Part 11

1.1K 46 0
                                        

"WEH, kau boleh tak jangan merokok dalam kereta?

Lemaslah!" Melina menutup hidungnya sambil mengibas-ngibas asap rokok yang memenuhi ruang dalam kereta.

Lily yang sedang bersandar santai di tempat pemandu langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Sebaliknya dia menghembuskan asap perlahan-lahan ke luar tingkap yang dibuka sedikit.

"Asal? Kau sebenarnya jealous dengan aku kan?" usiknya sambil tersenyum senget.

Melina menjeling tajam.

"Ishh... tak ada maknanya aku nak jealous dengan kau. Yang sepatutnya jealous tu kau sebab aku tak merokok."

"Eleh..." Lily ketawa kecil. "Alasan."

Belum sempat Melina membalas, Lily sengaja menghembuskan sedikit asap ke arah rakannya itu.

"Woi! Bodoh la kau ni!" Melina menjerit sambil mengibas-ngibas udara di hadapan mukanya. "Nak bunuh orang ke?"

Gelak Lily semakin kuat.

"Drama betul."

"Kalau aku nak merokok, dah lama aku merokok. Tapi aku tak suka. Sakit tekak."

Lily mengangkat sebelah kening.

"Mana kau tahu sakit tekak? Kau dah cuba ke?"

"Pernah la."

"Setakat cuba sekali tu bukan kira cuba. Kau cuba seminggu... confirm lepas tu kau cari rokok sendiri."

"Mimpi la aku."

"Ala... hidup kena ada pengalaman."

"Pengalaman masuk hospital sebab paru-paru rosak?" balas Melina selamba.

Lily tergelak kecil.

"Mulut kau ni memang..."

"Daripada mulut aku busuk macam bau rokok."

"Kau nak kena ni."

Lily mengangkat tangan seolah-olah mahu mencubit Melina, membuatkan gadis itu cepat-cepat mengelak sambil ketawa.

Sejak dari kolej lagi beginilah mereka. Bergaduh hampir setiap kali berjumpa, tetapi kalau salah seorang menghilang sehari pun, yang seorang lagi mula tercari-cari.

Anna yang duduk di tempat penumpang depan akhirnya mengeluh panjang.

"Korang berdua boleh diam tak?"

Suara Anna sedikit kuat kali ini.

"Bisinglah. Sakit kepala aku dengar."

Kedua-duanya berpaling memandang Anna.

"Kau pula, Lily." Anna menuding jari ke arah gadis itu. "Baik kau padam rokok tu sekarang sebelum aku hempuk kepala kau guna beg ni."

Lily menjeling.

"Huh... jealous."

"Jealous kepala otak kau."

Anna terus merampas kotak rokok yang berada di atas dashboard.

"Eh! Woi! Pulangkan balik."

"Tak nak."

"Itu rokok aku."

"Bagus. Lagi bagus aku buang."

"Melampau betul."

Melina yang melihat situasi itu terus ketawa kecil.

"Padan muka."

"Kau jangan seronok sangat. Kejap lagi aku beli kotak baru."

BUKAN HEROINCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang