Dia melangkah masuk ke dalam mall tanpa tujuan yang jelas.
Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak cari apa.
Tadi, sewaktu keluar rumah, dia cuma rasa bosan. Duduk seorang diri dekat rumah buat dia rasa lagi serabut. Nak ajak orang keluar pun dia tak tahu nak ajak siapa. Kawan dia bukan ramai sangat. Kalau ada pun, kebanyakannya masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
Jadi dia keluar sajalah.
Kononnya nak window shopping.
Tapi hampir sejam berjalan, satu benda pun tak masuk dalam tangan.
Amina berhenti sekejap di tengah laluan. Matanya melilau melihat kedai-kedai yang ada di sekeliling. Orang ramai keluar masuk. Ada yang bawa beg shopping, ada yang berjalan sambil pegang tangan pasangan masing-masing, ada yang sibuk melayan anak kecil.
Dia pula?
Seorang diri.
"Bosannya..."
Amina mengeluh perlahan.
Baru sahaja dia mahu berpatah balik, matanya tertangkap pada seseorang di dalam sebuah kedai makan.
Seorang lelaki.
Duduk seorang diri di meja hujung, sibuk dengan makanan di hadapannya sambil sesekali melihat telefon.
Amina mengecilkan mata.
Macam kenal.
Dia berdiri beberapa saat, cuba mengingati.
"Hanif?"
Bibirnya terus terukir senyuman.
Tanpa fikir panjang, Amina terus masuk ke dalam kedai itu.
Hanif yang sedang makan langsung tak perasan kehadirannya. Dia hanya sedar apabila sebuah kerusi di hadapannya ditarik.
"Sorang ke?"
Hanif mengangkat muka.
Dia nampak sedikit terkejut apabila melihat Amina sudah duduk di hadapannya.
"Boleh aku duduk?"
Hanif memandang kerusi yang diduduki Amina, kemudian kembali memandang wajah perempuan itu.
"Ha'ah... sorang je."
Dia mengangkat bahu.
"Duduklah."
Amina tersenyum puas.
"Nasib baik kau tak halau."
Hanif hanya tersengih kecil sebelum menyambung makan.
Amina pula bersandar di kerusi. Matanya memerhati keadaan sekeliling sebelum kembali kepada Hanif.
"Kau buat apa kat sini sorang-sorang?"
Hanif mengunyah makanan sebelum menjawab.
"Makanlah."
Amina terus ketawa kecil.
"Bukan tu."
Dia menjeling.
"Kenapa kau ada sini? Ada shooting dekat area ni ke?"
Hanif mengerutkan dahi.
"Shooting?"
"Ha'ah. Aku ingat kau ada kerja."
Amina menunjuk ke arah dirinya sendiri.
"Aku nampak kau macam tak buat apa-apa."
Hanif melihat pakaiannya sendiri sekejap.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUKAN HEROIN
Romance|2026| ONGOING REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...
