Faiq Isyraf memasuki ke ruang tamu milik keluarganya. Dia membuat muka masam kerana dia dipaksa untuk datang ke makan malam yang dibuat oleh keluarganya. Ini bukan menguntungkan dia pun malah membazir masa. Bukan dia tidak tahu sebentar lagi mesti ada sahaja soalan-soalan panas dari saudara-mara dia. Dia duduk sambal melihat anak buahnya yang sedang bermain berkeliaran di ruang tamu itu. Faiq melepaskan keluhan, dia ingin juga mempunyai anak dan isteri akan tetapi dia tidak jumpa mana-mana perempuan yang tepat di matanya.
Beberapa kali dia pergi ke temu janji yang dibuat oleh ibunya dan hasilnya hampeh, tidak berbaloi. Semua calon yang dikenalkan semua tidak menepati cita-rasanya. Melihat abang-abang nya yang sudah berumah tangga dan hanya dia seorang sahaja masih bujang. Sendu. Stress.
Dulu masa abangnya tidak kahwin boleh lah mereka meluangkan masa Bersama akan tetapi semua sudah ada komitment masing-masing. Sudah punya anak dan juga isteri. Dia juga ingin merasa bagaimana rasanya bercinta dan nikmat berkahwin. Sekali lagi Faiq melepaskan keluhan berat.
"haih anak mama kenapa asyik mengeluh je ni?" bahu faiq diusap perlahan-lahan. Dia tahu yang anak bujangnya seorang ni sedang memikirkan sesuatu.
"takda apa lah ma" faiq menggelengkan kepalanya sambal senyum yang boleh dikatakan hambar.
"takpala kalau kamu dah kata macam tu, mama pergi sambung kerja dekat dapur" pinta mama,Engku Maisarah.
Semua sudah mula mengambil tempat duduk mereka di meja makan. Semua sedara belah mama hadir dan semua adik beradiknya turut hadir. Tidak pelik pun kalau keluarganya mengajak sedara maranya makan malam di rumahnya kerana mama dan papa sering kali mengajak mereka atau jiran tetangga untuk hadir ke jamuan. Selalu jamuan seperti ini akan dibuat tiga bulan sekali atau lebih.
"Ha semua jum makan" ajak papa, Farhan.
"Firash baca doa" arah papa. Firash adalah along Faiq. Dia sudah berumah tangga kira-kira pada dia umur 25 dan kini sudah mempunyai 3 orang anak.
Usai membaca doa, semua mula makan dan sembang tentang beberapa perkara dan ia akan muncul satu perkara
"Faiq lama aunty tak nampak kamu, makin sibuk ke?" tanya aunty sarah selaku adik mama.
"aah makin busy handle projek-projek besar" jawab Faiq sopan.
"Faiq sekarang umur berapa?" tanya aunty maila dekat faiq. 'dah mula dah' guman faiq dalam hati.
"Tahun ni Faiq umur 27" jawabnya lagi dengan senyuman yang tidak lekang.
"Faiq xda cadang nak berumah tangga ke? Macam abang-abang kamu? umur kamu makin meningkat nanti lambat dapat anak" kata aunty sarah dengan penuh yakin.
"betul tu Faiq, kami semua dah kahwin, tinggal kau je belum" sokong Farhin selaku sepupunya. Dia tahu tinggal dia seorang sahaja yang belum kahwin dalam keluarga terbesarnya.
"nth Faiq, papa dengan mama teringin nak tengok kamu kahwin" ujar papa dengan penuh lembut. Dia tahu yang anaknya ni sudah mula serabut dengan perkataan kahwin. Tapi apa nak dibuat, itulaj lumrah hidup.
Sekali lagi dia melepaskan keluhan. "kalau ada jodoh maka adalah, jika tiada maka tiadalah"
Sumpah dia penat untuk mencari pasangan hiudpnya. Dia bukan seorang yang berkawan sangat dengan perempuan. Dia lebih menghabiskan masanya dengan aktiviti berseorangan seperti menonton movie or bermain game.
Faiq bangun lalu menuju ke singki untuk membasuh pinggan nya.
"apa abang ni" ayat yang dikeluarkan oleh mama seolah-olah menyuruh papa berhati-hati dalam berbicara.
Faiq terus naik ke tingkat atas dalam masuk ke bilik untuk menunaikan solat maghrib. Usai solat maghrib dia menadahkan tanganya.
"Ya allah, sesungguhnya hamba mu ni perlukan teman sehidup semati. Engkau jagalah jodoh aku itu dengan sebaik-baiknya. Engkau jauhkan dia dari segala perkara jahat. Engkau permudahkanlah kami dan aku serahkan segala urusanku kepadaMu. Semoga engkau mempelihara jodohku walau di mana jua dia berada. Rabbana ...."
YOU ARE READING
Faiq's: Her Eyes | OG
RomanceFateen Halwa adalah seorang siswa disebuah university terkenal. Rupa parasnya yang manis dengan lengsung pipitnya di pipi dan juga kulitnya yang putih mulus bersih daripada segala cacat cela. Matanya yang berwarna hazel menampakkan dia lagi menawan...