Sinar mentari yang menyelinap masuk melalui celahan langsir menyapa wajah Amina yang masih lena dibuai mimpi.
Perlahan-lahan dia menggerakkan tangan mencapai telefon bimbit yang terletak di sisi katil. Dengan mata yang masih kabur, dia menggosok kelopak matanya beberapa kali sebelum melihat skrin telefon.
9.08 pagi.
Mata Amina terus terbeliak.
"Hah?!"
Tubuhnya terus melompat bangun dari katil.
"Ya Allah!"
Jantungnya berdegup kencang.
Dia menepuk dahinya berkali-kali sambil mengutuk dirinya sendiri.
"Habislah aku! Kenapa Aidil tak call aku?"
"Tak pasal-pasal aku lambat pergi shooting!"
Tanpa sempat mengemas katil, Amina terus berlari masuk ke bilik air.
Lima belas minit kemudian...
Pintu bilik air dibuka dengan tergesa-gesa. Rambutnya yang masih lembap dibiarkan terurai, manakala tuala kecil masih tersangkut di bahu. Dia terus menuju ke almari pakai an. Satu persatu penyangkut baju dialihkan sehingga akhirnya dia memilih sepasang pakaian berwarna lilac.
"Yang ni okey."
Seluar slack paras lutut dipadankan dengan t-shirt putih dan blazer lilac.
Ringkas.
Namun masih menampakkan imej elegan yang menjadi identitinya.
Selesai berpakaian, Amina terus duduk di hadapan meja solek.
Tangannya pantas mencapai foundation.
Kemudian concealer.
Diikuti bedak, pembayang mata dan gincu.
Segalanya dilakukan dengan begitu mahir seolah-olah sudah menjadi rutin harian yang tidak pernah ditinggalkan.
Ramai yang mengatakan solekannya terlalu tebal.
Ramai juga yang mengecam. Kononnya dia terlalu bergantung kepada solekan kerana wajah sebenar tidak secantik yang dipaparkan di kaca televisyen.
Ada yang menggelarnya "ratu make-up."
Ada juga yang mengatakan dia tidak cukup yakin dengan wajah sendiri.
Amina membaca semua nya. Dan setiap komen itu...
Sedikit demi sedikit meragut keyakinannya. Yang paling menyakitkan bukanlah kecaman itu.
Tetapi...
Perbandingan.
Namanya hampir tidak pernah disebut tanpa nama Belle Aulia.
"Kalau Belle tak pakai make-up pun cantik."
"Kulit Belle lagi flawless."
"Amina ni cantik sebab make-up je."
Ayat-ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
Amina menghela nafas panjang.
Matanya tertancap pada pantulan dirinya di dalam cermin.
Dia mengusap perlahan pipinya.
"Kalaulah..."
Bibirnya mengukir senyuman hambar.
"Kalaulah aku lahir dengan kulit secantik Belle..."
"...mungkin aku tak perlu bersembunyi di sebalik semua ni."
Jarinya menyentuh foundation yang masih berada di atas meja.
"Atau..."
"...mungkin orang akan pandang aku sebagai Amina."
"Bukan bayang-bayang Belle."
ANDA SEDANG MEMBACA
BUKAN HEROIN
Romance|2026| ONGOING REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...
