AMINA menghela nafas lega sebaik sahaja selesai mandi. Wap hangat masih memenuhi ruang bilik air. Rambutnya yang separas pinggang masih menitis air, membasahi bahagian belakang bathrobe putih yang dipakainya.
Dia melangkah keluar sambil mengelap rambut menggunakan tuala.
Jam digital di atas meja sisi katil menunjukkan tepat pukul 10.42 malam.
Malam itu sunyi.
Hanya bunyi pendingin hawa dan sesekali hon kenderaan dari jalan raya yang kedengaran dari luar balkoni.
Amina terus duduk di hadapan meja solek. Tuala di kepalanya dibuka sebelum dia mencapai hairdryer.
Bunyi enjin kecil hairdryer memenuhi ruang bilik.
Belum sempat rambutnya benar-benar kering...
Ting!
Telefon bimbitnya berbunyi.
Dia menoleh sekilas ke arah meja sisi katil.
"Haish... siapa pula cari aku malam-malam macam ni?" rungutnya perlahan.
Hairdryer dimatikan.
Dia bangun menuju ke arah beg tangan yang diletakkan di atas meja bersebelahan katil.
Tangannya menyeluk ke dalam beg sebelum mengeluarkan telefon bimbit.
Skrin telefon menyala.
Ryan
Nama itu membuatkan dahinya sedikit berkerut.
"Ryan?"
"Apa pula dia nak?"
Dia membuka ruang sembang mereka.
Ryan
Sorry ganggu you malam-malam macam ni. I sebenarnya nak belanja you makan dekat restoran I. Anggap je sebagai permohonan maaf sebab malam tu.
Amina membaca mesej itu dua kali.
Permohonan maaf?
Dia masih lagi tidak faham kenapa lelaki itu bersungguh-sungguh mahu meminta maaf sedangkan perkara itu sudah lama selesai.
Jarinya mula menaip.
Amina
Malam tu?
Tidak sampai seminit...
Balasan muncul.
Ryan
Pasal I terpijak dress you sampai you jatuh dalam kolam.
Amina menghela nafas kecil.
Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman nipis.
Lelaki ini...
Masih lagi menyalahkan dirinya.
Sedangkan dia sendiri tahu, kalau bukan kerana Ryan, mungkin dia akan menjadi bahan ketawa yang lebih teruk malam itu.
Sekurang-kurangnya Ryan telah menyelamatkannya daripada terus berada di dalam kolam.
Dia membalas ringkas.
Amina
Never mind. I dah lama lupakan benda tu.
Beberapa saat kemudian...
Telefon kembali berbunyi.
Ryan
Tapi I belum lupa.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUKAN HEROIN
Romance|2026| ONGOING REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...
