11 Hours To Boston: Bab 56

2.1K 100 2
                                    

Aksi sama mengacau teh tarik panas di dalam teko kaca itu diteruskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aksi sama mengacau teh tarik panas di dalam teko kaca itu diteruskan. Fikirannya sedikit melayang pada kata-kata Hajah Saleha tadi.

'Bukannya kami tak tahu, Nedinena tu anak...'

Anak apa? Apa maksud mereka? Sebenarnya dia sempat mencuri dengar perbualan orang tua Syed bersama dengan ibu dan abahnya.

Dia tahu, ibu dan abah pasti marahkan dia berkenaan hal itu. Namun sekarang, dia pula ingin berasa marah kerana dia bagai merasakan, ibu dan abah ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Kak.. Dah ke? Lamanya buat air." Teguran dari adiknya, buatkan dia berhenti dari terus mengelamun. "Ouh, dah." Balasnya. Safa kian membantu kakaknya membawa dulang yang terisi cawan kaca.

Baru saja adiknya itu hendak berlalu menuju ke ruang tamu, dia kembali memanggil. "Safa.." Safa menoleh. "Hmm?" Sambil masih memegang dulang, dia bertanya. "Kita... betul-betul adik beradik kan? Aku... kakak kau kan?" Safa seakan keliru dengan soalan itu.

Dia menggeleng dan tertawa kecil. "Aku tahulah kau nervous kak, Tan Sri Danish dengan Puan Sri Emelda datang pinang kau, tapi... janganlah sampai merapu." Safa terus ketawa.

Nampak seperti dia menganggap Nedine menyoalnya begitu hanya kerana dia gugup. Namun, itu sudah tentu sebaliknya. Nedine berpura-pura senyum. Mungkin tidak sesuai dia bangkitkan isu ini buat sementara waktu.

Tanpa berlengah, dia terus membuntuti Safa bersama teko yang penuh terisinya teh tarik panas. Hidangan air tersebut diletakkan di atas permukaan meja yang ada di ruang tamu.

Seusai itu, dia lekas kembali berdiri dan mula melabuhkan duduk di sofa berhadapan Puan Sri Emelda dan Tan Sri Danish. Dia sempat menangkap senyuman tenang kedua orang tua Essac ke arahnya. Itu, buatkan dia sedikit sebanyak lebih tenang selepas peristiwa tadi.

"Err, minumlah.. ini.. apa namanya ya? Maaflah, tempoh hari, kami terus tolak pinangan pertama dan tak sempat berkenalan pun." Encik Safwan mula membuka bicara. Dia mempelawa kedua pasangan yang kelihatan tidak kurang hebat di hadapannya itu.

Sebenarnya, dia sedikit teragak untuk bertutur di dalam bahasa Melayu. Jika ditilik, sekilas pandang saja sudah boleh nampak wajah kacukan barat pada kedua pasangan itu. Namun, bila fikirkan semula, mereka tinggal di Malaysia, jadi sudah tentu mereka fasih berbahasa Melayu bukan?

"Terima kasih, tak apa, nanti kami minum, saya Danish, ini.. isteri saya, Emelda." Tan Sri Danish memeluk sisi bahu isterinya seraya bibir yang bertutur mengeluarkan kata-kata memperkenalkan isterinya. Puan Sri Emelda cuma tersenyum manis.

Melihat senyuman indah yang diukir wanita itu, Nedine turut rasa bahagia. Entah mengapa dia rasa ini kali pertama dia dapat saksikan senyuman yang sebegitu ikhlas daripada seorang wanita yang bergelar ibu. Nanti... bukankah memang selama ini, ibu tidak pernah mengukir senyuman sebegitu apabila dengannya? Dia kembali tunduk memikirkan hal itu sendiri.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now