BAB 11

54 3 0
                                    

"Kau okay Tila ?" Nawa bertanya basa-basi

"Aku okay" jawab Tila ringkas dengan sedikit senyum namun senyuman itu mati setelah teringat apa yang berlaku

Nawa cuak

Setelah melihat muka cuak Nawa. Tila terus menunduk dan berkata "Aku minta maaf. Semua ni salah aku…"

Tanpa memandang mata Tila yang berkaca. Terus Nawa memeluk Tila "Kau mana ada salah Tila" ujarnya memujuk

"Aku tahu kau marah aku sebab aku bunuh Kamal tapi aku buat semua ni sebab aku tak nak kau… Cukuplah dulu Mikha pergi... Kasyaf berjauhan dari kita… Aku tak nak kau pulak... Aku serik Wa ! Aku serik..." Marahnya sendiri sambil memukul dada. Sakit ini tidak sesakit cerita lalu. Terlalu banyak hal yang dia lalui dengan hati yang duka lara

"Haish kau ni. It's okay. Aku tak kisah" Nawa senyum memujuk

"Tapi aku. Aku-"

"Aku tahu mesti kau ada sebabkan buat macam tu" Tila mengangguk tanda betul apa yang Nawa katakan sebentar tadi

"Walaupun aku tak tahu apa yang terjadi... Tapi aku tahu, semuanya ada sebab tertentu kenapa kau bunuh dia. Dah lah buat muka sedih tu. Hodoh tahu" sambung Nawa sambil tergelak. Walaupun nampak hambar janji dia dapat melihat senyuman Tila 

"Aku cantik okay" Tila terus menyilang tangan dan membuat muka

"Alalala comelnya awak ni elele" Maka dengan itu terletuslah tawa dua gadis di dalam bilik itu  

"Aku bagi kau masa untuk cerita semuanya" senada dan dingin sahaja percakapan yang dilontarkan oleh Tila kepada Asy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku bagi kau masa untuk cerita semuanya" senada dan dingin sahaja percakapan yang dilontarkan oleh Tila kepada Asy

Asy telan liur. Takut !

Namun dengan lagak biasanya dia berkata "Okay…first. Aku nampak kau diculik tapi masa tu aku fikir tu orang kau. Oops sorry, maksud aku… Aku fikir tu bodyguard papa kau" hati Asy seakan sakit melontarkan perkataan 'papa' itu namun dicekalkan hatinya agar tidak nampak sakit itu mendalam. Dengan sekali nafas di meneruskan lagi "Tapi lepas kau diculik tu hati aku rasa tak sedap so aku decide call papa kau. And yes betul tekaan aku. Kau di culik " seketika Asy mendiamkan diri 

Tila ingin bertanya lagi soal rasa tidak sedap hati itu namun dibatalkan niat itu setelah melihat muka suram Asy. Pandangan suram itu di renung untuk memahami tujuan utama Asy menyelamatkannya sedangkan dia tidak pernah mengenali lelaki itu. Sekadar berborak kosong pernahlah. Tapi soal hatinya ?

Dia merasakan sesuatu… mungkin perasaan nyaman ?

Dengan segera dia menggeleng menidakkan perasaan itu "Ehem... sambung please. Aku tak ada masa nak tengok muka suram kau tu"

"Bila aku dah tahu location kau di culik so aku decide. Aku, Nik dengan Luth pergi tempat tu terus tapi masa tu aku dah terlambat. Aku terlambat nak tolong kau. Aku fikir kau akan mati tapi belum sempat nak tolong kau... Kau berubah and aku tak percaya yang kau bunuh laki tu dengan kejam. Aku jadi kaku. Takut tu bercampur baur Tila… Tapi lepas dengar suara Nawa menjerit suruh kau stop bunuh lelaki tu. Aku terus tembak kau pakai peluru kapur. Sorry sangat-sangat Tila. Aku sayang kau" tanpa berfikir panjang terus Asy memeluk tubuh kecil Tila dengan erat 

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now