BAB 31

30 2 0
                                    

Disaat Luth, Nik dan Asy berjalan memasuki sekolah. Mereka terdengar bisikan-bisikan kecil dari budak sekolah

"Ye ke ? Tapi siapa buat dia ?"

"Aku tak tahu lah. Tapi ramai perasan masa last Ammar tu terbaring pengsan. Budak baru yang masuk hari tu ada dengan dia"

"Aku tak syak dia. Tapi kalau tak… Kenapa hari ni dia tak datang ?"

"Aku pun rasa macam tu. Aku harap budak baru tu masuk nanti kena gantung. Dah lah kena kutip. Lepas tu pukul orang suka hati"

Asy memegang bahu Luth. Dia tahu siapa gerangan yang dikatakan tadi

"Aku faham perasaan kau. Lagi kalau semua orang tak tahu yang pukul dia bukan adik kau tapi kakak aku. Aku pun sakit hati juga tapi selagi boleh biarkan"

"Tapi mulut dia orang macam minta penam-"

"Biarkan Luth. Mulut orang memang tak boleh tutup. Kau abaikan dan semua selesai. Tapi... Kalau melarat. Kau kena masuk campur. Kau kena bela atas diri dia. Dia hanya satu-satunya darah yang mengalir dari keluarga kau" di tepuk sedikit bahu Luth dan meninggalkannya

 Dia hanya satu-satunya darah yang mengalir dari keluarga kau" di tepuk sedikit bahu Luth dan meninggalkannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tila yang duduk dihalaman rumah bersendirian ditemani malam gelap yang terangi bulan dan bintang. Dia melepaskan lelah 

"Silap aku ke semua ini terjadi ? Ini bukan diri aku yang aku mahu… Aku sudah cuba namun mengapa aku masih di hantui mimpi itu ?" Soal Tila sendirian

"Kau bercakap dengan siapa ?" Soal Nik yang berada dibelakang Tila

Tila masih bersama hayalan dan luahan buat butiran bintang dilangit "Perlu apa lagi sebenarnya ? Semuanya aku sudah lakukan. Silap aku apa lagi?"

"Kenapa kau duduk sini, kak…" Asy pula mencelah

Tila diam seketika sebelum menjawab persoalan Asy

"Kenapa kau orang dekat sini ?" Soal Tila. Matanya masih tidak berganjak dari melihat butiran bintang

"Mama ajak ke sini. Tu yang kesini. Ni kau kenapa dekat luar ni sendiri ?" Asy tanya balik lembut. Berjalan mendekati Tila yang duduk berpeluk lutut. Asy duduk di sebelahnya. Nik juga begitu

Tila mengeleng. Mata tetap bertatapan langit gelap. Apa yang kau fikir, Tila ?

"Dari mata pun aku tahu, kak. Apa masalah ?"

"Kalau kau tak boleh. Cuba kau terangkan dari mata. Jangan pendam seorang diri, Tila. Semua tak akan selesai" Nik mencelah sebaik sahaja

"Aku cuma…"

"Luah dan semua akan selesai" Nik berkata keras

"Aku dah cuba semuanya. Aku penat dengan semua mimpi. Aku nak hidup normal. Dengan melihat langit gelap sahaja buat aku tenang dengan semua ini"

"Kau mimpi apa kak ?" Soal Asy mengambil tahu

"Mimpi ngeri yang sedang aku hilangkan namun semuanya tidak berhasil" nyata Tila memberitahu

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now