Chapter 3

57 4 0
                                    

Harini mereka akan melakukan ziarah ke tempat-tempat tertentu seperti Jabal thur, jabal nur dan lain-lain.

Jam telah menunjukkan tepat jam 7. Para jemaah bas 2 menunggu ketibaan mutawif mereka dengan oenuh kesabaran.

Ayshad turun dan menuju ke arah jemaahnya.
"Sorry lambat saya ada urusan tadi" terang ayshad yang nampak tergopoh-gapah.

"Faiq, tolong aku amikkan kehadiran mereka" arah ayshad yang sedang sibuk mengendalikan dokumen-dokumen.

"Hmm" list nama dan bilik hotel di ambil dan satu per satu nama di tanda.

"Bilik 1102 ada?" soal faiq sambil memandang ke arah jemaah. "Ada sini"

Faiq tersenyum manis dan mengangguk. "Okey cukup, boleh gerak"

"Fateen halwa dan nur maisarah " ujar faiq dalam hati.

"Okey jum jum" ajak ayshad menuju ke bas.

Di dalam bas mereka duduk di bahagian tengah manakala fateen dan mia duduk di belakang mereka.

Jantung fateen berdegup laju sehingga sukar untuk dia bernafas. "Ya allah kenapa ni"

Dilihat jejaka di hadapannya, membuatkan jantungnya lagi tidak keruan. Makin kuat. Dipegang jantungnya dan fateen berselawat untuk menenangkan dirinya.

Faiq yang tahu akan sang gadis duduk di belakangnya hanya memandang dengan sekilas sahaja. Hatinya sudah berbunga-bunga.

Ketika mereka di jabal rahmah. Fateen mendaki sehingga ke atas untuk tangkap gambar dan berdoa.

"Ya allah, kau berikanlah jodoh ku yang terbaik daripada kalangan yang terbaik. Dan kau temukan kami sebagai mana nabi adam dan hawa bertemu. Ya allah, kau percepatkanlah untuk aku dengan si dia (jodohku) ke arah yang halal.semoga aku dapat kahwin sebelum aku bergraduasi ya allah. amin"

Usai berdoa fateen dan mia turun ke bawah untuk membeli air dan jubah. Ketika ingin turun ke bawah, mereka terserempak dengan mutawif dan kawanya.

Fateen dan mia hanya tersenyum dan berlalu pergi.

Sama juga dengan faiq dan ayshad. Mereka pun mengukir senyuman dan berlalu pergi.

Setibanya mereka di masjid jaranah. Para jemaah yang ingin melakukan umrah sunat kali kedua. Mutawif mengingatkan bahawa lelaki perlu di dalam pakaian ihram.

Usai melakukan umrah sunat, mereka pun menuju ke ruang makan untuk menjamu selera. Semua tempat duduk penuh kecuali di hadapan fateen dan mia.

Ayshad melangkah kan kakinya ke arah sang gadis.

"Ada orang tak?" Soal ayshad.

"Takda, duduklah." Jawab mia.

Faiq yang sudah mengambil makanan pun turut duduk di hadapan fateen.

"Korang nama siapa? Korang under saya kan?" Soal ayshad tanpa segan silu.

"Aah, saya mia dan ini fateen" mia menunjukkan jarinya kepada fateen.

Mulut Ayshad membuat bentuk O dan mengangguk.

"Saya ayshad dan ini faiq"

"Ustaz kami tahu dah" selamba sahaja jawapan mia.

Ayshad menggosok belakang lehernya.

Faiq yang khusyuk  menjamu selera itu itu dipandang.

"Lapar ek kau?" Soal ayshad kepada faiq.

"Aku busy kejap lagi. Ada meeting dengan client" jawab faiq yang sedang menyuapkan suapannya yang terakhir.

"Hmm faiq kerja apa?" Soal mia. Mia ni terlebih peramah orangnya. Fateen hanya melihat makanannya dan mendengar segala perbualan mereka.

Faiq's: Her Eyes | OGWhere stories live. Discover now