11 Hours To Boston: Bab 39

2K 92 4
                                    

Lirikan matanya, menggoda sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lirikan matanya, menggoda sekali. Lirikan itu masih terhad. Setiap inci cara pandangan masih kekal seperti seorang yang sangat menjaga ikhtilat.

"Tak nak tegur bila I pandang you macam ni?" Seraya matanya kekal dengan lirikan seperti tadi, mulut melontarkan soalan kepada wanita cantik yang sudah duduk betul-betul bersebelahan dengannya.

Easel stand kayu yang menjadi pemegang kanvas lukisan bersaiz besar, merupakan pandangan mereka ketika ini. Permukaan kanvas putih itu sudah pun dikotori dengan pelbagai warna cat air yang kini membentuk sebuah lukisan yang hampir siap.

"I percayakan you Tengku.." Begitu tenang dia menjawab. Kata-kata selamba Dura buatkan bibirnya mengukir senyum kagum.

"Even after 18 years?"

Mendengar perkataan 18 tahun itu, Dura terkedu. Lidahnya tiba-tiba kelu. Dada mula berombak kencang. Nafas menjadi tidak stabil. Sekali sekala, dia memandang ke sisinya. Jejaka itu kekal tenang menyental berus lukisan pada kanvas berhadapan mereka.

"Y..you.." Tidak sempat Dura ingin habiskan ayatnya, dia dipotong terlebih dahulu oleh Ghaze. "I tak lupa. Memang mula-mula I tak cam you, tapi lepas you kata you kenal I, I baru sedar siapa you sebenarnya."

Dia kaku. Sejujurnya, dia ingat dia saja yang bertepuk tangan, rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan dengan sendiri. Dia menepuk tangan dan ada yang menepuk kembali.

"Jadi you dah ingat I siapa?"

Ghaze angguk. Matanya tidak dialih. Leka sungguh dengan karya lukisannya yang cuba disiapkan. Namun, dalam masa yang sama, dia juga tidak hilang tumpuan dengan Dura di sisi.

"I pun lama cari you Dura Elayni."

Kaki sudah menggigil lemah. Hampir satu jam lebih dia sudah berjalan di kawasan ceruk-ceruk bangunan ini. Namun, masih sama, dia tidak jumpa jalan yang sepatutnya akan membawa dia kembali ke galeri milik Essac.

Telefon yang sudah berkecai habis di tangannya, digenggam kemas. Dia tidak boleh hendak menghubungi sesiapa kerana telefon itu sudah pun rosak apabila dia hempas telefon itu ke lantai akibat geram satu jam yang lalu tadi.

Belakang ditoleh, kemudian mata kembali memandang hadapan. Kiri kanan juga ditoleh. Tetap sama. Malam ini agak dingin, lagi-lagi apabila tipis salji mula turun perlahan dari langit.

Bulan ini sudah pun bulan Februari. Sedar tidak sedar saja, musim salji ini akan berakhir tidak lama lagi. Namun, sekarang, cuaca masih lagi dingin, jadi salji masih belum berhenti turun. Hal ini menyukarkan lagi Nedine untuk mencari jalan yang sebetulnya.

•••••••••••••••••••••••••••

"Jadi, lukisan tu menggambarkan perasaan you?" Ghaze diam. Tiada sebarang sahutan lagi seperti tadi. Kali ini, matanya tidak lepas memandang hasil karya lukisan sendiri yang baru saja siap dilukisnya. Lukisan di atas kanvas lukisan itu, masih terletak kemas di atas easel standnya.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now