Part 13

684 27 0
                                    

KERETA Amina memasuki perkarangan rumah mamanya. Hari ini dia tiada mood mahu balik kondo. Kereta di parking di garaj. Dia terus keluar dari keretanya dan melangkah ke pintu utama.

"Ehh.. Akak balik. Tidur sini ke?" tanya Melina yang sedang tengok TV di ruang tamu.

"Mama mana?" tanya Amina tanpa menjawab soalan adiknya tadi.

"Mama ada dekat dapur tu."

Amina mengorak langkahnya kearah dapur. Dia melihat mamanya sedang menyediakan juadah makan malam mereka. Asyik sangat sampai tak sedar yang dia berada di dapur.

"Mama masak apa tu?" Sapanya. Sapaan itu memeranjatkan puan Mahiran yang sedang memotong sayur.

"Terkejut mama... Lain kali nak tegur orang bagi salam dulu. Kalau mama sakit jantung, macam mana tadi. Tak ke arwah terus." marahnya sambil menggosok dadanya.

Amina hanya sengih. Dia duduk di atas kerusi sambil melihat mamanya buat kerja. Tiada niat mahu menolong.

"Kamu dah kenapa balik malam-malam ni? Nak tidur sini ke malam ni?" agak pelik kerana jarang Amina datang malam-malam macam ni kalau tidak sebab.

"Mama tanya macam nak halau akak tidur luar je. Mama tak suka ehh akak balik ni?" soalan di balas soalan kerana dia tidak berniat untuk membalas pertanyaan mamanya tadi.

"Ishh.. Kesitu pulak kamu ni. Mama tanya je kan tadi."

"Haah.. Hajatnya macam tu la. Boleh kan mama? Kalau tak boleh akak boleh balik semula." pura-pura merajuk.

"Kamu nak balik? Hah.. Pergi la balik. Pintu tak kunci lagi tu." Kata puan Mahiran tanpa perasaan.

"Mama!!!"

"Sampai hati mama halau akak." Dia bukan main datang jauh-jauh. Tiba-tiba kena halau dengan maknya sendiri. Puan Mahiran menghamburkan gelaknya.

"Borak apa bising-bising ni. Sampai kat luar dengar." Melina datang menjenguk ruangan dapur.

"Borak hal orang tua. Kau budak apa tau." sambil menjeling ke arah Melina.

"Elehh.. Kau tua sangat dah ke? Kita beza berapa tahun je dah berlagak macam tu. Kalau dah tua sangat, mana anak kau, hah? Kawin pun tak lagi, dah perasan jadi orang tua." omel Melina tak puas hati. Matanya menjeling ke arah kakaknya.

"Ishhh.. Dah.. Dah.. Kamu berdua ni. Aku hantuk-hantuk kepala baru tau. Asyik gaduh je kerja korang." puan Mahiran sambung memotong sayurnya tadi.

"Akak tu yang mula dulu."

"Aku pula. Dia yang marah aku, aku pula yang kena." tak puas hati.

"Dah!! Cukup. Mama cakap cukup, cukup. Aku hantuk betul-betul kepala korang, nak?" dua-dua menggelengkan kepala.

"Daripada korang bergaduh, baik korang tolong mama siapkan makan malam ni. Akak nak makan sini kan?" Amina hanya menganggukkan kepala.

"Haah. Akak tak makan lagi tadi." buat-buat muka sedih.

"Mel pergi ambik satu ketul ayam lagi dalam peti ais tu." Arah puan Mahiran kepada Melina.

"Kenapa Mel pulak? Suruh la akak yang ambik. Siapa suruh dia tiba-tiba balik nak makan sini. Biar dia la yang buat." selepas berkata begitu, Mel terus keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu semula.

"Bertuah punya budak!!"

"Takpe la mama, biar akak tolong mama. Tak payah layan la budak tu. Biasa lah jaga anak istimewa, otak dia tak betul sikit. Mama kena banyak sabar, okey?"

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now