BAB 7

66 3 0
                                    

TILA POV

'Aku dekat mana ni ?' aku bangun dari pembaringan. Terus aku meneliti bilik bewarna putih itu dengan keadaan kepala ku yang sakit. Samar-samar lagi kerana baru bangun

"Kau dah bangun akhirnya" Nawa terus memelukku

"Kau dah kenapa ?" aku menolak sedikit badan Nawa ketepi. Sakit badan aku dengan pelukan ketat dia. Lemas !

"Kau yang patut aku tanya kenapa ?" muka Nawa sudah mendung mungkin takut dengan kelakuan ku. Apa jadi dengan aku ? Aku rasa tiada apa-apa berlaku pun ?

"Lah, kau ni. Aku yang patut tanya kau kenapa aku ada dekat sini ?" Aku masih di fasa pelik dan terlalu pelik. Aku dimana ?

"Okay kau dekat hospital sekarang. Kau tak ingat apa-apa ke ?" Nawa bertanya

Aku menggeleng

"Kau ingat tak kau cakap dengan aku yang kau sakit kepala time football tu" Nawa masih bertanya apa aku masih ingat sebelum aku jatuh pengsan

Aku mengangguk mengiyakan

Nawa diam seketika

"Kau asal diam, Wa ? Lepas tu ?" desakku

"Erm time rehat kau okay tau. Bila dah nak start pertandingan bola sepak untuk round ketiga tu. Kau kata kepala kau makin sakit. Masa Nik jatuh semalam pun kau kata badan kau sakit. Tapi time kau cakap yang kau dah sakit badan tu aku ajak kau pergi bilik kesihatan. Lepas tu kau okay tau sekejap dalam lima minit siap gelak-gelak. Tiba-tiba kau pengsan masa tu juga. Aku gelabah ! Aku buntu ! Aku tak tahu buat apa ! Aku takut kau mati dulu dari aku. Nasib ada cikgu untuk bawa kau ke hospital" ujar Nawa panjang lebar sambil menahan air matanya jatuh

"Ohh" bukan aku tak biasa pengsan time semua misi tapi mungkin ni sebab tiba-tiba sakit dan terus pengsan. Itu yang dia gelabah

"Oh je kau cakap. Kau tahu tak betapa takutnya aku bila aku kejutkan kau. Kau tak sedar. Aku tak ada sesiapa selain kau. Aku takut tau tak ?" Risau Nawa terhadapku dari dahulu sampai sekarang sama saja

"Now ? Aku hidup je kan ? Comellah kau ni risaukan aku. Aku sayang kau" pujukku sambil menariknya memasuki pelukan hangat aku

"Sama-sama. Lain kali jangan buat aku risau. Aku takut kau jauh dari aku. Aku mengharapkan kau ada dengan aku je. Aku sayang kau tau"

"Ya ya. Aku janji" terselit juga sedikit senyuman aku berikan kepada Nawa

"Ni kau okay tak ?" Tanya Nawa setelah menghamburkan rasa sedihnya atas diri aku tadi

"Aku okay je cuma badan aku sakit sikit dengan kepala aku... Auuchhh !" belum habis aku berkata. Tiba-tiba kepalaku berdenyut kuat. Aku pegang kepalaku kuat.. Sakit !

"Hah kepala kau asal ? Kau okay tak ?" Bertambah lah risau Nawa dengan kelakuan aku tadi

"Dah okay dah" aku tersenyum kepada Nawa apabila kepala aku yang tiba-tiba sakit itu hilang begitu sahaja

"Aishh... kau ni buat aku risau tau tak"

"Sorrylah Wa. Aku mana tahu. Ni tiba-tiba sakit. Itu yang aku pegang kepala aku. Ni dah okay dah" aku sedikit ketawa setelah terlihat muka cemberut Nawa yang mungkin ditipu oleh aku tapi sebenarnya memang pun sakit tu menyerang tiba-tiba. Entahlah. Jangan tanya kenapa

"Okay fine. Kau nak apa-apa tak ?" Soal Nawa gembira mungkin dia happy sebab aku dah sedar dan boleh tersenyum

Aku menggeleng tanda tidak mahu. Entahlah aku tak lapar sekarang. Nanti lapar minta lah

"Erm okay, nanti kau lapar. Cakap tau" amaran keras Nawa berikan

Aku mengangguk memahami

END TILA POV

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now