Part 9

1.1K 47 0
                                        

CLICK! CLICK! CLICK!

Bunyi kamera DSLR bertalu-talu memenuhi ruang studio. Cahaya lampu softbox yang terang menyinari setiap sudut wajah Belle sehingga kulitnya kelihatan semakin mulus tanpa sebarang cela.

Belle mengangkat botol serum berwarna emas itu pada paras wajah sambil menghadiahkan senyuman yang lembut. Dia memusingkan sedikit badannya mengikut arahan jurugambar sebelum menoleh tepat ke arah lensa kamera.

"Beautiful... Hold that pose!"

CLICK! CLICK! CLICK!

"Yes... That's perfect!"

Jurugambar itu tidak berhenti menekan shutter kameranya. Setiap ekspresi Belle kelihatan semula jadi. Senyuman, renungan mata, malah cara dia memegang produk juga nampak profesional seolah-olah sudah bertahun-tahun menjadi model.

"Okay, nice. Kita tukar angle pula."

Belle mengangguk kecil sebelum menurunkan tangannya.

Dia menghembus nafas perlahan. Walaupun sudah biasa dengan dunia peragaan dan penggambaran, sesi fotografi selama hampir tiga jam itu tetap memenatkan.

"Cik Belle, kita tukar wardrobe ya."

"Baik."

Belle terus melangkah ke bilik persalinan.

Beberapa orang stylist segera menghampirinya. Dress putih yang dipakainya ditanggalkan dengan berhati-hati sebelum digantikan dengan gaun satin berwarna blue-black yang mempunyai potongan elegan dan sedikit belahan di bahagian kaki.

Sebaik sahaja gaun itu dipakai, salah seorang jurusolek membetulkan solekannya yang mula pudar akibat lampu studio yang terlalu panas.

Sedikit bedak ditepuk pada wajahnya.

Lipstick diperbaharui.

Rambutnya pula disisir semula supaya setiap helaian jatuh dengan kemas.

"Done."

Belle berdiri di hadapan cermin.

Dia memusingkan badannya ke kiri dan kanan.

Gaun itu benar-benar menyerlahkan kulit putihnya.

"Nice."

Dia tersenyum puas sebelum melangkah keluar semula ke set penggambaran.

Jurugambar yang sedang menyusun kamera terus mengangkat kepala.

"Wow."

Belle hanya ketawa kecil.

"Okay, next pose."

Jurugambar menunjuk ke arah sebuah sofa baldu berwarna krim yang diletakkan di tengah studio.

"Cik Belle boleh baring mengiring dekat sofa tu."

Belle mengangguk.

"Produk tu letak dekat bahagian kepala sofa."

"Pastu pandang produk tu macam cik tengah admire dia."

Belle tersenyum.

"Macam bercinta dengan serum?"

Seluruh kru tergelak kecil.

"Lebih kurang macam tu."

Belle turut ketawa sebelum berjalan menuju ke sofa tersebut.

Dia cuba membaringkan badan dengan perlahan.

Namun dress satin yang dipakainya agak sukar dibetulkan.

Dia cuba menarik sedikit bahagian bawah gaun itu supaya tidak berkedut.

BUKAN HEROINCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang