BAB 26

29 2 0
                                    

Tila turun menuruni tangga rumahnya. Saat melalui dapur. Dirinya seakan terasa dipandang. Tila pandang siapa yang memandangnya

"Kau kenapa menyibuk dekat rumah aku ?" Soal Tila memerli

"Kak. Kau okay ke ?" Soal Asy canggung

"Sihat walafiat. Tak lama lagi arwahlah aku. Kenapa ? Nak ikut ke ?" Balasnya sinis. Sambil itu mengambil gelas di kabinet. Terus mengambil air

"Bukan maksud aku macam tu tapi-"

"Dahlah jangan borak macam tak tahu apa lah, Asy" Tila terus meneguk air itu sehingga habis

"Jangan pening kan otak aku" sambungnya lagi "Kau kenapa menyemak dekat sini ?" soal sinis Tila ambil tahu walau soalan itu agak bosan. Ulang yaa ulang ayat tu

"Bukan aku tapi semua. Kita orang risaukan kau"

"Tak payah risaulah. Aku tak mati lagi. Nanti dah nak mati baru aku beritahu. Aku dah besar boleh buat semua sendiri. Aku tak suka menyusahkan orang macam kau orang" tolak tila dingin

Asy hanya diam. Tidak tahu mau menjawab apa

"Kau tahu kan yang Kasyaf masuk sekolah nanti ? Maksud aku sekolah kita ?" Soal Asy perlahan. Takut Tila melenting lagi

"So ?" Soal Tila malas. Menyibuk sahaja perempuan itu !

"Kau-"

"Selagi dia tak usik hidup aku. Selagi tu pergi lantaklah" di letak gelas itu ke singki. Dan naik ke atas

Asy hanya menggeleng kesal

Saat di meja makan semua hanya diam menjamu selera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saat di meja makan semua hanya diam menjamu selera

"Kak. Tangan dah okay ?" Soal puan Naura ambil tahu

Di angkat tangan yang di balut semalam "Okay" jawab Tila sepatah

"Alhamdulillah"

Kini suasana sunyi kembali. Hanya bunyi sudu dan pinggan berlaga di meja makan itu

"Kalau tak ada apa yang nak dibicarakan. Tila nak naik atas" ujar Tila dingin menghilangkan suasana diam itu. Saat itu juga dia mahu bangun dari kerusi makan itu

"Sekejap Tila. Papa nak cakap"

Tila duduk semula

"Princess belajar sini mulai sekarang. Papa harap Tila boleh jaga dia" Dato' Mokhtar memberitahu

"Tila ? Jaga dia ni ? Eww jangan haraplah. Pandailah dia survive hidup dia. Tak kan dah lupa cara sekolah dekat malaysia ni ? Kenapa London tu senang je hidup ? Datang sini menyusahkan akulah” Tila pandang Kasyaf yang duduk berdekatan Luth

Tila memeluk diri

"Jaga mulut tu, Tila. Papa tak ajar cak-"

"Jaga lah sangat kalau nak dia hidup dekat sini. Hidup pun tak reti jaga. Ni nak aku jaga ? Tak mampu ke ?" Gumamnya perlahan namun tetap didengari oleh orang yang duduk di meja itu juga

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now