DERUMAN enjin kereta perlahan-lahan mati sebaik sahaja Amina memarkirkan kenderaannya di ruang parkir bawah tanah sebuah hotel lima bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Dia memandang pantulan dirinya pada cermin sisi kereta.
Untuk beberapa saat, dia hanya diam.
Dress putih satin yang dipakainya jatuh anggun hingga ke buku lali. Bahagian belakang dress itu terbuka sederhana, dihiasi hanya dengan dua tali halus yang bersilang kemas. Potongannya ringkas, tetapi cukup elegan.
High heel setinggi tujuh inci menyerlahkan lagi susuk tubuhnya yang langsing. Rambut panjangnya pula disanggul tinggi, memperlihatkan leher jenjang dan tulang selangkanya yang halus.
Dia menghela nafas perlahan.
"Cantik..."
"...tapi untuk apa?"
Bisiknya sendirian sebelum mencapai clutch putih di tempat duduk sebelah.
Pintu kereta dibuka.
Sebaik sahaja dia keluar, Melina yang berada di sebelah terus memandangnya dari atas ke bawah.
"Wah..."
Melina bersiul kecil.
"Kalau orang tak kenal akak, memang semua ingat akak yang birthday malam ni."
Amina hanya menjeling.
"Diamlah."
"Seriuslah. Cantik kot."
"Kalau kau puji sebab nak pinjam beg aku nanti, lupakan."
Melina terus ketawa kecil.
"Eleh... Akak ni."
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pintu masuk hotel.
Seorang petugas menyambut mereka dengan senyuman profesional.
"Good evening, miss."
"Invitation card, please."
Amina menghulurkan kad jemputan yang diberikan Belle beberapa hari lalu.
Petugas itu meneliti kad tersebut sebelum menganggukkan kepala.
"Welcome. Enjoy the party."
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ballroom, langkah Amina perlahan dengan sendiri.
Matanya memerhati segenap ruang.
Seluruh dewan dihias mewah dengan gabungan rona putih dan baby blue. Lampu kristal bergantungan di siling memantulkan cahaya keemasan yang membuatkan suasana kelihatan begitu eksklusif.
Di setiap meja tersusun jambangan bunga hydrangea dan mawar putih.
Di hujung dewan pula terdapat pentas kecil lengkap dengan skrin LED besar yang memaparkan gambar-gambar Belle sejak kecil sehingga menjadi pelakon terkenal.
"Not bad..."
Amina mengakui dalam hati.
Majlis itu jauh lebih mewah daripada jangkaannya.
Dia sempat memandang pakaian para tetamu.
Kebanyakannya terdiri daripada selebriti, pengarah, penerbit drama, wartawan hiburan dan beberapa orang ahli perniagaan terkenal.
Sesekali kedengaran bunyi kamera mengambil gambar.
Lampu flash tidak pernah berhenti.
Dia mula berasa rimas.
"Jom duduk sana."
Amina menunjuk ke arah meja paling hujung yang agak jauh daripada orang ramai.
Melina mengangguk.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUKAN HEROIN
Romance|2026| ONGOING REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...
