BAB 39 [END]

80 4 0
                                    

Kini mereka sudah berada dihadapan Briliant Light High school

Mereka berempat menjejak kaki di sekolah ini untuk kali pertama setelah empat tahun meninggalkan dunia persekolah di Bandar Lockwirdz

Siapa sangka melepaskan masa lalu. Mereka mendapat diri mereka dalam versi terbaharu dengan lebih matang

Tila. Siapa sangka Tila boleh menjadi seorang doktor gigi di klinik yang baru ditubuhnya bulan lalu. Ya, menjadi doktor gigi adalah kerjaya yang dipilih selepas menamatkan pelajarannya di sekolah menengah

"Suka hati aku lah nak jadi doktor gigi ke. Doktor mata ke. Janji kerjaya yang aku pilih tu halal. Lagi pun aku geram tengok gigi manusia ni. Senget benget sangat. Tak teratur dan kuning" sambil tayang barisan gigi yang tersusun rapi dan putih bersih itu

Asy. Kerana tidak mahu berjauhan dari sang kakak. Asy mengikuti jejak Tila untuk menjadi seorang doktor. Doktor gigi juga ? Ohh tidak. Doktor bedah ? Ya ! Asy memilih untuk menjadi doktor bedah kerana sifat ingin tahu tentang bermain darah sangat tinggi

Pernah lihat Tila membunuh ?? Dari situlah minatnya membuak tinggi ingin tahu

Nik. Si abang dingin ? Kini Nik digelar sebagai master Chef. Itu pun baru je terkenal di sebabkan televisyen penuh dengan muka dia. Ya iklan 'masak-masak bersama Chef Adam'

Siapa je tak nak tarik si jejaka ini ? Sudah pandai masak di beri hensem pula ! Ehem masih available lagi tau huk huk

Nawa. Dengan keyakinan yang tinggi Nawa mencuba melamar kerja menjadi seorang model. Tidak sangka dari hasil cuba mencubanya. Sekarang dia menjadi top model muslimah di dalam Malaysia

"Ya tak cuba tak tahu kan ? Lagi pun aku tahu aku cantik" Nawa flip tudung

Luth. Kerjaya dimiliki tidak setinggi mana. Menjadi guru tadika memang minatnya dari kecil

Menjauhi si adik juga tidak betah untuknya. Sanggup berada di sisi si adik demi melunaskan kesalahan masa lalunya. Dan mereka bahagia dengan pencapaian waktu ini. Semua yang di mahukan dimiliki dengan kemampuannya dan berjalan dengan lancar

Dah cukup lah tu jangan tanya lebih

"Dah lama kan tak datang sini" Asy berkata sambil memandang sekolah gah itu

Tila mengangguk

"Kau je. Aku tidak" ujar Luth menyampah

"Memanglah. Kau kan ada adik" Asy menyata

"Dah stop. Kita datang nak raikan hari kebahagian Kasyaf. Kau orang kalau nak bergaduh sila balik"  Nawa menyampuk

"Acah lah kau"

"Eh kau ni. Nak aku bagitahu Tila ke..." Nawa mengugut

"Bagitahu apa ? Asy kau ada apa-apa yang kau sorok kan dari aku ke ?" Tila menjeling tajam buat si adik. Berani ya sekarang nak main sorok-sorok

"Weh kak jom lah masuk. Mesti Kasyaf tengah tunggu kita" Asy memberi alasan. Mata masih merenung tajam pada si gadis bernama Nawa

Gila ! Mulut Nawa ni mana ada insuran. Bagi minum clorox pun belum tentu bersih

"Cakap dulu. Kalau tak-"

"Maaf kau orang. Aku lambat  Tadi ada abang siapa entah. Mengorat aku. Nasib ada Nik ni" mengeluh penat

"Siapa ? Mana budak tu. Beritahu sekarang" kata Luth geram sambil bersiap sedia untuk pergi ke lokasi yang dikata Hana sebentar tadi

Asy menahan Luth "Eh kau. Sabar. Kau kenapa nak gelabah cari orang tu dah kenapa ? Kan Nik yang tolong tadi ? Kau suka Hana ke ?" Ujar Asy membuatkan Luth terdiam seketika

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now