Selesai perbincangan kedua-dua belah pihak, mereka menetapkan supaya faiq dan fateen disatukan pada hujung bulan ini.
"Faiqq, tak rasa awal sangat ke?" Tanya fateen dengan lembut. Faiq yang disebelahnya membisik.
"Sayang, i ni dah nak masuk 30, i dah x boleh nak tunggu" jawab faiq dengan perlahan.
Photographer yang sedang sibuk menangkap gambar mereka dari sisi dari depan. Ramai juga wartawan yang hadir. Iyalah CEO muda terkenal hendak menamatkan zaman bujangnya. Berita hangat mestila wartawan suka.
Faiq mengeluh sedikit. Entah macam berita ini boleh sampai ke pihak media. Dia pun bingung. Sedangkan yang tahu hanya kedua-dua belah keluarga sahaja.
Faiq menoleh ke fateen, cantik dengan mengenakan abaya yang dibuat khas untuk fateen oleh mamanya. Makeup yang tidak tebal tidak nipis. Nampak sangat natural look.
Ringggg
Telefon faiq berbunyi. Nombor yang tidak dikenali dipaparkan di skrin. Faiq mengangkat panggilan lalu keluar dari ruang tamu rumah fateen.
Mana tahu syarikat lain call ke .
"Hye babee, u tunang kan harini? I hantar ramai wartawan untuk u"
Faiq terkejut. Mukanya yang ceria terus berubah jadi tajam dan tegang. Air liurnya ditelan kasar. Nafasnya mula tidak teratur.
"Kau nak apa?" Jawab faiq kasar.
"I nak u tapi u taknak i so i nak tunang u lah"
"Kau memang bangsat sial perempuan" faiq terus menyerabutkan rambutnya yang kemas itu. Suaranya dinaikkan sedikit membuatkan beberapa orang diluar melihatnya.
"Chill la u, i cuma rindu nak kacau u sayang"
"Fuck off sial " faiq terus mematikan panggilan telefonnya. Dia tidak tahu bagimana perempuan itu mendapat number telefonnya.
Fikirannya serabut. Otaknya bercelaru. Memikirkan keselamatan tunangnya di masa akan datang. Dia mestila akan sibuk dan tidak ada waktu untuk menjaga tunangnya 24 jam
Faiq melangkah masuk ke dalam rumah dengan muka yang tegang. Mata hijaunya memandang sekeliling dengan penuh teliti. Susuk tubuh fateen dipandang tajam. Otaknya memikirkan keselamat di gadis itu.
"Eh faiq kau okey tak?" Tanya angah farish. Mana tak okeynya tadi dia melihat faiq marah-marah ketika bercakap dengan telefon.
"Muka tu jangan tegang sangat harini kan hari tunang kau. Rambut ni dah barai dah " tegur farish lembut. Risau jika dia menegur dengan cara kasar atau bergurau nanti faiq akan melenting.
"Hmm"
Faiq berlalu pergi masuk ke dapur untuk meneguk air. Sumpah dia memang tengah serabut sekarang. Gelas dicapai dan dia menuang air putih ke dalam cawan. Kalau ikutkan hati dan perasaan dia gelas yang di tangan ini sudah dibaling.
Fateen hanya melihat faiq dari jauh. 'Macam ada masalah je' katanya dalam hati.
'Semoga awak dipermudahkan urusan'
"Faiq sini makan" arah papa yang melambai-lambai ke arahnya. Muka faiq masih lagi tegang dan dingin. Dia mengambil tempat disebelah fateen.
"Faiq awak okey tak?" Tanya fateen dengan lembut.
Faiq tidak menoleh atau melihat muka fateen terus menjawab "bukan urusan kau"
Fateen tersentap. Ini kali pertama faiq berkata kasar sebegini kepada dia. Abang faiq memandang faiq memberi amaran kepadanya dengan pandangan tajam.
Selesai semua urusan di rumah pihak perempuan, mereka meminta diri untuk pulang.
Tiga biji kereta menyusul keluar dari kawan rumah fateen. Sejak dari faiq bercakap kasar dengan fateen, mereka terus tidak bercakap dan mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Faiq's: Her Eyes | OG
RomansaFateen Halwa adalah seorang siswa disebuah university terkenal. Rupa parasnya yang manis dengan lengsung pipitnya di pipi dan juga kulitnya yang putih mulus bersih daripada segala cacat cela. Matanya yang berwarna hazel menampakkan dia lagi menawan...