baiknya sejak masih sekolah rendah.
Dahulu, Dura merupakan pramugari bagi syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Tetapi sejak dua tahun lalu, dia mohon untuk ditugaskan sebagai pramugari Turkish Airlines pula, ya, kerana ada BFF tercintanya lah. Sebab dia dengar, Nedine diterima sebagai pramugari Turkish Airlines, dia pun mulakan permohonan. Akhirnya, dia di sini, bersama rakannya itu.
"Biletiniz lütfen efendim.." (Your ticket please sir..) Ground staff, wanita Turki itu meminta tiket penerbangan di tangannya untuk diperiksa sebelum membenarkan dia menaiki pesawat.
Tanpa banyak soal, dia segera serahkan. Matanya masih sibuk dengan telefon. Mana tidaknya, bertubi-tubi Whatsapp dari Alvin dan Ghaze di dalam group tidak dia balas.
Ya, rakan-rakannya di Boston. Mereka sudah pulang semalam, cuma dia yang baru hendak pulang hari ini. Itu yang mereka sibuk bertanya bila mahu sampai.
Apa? Mereka fikir Boston dengan Istanbul ini sebelah rumahkah? Lambertt lagi bro nak sampai. 11 jam dia perlu tempoh berkebas punggung di dalam kapal terbang. Haish.
"Here your boarding past.. İyi uçuşlar efendim.." (Enjoy your flight sir..) Bicara ramah ground staff itu dibalas dengan anggukkan kepala.
Baru dia melepasi pintu perlepasan, telefon berdering. Nombor Ghaze tertera di skrin telefonnya itu.
Dia lekas seret skrin tersebut ke atas. "Ha? Asal?" Oh ya, kedua Ghaze dan Alvin, mereka pelajar Universiti Harvard yang berasal dari Malaysia. Untungnya rasa. Tidaklah dia lupa asal usul bila berada dekat dengan rakan dari Malaysia.
"Kau dah dalam flight?" Suara Ghaze kedengaran dari corong sana. Dia turut dengar celoteh Alvin yang tidak henti cuba merampas telefon di tangan Ghaze.
Masing-masing berebut hendak bercakap dengan rakan mereka itu. Essac geleng kepala saja. Haih. Dasar kanak-kanak ribena. "Belum. Baru nak masuk ni." Balasnya.
"Sac! Yeay! Scandal aku dah nak balik... Rindu gila! Rindu gila dekat kau.. lama tak jumpa, nanti aku ambil kau, kita dating nak?"
Alvin? Kalau tak merapu, bukan dialah. Pap!
YOU ARE READING
11 HOURS TO BOSTON ✓
Romance[The E's Family vol.3] Saat dua pasangan kekasih yang sudah putus cinta kini bertemu kembali di dalam sebuah penerbangan cinta menuju ke Kota Boston, hati mereka mula keliru dengan perasaan masing-masing. Kini, Safieyah Nedinena dan Es...