Amina mengikat rambutnya tinggi sebelum membuka peti sejuk.
"Hmm... kosong."
Dia mengeluh kecil.
"Patutlah budak tu sanggup ponteng kelas. Tak ada orang masak rupanya."
Dia mencapai beberapa biji telur, sosej, roti dan sekotak susu.
"Nasib baik ada lagi stok."
Beberapa minit kemudian, bunyi minyak memercik memenuhi ruang dapur. Aroma mentega yang cair di atas kuali mula memenuhi seluruh rumah.
Tidak lama kemudian...
Bunyi tapak kaki menuruni tangga kedengaran.
"Fuh... sedapnya bau kopi."
Suara Melina kedengaran bersama satu rengangan panjang.
Rambutnya yang masih sedikit lembap selepas membasuh muka dibiarkan terurai. Bau kopi panas yang memenuhi ruang rumah menariknya datang ke dapur.
Matanya terus tertumpu pada Amina yang sedang tekun menyapu jem strawberi di atas sekeping roti bakar. Di sebelah kakaknya pula terletak satu jag kopi yang masih berasap.
Tanpa meminta izin, Melina terus menarik kerusi lalu duduk. Jag kopi dicapai dan air hitam itu dituangkan ke dalam cawan di hadapannya.
Belum sempat dia menyuakan cawan ke bibir, Amina sudah bersuara.
"Eh, tu kopi aku."
Melina mengangkat sebelah kening.
"Habis tu? Rumah ni rumah siapa?"
"Rumah mama."
"Ha'ah. Mama tak ada. Jadi sekarang rumah ni aku yang punya."
Amina menjeling tajam.
"Perasan."
Melina hanya tersengih sebelum menghirup kopi itu perlahan-lahan.
"Hmm..."
"Sedap juga kopi kau buat."
"Memanglah sedap. Aku buat."
Melina ketawa kecil sebelum matanya memandang roti bakar yang berada di atas pinggan.
Dahinya terus berkerut.
"Eh..."
"Aku ingatkan kau nak masak nasi goreng ke, mi goreng ke, nasi lemak ke. Beria suruh aku turun sarapan."
"Alih-alih..."
"Roti dengan jem je?"
Amina mengangkat bahu selamba.
"Kau nak makan sedap-sedap?"
"Pergi restoran."
"Aku datang sini nak ambil barang je, bukan buka kedai makan."
Melina mencebik.
"Kedekut."
"Bising."
Melina ketawa kecil sebelum duduk di kerusi meja makan. Dia menyandarkan dagu di atas meja sambil memerhatikan Amina yang sedang menggoreng telur.
"Eh."
"Akak."
"Hmm?"
"Akak dah lama tak masak."
Amina tersenyum kecil.
"Sebab akak sibuk."
"Kalau tak sibuk pun..."
Melina menyampuk pantas.
"...tetap tak masak."
"Eh!"
ANDA SEDANG MEMBACA
BUKAN HEROIN
Romantiek|2026| ONGOING REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...
