BAB 1

266 14 1
                                    

Weh Tila" Nawa memanggil Tila ketika mereka berdua berjalan menuju ke kelas 

"Apa" Tila menjawab malas

"Kau tahu tak budak pindahan sekolah kita tahun ni ?" Nawa bertanya 

"Tak. Asal ?" Jawab Tila sekali lagi. Apa ? Perlu tahu ke ? Tak penting kan ?

"Aku dengar-dengar dari mulut puaka tiga jahanam tu kan budak pindahan sekolah kita tahun ni hot, hensem, athlete terkenal and yang aku pelik dia orang budak biasa dan tiada pangkat" Nawa menyambung semua apa yang dia terdengar dari perbualan musuh mereka di kantin tadi

"Oh" Itu sahaja Tila menjawab. Nak jawab apa ? Ye ke ?! Teruja nya aku wehhh ! Macam tu ke ?

"Confirm tiga ekor minah ni menggedik" Nawa menyambung lagi dengan memek muka menggelikan

"Dia orang memang dari dulu kan memang macam tu ?" Tila memotong percakapan Nawa dan berjalan meninggalkan Nawa yang terkebil-kebil

Ish ! Tak sapportlah Tila ni

"Haish kau ni biarlah dia orang, malas aku nak fikir. Dah jam berapa ni, jomlah pergi latihan nettball sekarang. Aku malas lah nak dengar mulut coach tu membebel" Tila menyambung lagi percakapannya dan secepat mungkin untuk melarikan diri dari mendengar bebelan Nawa . Haish tahulah si Nawa ni macam mana. Haish kawan siapa lah ni

 Haish kawan siapa lah ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hye everyone. My name is Qhalif Luthfi. You alls can call me Luth" Luth memperkenalkan dirinya dengan senyuman tak lekang dari bibir yang sangat mesra sambil melambai tangan ke semua murid 

Hampir semua murid perempuan menjerit mendengar perkenalan Luth yang lembut dan senyuman yang manis

"Hai nama aku Zameer Asyhraf, kau orang boleh panggil aku Asy" Asy pula menyelit setelah Luth memperkenalkan diri. Tahulah Luth tu terlalu mesra alam. Haish kawan siapa ni ? Sila kutip

Asy ni lebih kurang juga dengan Luth. Tetapi ada lah juga sedikit garang dan sedikit senyuman yang boleh buat semua gadis dalam kelas tu tergoda

"Nama aku Nik Adam Fahmi, just call me Nik" Nik memperkenalkan diri dengan ringkas, padat dan tanpa sedikit senyuman di bibir 

Nik ? Siapa yang tak kenal Nik ni. Nik adalah ketua dari mereka bertiga dan ketegasannya membuat ramai murid gerun namun ketampannya juga membuat ramai gadis tergila-gilakkanya

"Any question ?" tanya cikgu Ziana selaku guru bahasa melayu ketika itu

Seorang gadis dari kelas itu mengangkat tangan 

"Yes Nadia. What your question ?" tanya cikgu Ziana

"Saya nak tanya kenapa kau orang terpilih sekolah dekat sini sedangkan sekolah ni hanyalah untuk anak yang perpangkat je ?"

Semua murid di kelas itu termasuk cikgu Ziana memandang tiga jejaka tampan itu yang masih berdiri dihadapan kelas. Namun tidak bagi Tila dan Nawa. Mereka memang sudah duga soalan yang bakal di tanya oleh murid-murid di kelas itu

"Erm… soalan tu. Mungkin kami bertiga ada kelebihan yang mungkin sekolah ini perlu. Mungkin ?" persoalan itu Asy yang jawab

"Eh boleh pula macam tu eh. Takkan lah sebab tu kau orang masuk sini. Ni confirm pakai orang dalam kan ? Sekolah ni tak mungkin tak ada kut murid yang ada kelebihan ? ada kan ? Tila ? betul tak aku cakap ?" lantang suara Nawa menjawab ketidak puashati atas jawaban Asy sebentar tadi

Tila hanya mengangguk. Tila malas masuk campur. Takut ada yang terasa hati sebab kalau si Tila bercakap memang akan sentap satu kelas

"Eh you ni Nawa, you tu pun anak angkat dari papa Tila. Ada hati nak bersuara. Sedar lah Nawa you tu pun menumpang kekayaan orang. Sedar diri boleh tak ? Okay boys i dah tolong jawabkan semua" Bella menjawab dengan yakinnya

"Ey kau ni. Kau tu pun sedar juga. Kau fikir kau tu lawa sangat ke hah ? Pakai makeup berapa inci tah. Tidak pula masuk pakaian. Kalau boleh baju tu ketat lagi. Heh " Nawa sudah mula berang dengan Bella 

"Ops terasa ke ? You ni pun dahlah tak sedar diri. Lepastu boleh pulak melebih. Tengok i ni walaupun macam ni sekurang-kurangnya mummy i pengetua dekat sini okay. Ingat sikit ni sekolah mummy i punya, you ada apa ? Oh lupa you menumpang je hahaha" Jawab Bella sekilas begitu juga mendapat anggukan dari Ayna dan Hana. Okay Ayna dengan Hana ni bestfriend Bella

"Kau dah melebih ni Bella. Kau nak ke-" Tila menahan Nawa dari bermula berperang mulut berterusan. Ni kalau tidak dihentikan mahu habis telinganya pekak

"Kau boleh diam tak !!" Suara Tila sudah bergema satu kelas. Kan betul apa aku cakap. Sekali Tila masuk, confirm diam satu kelas 

"Apa ? Apa ? Betul kan apa i cakap ? Ada yang salah ke ? Betul kan Nawa ni anak angkat papa you ?" Bella masih menjawab tanpa rasa bersalah. Bukan dia tak tahu yang si Tila ni orangnya macam mana. Dia kenal Tila ni dari form one lagi jadi mesti dia faham punyalah tapi biasalah kalau dah nama pun diva, takkan tak tahu 

"Eh kau perempuan, kau tak faham lagi ke hah ? Nawa tak kacau kau kan asal kacau dia hah ? Dan kenapa kau nak menghina Nawa depan semua orang ?! Aku pun tak pernah hina dia ?! Bengangnya aku ! Kau memang nak kena dengan aku lah. Haish !!" berang juga Tila dengan Bella ni. Tila paling anti kalau sesiapa usik Nawa. Bella ni kacau betul. Dia tak kan tak nampak si Tila sibuk membaca, boleh pulak gaduh depan dia. Memang nasib lah kena setepek dengan mulut si Tila ni

"Eh one more thing girls. Aku pun kaya juga and lebih kaya dari semua budak sekolah ni tapi tak ada lah aku bangga dengan kekayaan aku. Kalau setakat mummy kau yang pegang jawatan pengetua sekolah ni pon belum tentu tau sekolah ni milik mummy kau selamanya. Ingat tau jawatan mummy kau tu, papa aku boleh ambil macam tu je. Jangan nak berlagak lah Bella" Fuh setepek Tila ni bagi , hambik kau Bella ! Nak sangatkan kena mulut Tila ni 

"Hish" Bella menghentak kaki lalu duduk di tempatnya semula

Terdiam juga lah semua budak dalam kelas termasuk tiga budak baru tu. Haa ?.ni makan dia siapa kacau Auni Syatila Emelda binti Dato' Mokhtar a.k.a anak dato paling terkaya di Bandar Lockwirdz 

"Okay sila teruskan pertanyaan untuk tiga manusia ni cepat !!" Tila masih dalam keadaan marah 

Semua masih terdiam dan terkaku 

"Asal pulak diam, cepatlah ! Eh kau orang ni haish cepat boleh tak ? Aku nak belajar ni !" Bengang Tila dengan manusia ini. Mengganggu betul

"Okay ada soalan lagi tak ?" Cikgu Ziana menyoalkan kepada semua muridnya untuk kali kedua 

Semua murid di kelas itu menggeleng. Tahu sangat kalau Tila bersuara semua terdiam and takkan bersuara. Seram duh tahu tak 

"Okay Luth kamu boleh duduk sebelah Far. Far sila angkat tangan kamu !" Far pun mengangkat tangannya ke atas setelah namanya dipanggil 

"And kamu Nik. Kamu dengan Asy duduk di belakang Far dengan Luth tadi. Berhadapan Tila dengan Nawa okay" Nik dan Asy turut sahaja apa yang cikgu Ziana katakan

 Berhadapan Tila dengan Nawa okay" Nik dan Asy turut sahaja apa yang cikgu Ziana katakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSAMBUNG...

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now