BAB 35

30 3 0
                                    

Sudah seminggu pemergian Tila di muka bumi ini. Seminggu juga Asy mengurungkan diri di dalam biliknya

TOK… TOK… TOK…

Pintu bilik Asy diketuk

"Weh, Asy aku buka tau pintu" ujar Nawa di balik pintu itu. Setelah beberapa detik, tiada jawaban dari itu. Akhirnya Nawa membuka pintu itu

Baru sahaja membuka pintu. Aura negatif mula menyerang

'Kenapa bilik ni seram semacam ?'

Dengan keadaan bilik gelap itu sudah membuat Nawa meremang semua bulu roma di tubuhnya. Di buka lampu bilik itu

'Ni baru nampak bilik tak ada negatif sangat'

Dalam samar lampu menyinari. Nawa melihat Asy yang tidur memeluk bantal busuk. Di kejutkan Asy yang lena tidurnya

"Bangun Asy. Dah pagi ni"

Tiada tanda Asy mahu bangun. Dikejutkan sekali lagi. Tidak bergerak juga

Nawa dengan sabar menarik selimut yang menyelimuti seluruh tubuh Asy. Terselak sedikit. Baju ditarik Nawa

Akhirnya Asy tersedar. Dia bergerak sedikit badannya

Namun dengan keseimbangan yang tidak terjangka. Nawa terjatuh di bidang dada Asy. Mukanya melekat di dada Asy

Terdiam seketika

Apabila tersedar apa yang berlaku Nawa terus bangun mengejut

Badan Asy panas !

Dengan malu yang tersisa terus di pegang dahi Asy. Panas ni badan dia

"Asy kau demam ni"

"Hm" jawabnya Asy dalam sakit. Perit !

"Sekejap. Aku keluar jap ambil ubat" dalam kalut tangannya di sambar Asy

"Duduk sekejap dekat sini boleh tak ?" tanya Asy lembut dengan lemah

"Tapi aku nak ambil ubat"

"Tolonglah sekejap je" rayu Asy lemah

Nawa yang tiada sampai hati "Sekejap je. Nanti aku kena ambil ubat. Kau kena makan ubat. Kau demam”

Menurut juga apa yang diminta Asy. Duduknya di atas katil itu sambil memandang dinding

Baru ingin berkata. Terasa belakang badannya berat

Separuh badan Asy di sandar di belakang Nawa seperti bersandar di kepala katil gayanya. Kepala disandarkan juga di belakang badan Nawa

"Asy beratlah kau ni"

"Sekejap je, tolonglah" rayu Asy lemah lagi

"Kau ni-"

"Aku janji sekejap je. Aku janji aku akan makan ubat. Tapi tolonglah bagi sekejap je belakang badan kau ni. Aku nak dingin" sayu Asy berkata

Akhirnya Nawa pasrah

Dibiarkan sepi hampir sepuluh minit. Badannya mula terasa kebas

"Asy. Sudahlah. Badan aku dah sakit ni"

Asy bangun dari lenanya

Nawa bangun untuk keluar mengambil ubat. Asy kembali menyelubungi diri di dalam selimut

Dua minit diberi untuk mengambil ubat dan air. Tidak lupa juga, bubur untuk Asy dibawa. Nawa masuk kembali kedalam bilik Asy

Bubur di letak di atas meja tidur Asy. Ubat dan air di pegang "Asy aku tak suruh kau selubung diri tu. Bangun. Makan ubat ni"

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now