BAB 24

35 2 0
                                    

"Hm… Mama" Asy menegur puan Naura yang baru keluar dari bilik tidurnya

Puan Naura memandang Asy dengan pandangan 'Apa ?'

"Malam ni mama free tak ?" Asy bertanya ragu

"Free je. Kenapa ?" Puan Naura menjawab

"Malam ni papa ajak makan rumah dia. Mama okay ke ? Lagipun Nik dengan Luth pun ikut"

Puan Naura diam seketika

"Kalau tak boleh tak apa. Nanti Asy suruh Luth dengan Nik saja pergi. Asy tinggal teman mama dekat rumah"

"Tak apa mama ikut. Jam berapa nak kena ada disana ?" Puan Naura bertanya sambil melihat jam ditangan kirinya

"Lepas isya' ma"

"Hm. Okay. Mama dah lewat ni nak masuk office ni. Bye" dihulur tangan tuanya dan Asy menyalam

Puan Naura masuk kedalam kereta dan keluar dari kawasan perumahan itu membahagi jalan. Asy hanya melambai menghantar pemergian puan Naura di balik pintu

"Mana mama, Asy ?" Soal Tila pelik ketika Asy, Nik dan juga Luth berada disini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana mama, Asy ?" Soal Tila pelik ketika Asy, Nik dan juga Luth berada disini. Dimanakah puan Naura ?

"Tak tahulah kenapa mama tu. Pagi tadi kata free je. Tahu je petang call cakap, mama ada meeting penting. Mama kata mama datang. Cuma lambat sedikit" jawab Asy jujur sambil mencedok lauk di atas meja

Tila hanya meng 'o' kan sahaja. Muka suram diberikan

"Assalamualaikum" disaat dirinya berperang perasaan sedih. Pintu rumahnya diketuk dan diberi salam dari luar

"Mak Mah buka pintu boleh ? Itu mesti kawan saya" ujar Dato' Mokhtar ketika pembantu rumah mendekati mereka untuk menambah lauk pauk

"Baik tuan"

Satu panggilan dari telefon Dato' Mokhtar mula berdering. Dato'Mokhtar mengangkat panggilan itu

"Waalaikumussalam"

"Ya Lim"

"Lah tak apa lah"

"Betul tak mengapa"

"Baik. Waalaikumussalam"

Panggilam itu dimatikan. Keadaan diam seketika sebelum tersedar semua mata memandang dirinya

"Kenapa semua pandang papa ni ?" Soal Dato'Mokhtar pelik

Diam seketika sebelum semua menyambung makan yang tergendala tadi

'Kenapa Mak Mah ni lambat pergi sambut tetamu ?' desis hati Tila dan Nawa

Nawa pandang Tila. Tila juga begitu untuk menandakan perasaan mereka sama. Tanpa dipinta suara Mak Mah menjerit memanggil mereka di dalam

"Tuan ! Puan Naura dah sampai ! Tapi-" belum sempat dirinya menyampaikan sesuatu suara seseorang diluar menjerit tidak puas hati

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now