BAB 25

36 1 0
                                    

Kini puan Naura menyapu ubat di bahagian luka yang ditinggalkan Tila

"Auch !"

Semua mata memandang suara itu

"Kenapa Nik ?" tanya puan Naura perasan air muka Nik seakan menahan sakit

"Hm... Ma…. Boleh tak letak ubat tu slow sikit" 

"Kenapa pulak ? Nampak kuat ke mama sapu ubat dekat tangan Tila ?" Soal puan Naura pelik

"Bukan macam tu ma… Nik terasa sakit tu sebenarnya. Mama tolong sapu perlahan"

"Kuat sangat ke mama sapu ?" tanya puan Naura seakan faham maksud tersirat Nik

Nik mengangguk lalu puan Naura sambung menyapu ubat tadi sehingga selesai "Okay tak ?"

Nik mengangguk lagi. Terus di balut tangan si anak. Agar kuman tidak berjangkit di kawasan terluka itu

"Ya allah. Ma… Jangan tegang sangat balut tu. Sakit…" Nik merengek sakit

"Macam budak lah abang ni. Kak Auni yang mama balut. Abang yang reaction lebih" terkeluar gelak Kasyaf melihat kelakuan Nik

Disebalik itu ada tatapan sayu yang terpancar pada mata Luth. Tunak dia memandang si kecil. Puan Naura yang mahu memahami maksud itu terus bertanya “Luth kenapa diam je dari tadi mama tengok ? Mata Luth tu sebenarnya mama nak tahu. Luth ada nak beritahu sesuatu ke ?” soal puan Naura lembut

Luth menggeleng terus berjalan keluar dari ruang itu

Luth hanya memandang langit gelap itu dengan perasaan kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luth hanya memandang langit gelap itu dengan perasaan kosong. Keluhan berat dilepaskan

"Aku tahu kau nak cakap apa, Asy. Aku tahu... Aku tengah cari kuatkan diri. Aku perlukan masa" ucap Luth ketika nampak bayang Nik dan Asy mendekatinya

Nik dan Asy duduk bersebelahan Luth "Sekarang dia ada depan mata. Kenapa kau tak nak tegur ?" Asy bertanya sebaliknya

"Bukan aku tak cuba. Aku mencuba tapi hati aku tak beri aku ruang untuk bercakap dengan dia. Selama ni aku cari dia hilang, Asy. Nur Mawar Kasyaf adalah adik aku. Aku kenal adik aku, Asy. Kalau dia tahu depan dia sekarang abang dia macam mana ? Adik aku seorang pembenci penipuan ! Suka bagi janji tapi memungkiri ! Aku dah hancur kan kepercayaan dia, Asy ! Aku janji dengan dia yang aku akan datang cari dia tapi aku tinggalkan dia ! Aku takut Asy. Aku takut dia akan pergi jauh dari aku ! Aku takut dia benci aku" setitis air mata Luth mula jatuh. Luth lap air mata itu kasar

"Selagi masih ada peluang. Jangan siakan. Aku tak nak kau rasa macam mana aku rasa sekarang. Kau-" kata Asy sebelum katanya dipotong laju

"Ab..bang !" Luth terpaku ketika mendengar suara seseorang menjerit dibelakang mereka. Mereka memusingkan tubuh memandang si gerangan

"Apa yang saya dengar tadi betul kan ? Ni abang Mawar kan ?" soal si ‘dia’ lagi

Luth diam tidak menjawab

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now