Part 10

1.5K 40 0
                                        


RYAN melangkah perlahan menuju ke arah lif sambil melonggarkan tali leher yang sudah terasa menyesakkan lehernya. Bahunya terasa lenguh selepas seharian berdiri di dapur restoran.

Butang lif ditekan.

Tidak lama kemudian pintu lif terbuka dengan bunyi ting.

Dia melangkah masuk, kemudian menekan butang tingkat 21 sebelum menyandarkan belakangnya pada dinding lif.

Matanya terpejam seketika.

Hari itu benar-benar memenatkan. Sejak pagi dia langsung tidak berhenti memasak. Ditambah pula dengan beberapa pelanggan VIP yang membuat tempahan khas pada saat akhir.

Sebaik pintu lif terbuka semula, Ryan terus melangkah keluar. Langkahnya perlahan menuju ke arah unit kondominiumnya.

Tangannya sudah mengeluarkan kad akses. Sebaik sahaja dia mahu memasukkan kod pintu, telinganya menangkap suara dua orang perempuan sedang berbual sambil berjalan menghampirinya.
Dia menoleh.

Langkahnya terus terhenti.

"Eh..."

Wajahnya berubah sedikit terkejut.

"You buat apa dekat sini?"

Amina dan Melina yang sedang rancak berbual turut berhenti.

Amina memandang ke hadapan sebelum matanya membulat.

"Ryan?"

Dia sendiri tidak menyangka akan terserempak dengan lelaki itu di sini.

Ryan ketawa kecil.

"Ya... I."

"You buat apa dekat sini?"

Ryan tersenyum sambil menunjuk ke arah unit di deoannya.

"Haah... I tinggal sini."

Ryan mengangkat kening.

Amina memandang nombor unit Ryan, kemudian memandang semula ke arah pintu rumahnya.
Beberapa saat dia hanya mampu ketawa kecil.

"No wonder..."

"Kenapa?" tanya Ryan hairan.

"Maksudnya... you lah jiran baru I?"

"Wait..."

Kali ini giliran Ryan pula yang membulatkan mata.

"Don't tell me... you pun tinggal sini?"

Amina mengangguk sambil tersenyum.

"Ya. Unit sebelah."

Ryan terus ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Seriuslah?"

"I pun baru tahu. Patutlah dua minggu lepas pengawal cakap ada jiran baru pindah sebelah. Ingatkan family mana."

Ryan menyandarkan sebelah bahunya pada dinding koridor.

"Sorry sebab tak sempat datang kenalkan diri. Dua minggu ni memang jadual I penuh."

"I balik rumah pun hampir tengah malam setiap hari."

Amina mengangguk faham.

"I pun sama. Kadang-kadang keluar sebelum matahari naik... balik bila orang dah tidur."
Ryan tersenyum.

"Jadi selama dua minggu ni kita sebenarnya keluar masuk pada waktu yang berbeza.Patutlah tak pernah terserempak."

Amina ketawa kecil.

"Rupa-rupanya jiran sendiri."

Barulah Ryan perasan seorang lagi gadis berdiri di sebelah Amina.

Pandangannya beralih kepada Melina.

BUKAN HEROINCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang