DIA melangkah dengan penuh bergaya di balai ketibaan KLIA. Cermin mata hitamnya dibuka. Senyuman di bibir menghiasi wajahnya.
'Finally aku sampai pun Malaysia' gumamnya dalam hati. Selepas dua minggu dia berada di Bali untuk shooting terakhir drama terbarunya 'Unconditional Love'.
Dia melihat kearah belakang. Assistantnya sedang menarik luggagenya. Dia meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan orang ramai yang dari tadi memandang ke arahnya. Lantaklah. Kisah apa aku.
Langkah Amina yang tadi begitu yakin tiba-tiba terhenti. Pandangannya terpaku pada skrin LED gergasi yang tergantung di ruang balai ketibaan. Wajah yang selama ini cuba dipadam daripada ingatannya kembali muncul di hadapan mata.
Belle Aulia.
Seolah-olah seluruh dunia sengaja mempermainkannya.
Senyuman Belle ketika ditemu bual wartawan itu membuatkan dada Amina terasa bagai dirobek perlahan-lahan. Rahangnya mengetap kuat sehingga urat di lehernya jelas timbul. Jari-jemarinya menggenggam erat pemegang beg tangan sehingga buku-buku jarinya bertukar pucat.
Dua minggu dia berada di Bali. Dua minggu dia cuba melupakan semua kebencian itu. Namun, baru beberapa minit menjejakkan kaki ke Malaysia, nama dan wajah perempuan itu kembali menghantui hidupnya.
"Fuck..." bisiknya serak, sarat dengan amarah yang sudah terlalu lama dipendam.Langkahnya yang laju tadi tiba-tiba berhenti.
Cermin mata hitam ditangannya dipakai. Langkahnya melaju ke arah kereta tanpa mennghiraukan Aidil.
Badannya terus membolosi kereta yang sudah sedia terparking di hadapan klia itu. Tabnya dibuka. Article tentangnya dibaca satu persatu. Dia berdecit. Dadanya berombak.
Bunyi hentakan pintu kereta mengejutkannya. Aidil sudah masuk ke tempat pemandu. Seat belt dipakai. Belum sempat kereta bergerak, Amina bersuara.
"Aidil. Kalau wartawan call untuk interview I, you jangan jawab. I tak nak nanti muncul article pelik-pelik pasal I. You tahu kan wartawan ni macam mana? Suka putar-belit fakta." ujarnya kepada Aidil. Article tentangnya menjadi trending sekarang ini apabila postingan yang dibuat olehnya menjadi viral sejak kelmarin. Dia telah membuat postingan bahawa Belle Aulia iaitu pelakon yang semakin sensasi itu telah berpura-pura baik didepan publik. Dia memang benci Belle sejak dulu lagi. Sejak mereka masih sekolah.
"Baik, cik."
Dia menyambung membaca komen-komen netizen yang dilemparkan kepadanya. Majoritinya semua hate comments. Dia mengeluh. Tabnya diletakkan diatas riba. Pandangannya dilemparkan ke arah luar tingkap. Fikirannya menerawang kejadian dulu. Detik-detik dimana dia mula membenci Belle.
Fikirannya hanyut jauh...
Jauh merentasi waktu yang selama ini cuba dikuburkan bersama luka-luka lama. Namun, semakin dia cuba melupakan, semakin jelas setiap detik itu bermain di ruang ingatkan. Hari yang menjadi titik permulaan segala kebencian.
Langkah Amina diatur perlahan menuju ke kelas.
Tangannya menggenggam erat tali beg sekolah. Nafasnya turun naik menahan debar yang entah mengapa terasa luar biasa pagi itu.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk, matanya terus tertumpu kepada seorang gadis yang sedang menjadi perhatian seluruh kelas.
Belle Aulia.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUKAN HEROIN
Romance|2026| ONGOING REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...
