BAB 22

34 2 0
                                    

"Maafkan Tila, ibu. Halalkan makan minum Tila sepanjang berada dirumah ibu. Tila terpaksa pergi dulu" ujar Tila sebersalah

Tangan kanan tua itu di salam

"Kamu tak salah adik. Ni balik ni naik teksi hati-hati. Sampai sana nanti telefon ibu" puan Narimah memberi pesan

Setelah mendapat panggilan dari Nawa tentang papa nya masuk di hospital sebentar tadu. Tanpa aba-aba dirinya memberitahu puan Narimah yang papa nya kini di hospital

Tila terus membuka pintu kereta untuk memasukinya

"Adik kalau rindu, jangan segan-segan datang sini ya. Bagitahu je. Nanti saya beli barang masak untuk ibu masak masa adik datang" Izzat disebelah ibunya berkata

"Iya baik. Kau tu pun jaga ibu baik-baik. Aku balik dulu. Assalamualaikum ibu" Tila melambai dan kereta itu terus keluar membelah jalan

 Assalamualaikum ibu" Tila melambai dan kereta itu terus keluar membelah jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu jam perjalanan tidak memenatkan seorang Tila. Benda paling terpenting waktu ini adalah papanya ! Maafkan anakmu ini papa. Tila banyak dosa…

Pintu bilik vvip yang tertulis nama Dato' Mokhtar di pandang sebelum memasukinya. Hatinya sebak setelah melihat saluran pernafasan yang dipakai Dato' Mokhtar. Dirinya terasa sebak dan sebersalah. Adakah ini salahnya ? Silap dia kah ?

Semua persoalan dibiar sepi. Katil Dato' Mokhtar di dekati untuk melihat keadaan orang tuanya kini. Tanpa sedar air mata menitis

Sedang leka dengan tangisan. Tiba-tiba terasa dirinya terkaku saat ada satu tangan kasar memegang bahunya. Dia memandang gerangan itu sebelum tersenyum

"Kau okay kak ?"

"Okay macam ni jelah" Tila menjawab sendu. Air mata dilap kasar

"Kau marah aku dengan mama ke ?" Soal Asy. Dia tahu Tila sedang bersedih

Tila menggeleng tidak, mengangguk juga tidak

"Aku cuma fikir dah sampai masa untuk aku buka buku baru, Asy. Aku tak boleh lari dari masalah. Aku tak marah kau pun sebenarnya tetapi ego aku menidakkan segalanya. Mungkin terasa sedikit ? Aku maafkan kau. Aku yang banyak salah dalam masalah ni. Aku salah" Air mata yang ditahan mengalir lagi

Tanpa sedar ada satu tangan menganggam "Maafkan papa sayang" kata sayu Dato' Mokhtar

Tila tayang senyum dan mengangguk "Papa rehat ya. Tila teman papa. Papa nak air ?"

Dato' Mokhtar menggeleng "Papa nak rehat macam Tila kata"

Tila mengangguk faham. Dibetulkan sedikit selimut yang terselak kerana angin luar

"Mama mana, Asy ?" Soal Tila bila keadaan terasa canggung. Tila memusingkan tubuhnya memandang adiknya yang berdiri tegak mengusap bahunya

"Mama ? Mama ada je dekat luar. Dia tak berani nak masuk. Mama takut kakak stress dan tinggalkan dia lagi" ucap Asy sebersalah

THE SECRET IDENTITY [C]Where stories live. Discover now