Chapter 5

45 2 1
                                    

Setiba di airport madinah, semua jemaah berkumpul untuk check in luggage masing-masing. Fateen dan Mia pun beratur dekat lane kelas ekonomi manakala faiq dan ayshad beratur di kelas business.

Hati Fateen berdebar-debar menunggu giliran mereka kerana bimbang akan terlebih berat beg mereka.

"Kalau terlebih berat orang kata kena bayar 220 riyal wey" fateen berbisik kepada mia yang turut berada di sebelahnya.

"Aish takdelah cukup je ni. Tadi aku timbang beg aku tak sampai 20 kg.. boleh je ni" mia berkata untuk menyedapkan hati fateen.

"okey dah turn kita kejap lagi" Mia menepuk bahu fateen dan tiba-tiba terasa renjatan elektrik.

"Woi sakit laaa" kata mia dan fateen serentak. Masing-masing mengosok diri mereka.

"Asal ada elektrik pulak dekat badan kau ni" soal mia.

"Maybe sebab aku banyak pegang henfon kot" fateen mengangkat bahu menandakan dia pun tidak tahu.

Sampai sahaja di depan kaunter, mereka pun menyerahkan passport kepada pekerja itu.

Ada beberapa orang mutawif yang turut ada disitu akan tetapi mutawif bas mereka tiada.

"Eh awak, beg ni ringan je awak tak shopping ke?" Soal salah sorang daripada mutawif itu sambil gelak dan diikuti oleh mutawif yang lain. Dari segi pemakaian kemas dan bersih, dari segi muka menampakkan mereka dalam likungan umur 30 tahun.

Fateen hanya senyap sahaja tanpa bercakap apa-apa. Semua soalan yang dituju kepada mereka berdua semua dijawab oleh mia. Fateen pemalu orangnya.

"Yang ni kawan ke adik?"

"Yang ni kawan saya na nama dia fateen" jawab mia dengan penuh ramah.

Fateen sudah gelabah, "eee mia ni bagitahu nama orang sesuka hati pulak" luahnya dalam hati.

Namun tidak jauh dari itu ada sepasang mata yang melihat kemesraan mereka. Pandangan mata api yang membara merenung ke arah mereka. Faiq.

Faiq merasakan hatinya panas menggelegak dengan kemesraan fateen dan kawannya bersama mutawif lain. Mukanya kini tegang. Tiada satu senyuman ditayangkan.

Dingin. Seram.

Ayshad yang berada di sebelah turut seram sejuk dengan muka faiq yang tegang itu. Kali pertama dia melihat sepupunya sebegitu.

"Ni apa pasal pula dah" kata ayshad dalam hati.

Faiq terus berjalan masuk ke boarding gate untuk terus boarding meninggalkan ayshad yang baru sahaja keluar dari tandas.

"Eh nak boarding dah ke" ayshad mengejar langkah faiq dengan laju.

Usai checking luggage, mereka terus masuk ke boarding gate untuk menyelesaikan inspection dan sebagainya.

Masuk sahaja di ruang menunggu di Gate 5 kepada para penumpang pesawat Malaysia Airlines.

"Miaaaaa, aku nak beli dunkin donut kejap. Tolong tengokkan beg" fateen terus meninggalkan mia dan beberapa kawan mereka yang telah rapat dalam beberapa rapa hari ini.

Fateen memesan Medium Cup Hot Chocolate dan dua donut untuk dia mengalas perutnya. Selesai bayar, dia tunggu di sebelah kaunter bayaran untuk mengambil pesanannya.

Faiq melangkah ke dunkin donut untuk memesan Hot Caramel Latte untuk menenangkan tekak dan hatinya. Tidak dia sangka yang di depannya ialah Fateen Halwa.

Kalau dah jodoh memang tak kemana

Faiq hanya berdiri senyap di belakang fateen. Hatinya masih panas mengenangkan kemesraan mereka tadi. Faiq yang melihat fateen terbatuk-batuk sambil menunggu pesanannya. Faiq pun mengeluarkan strepsils dari poket bajunya.

"Nah untuk legakan tekak" strepsils dihulurkan kepada fateen. Wajah fateen diangkat dan melihat dirinya. Wajah itu mula senyum dan menyambut huluran itu.

Faiq pun turut menguntum satu senyuman.

"Here for miss, one medium hot chocolate and two donut"

"Here for mr faiq, one medium Hot caramel Latte"

"Thank you"

Air mereka disusun sebelah-sebelah itu di capai oleh fateen dan dia terus berlalu pergi. Faiq yang melihat tingkah lakunya dan melihat air yang tinggal.

Faiq menilik cawan dan di cawan itu adalah Hot Chocolate. Faiq terus tergelak dan mengejar langkah pendek fateen.

Dia tidak kisah jika mereka tertukar minuman cuma dia rasa bersalah kalau fateen tak minum latte. Dia terus mengejar langkah fateen.

Fateen yang duduk dengan mia dan makcik-makcik abang-abang ibu-ibu semuanya ada disini. Fateen membuka tempat minuman dan dia menghirup seteguk.

Bwerk

"Eee pahit laaaa, apa hot chocolate pahit" rengek fateen lalu menilik cawan itu.

Muka nya terkejut kerana ini air hot caramel latte. "Alamak! Macam mana ni?!"

"Kau asal fateen?" Soal mia yang melihat fateen terkejut beruk. Sejurus itu membuatkan kawan-kawan mereka melihatnya.

"Salah airrr laaa" fateen menghulurkan air itu kepada mia dan mia menggeleng.

"Kau ni lain kali ambil air tu tengokla dulu" bebel mia dan fateen mencebik muka.

Faiq yang terdengar dari jauh mula mendekat kearah mereka.

"See? She dont drink latte" katanya dalam hati dengan penuh yakin.

"Eh faiq buat apa sini?" Soal makcik kiah. Makcik kiah ni dah macam mak mak dalam rombongan umrah bas mereka. Apa yang tak cukup apa yang tertinggal rujuk je dengan makcik kiah. Things will settle.

"Ni nak tukar air dengan fateen"

Cawan di tangan fateen diambil dan digantikan dengan cawan di tangannya.

"Nah sayang your hot chocolate " ujarnya perlahan hanya didengari oleh fateen dan mia.

Faiq tersasul dengan sebutan fateen sayang. "Bodoh apa kau ni faiq tiba-tiba panggil sayang" marahnya dalam hati.

"Ouh sorryy, saya dah terminum sikit air awak. Takpa ke?" Fateen menundukkan kepala nya kerana dia rasa bersalah. Kalau dia tengok betul-betul mesti mereka tidak tertukar air.

"Takpa, take this hot chocolate i take this hot caramel latte" pujuk faiq dengan lembut.

Terus sahaja mata hazel bundar milik fateen bersinar. Comel!

Faiq senyum dan terus pergi ke ayshad di tempat duduk jauh dibelakang mereka.

Fateen senyum tersipu malu. Mana taknya dia dapat air hot chocolate lepastu faiq panggil dia sayang tadi. Lembut pulak tu.

"Aku cam dengar something fishy tau fateen" semua mata-mata memandang ke arahnya.

"Apa? Takda apa lah" jawab fateen menutup segala fishy-fishy yang didengari oleh mia.

"Kau suka faiq ke?" Soal mia on the spot.

UHUK!!

"Kau ni jangan la tanya melulu depan orang ramai ni" fateen mencubit mia. Dia malu sebab dia tersendak. Buruk rupanya. Fateen menayangkan sengihannya.

Semenjak beberapa hari ni, Di mekah dan di madinah mereka sering bertembung dan membuat eye contact dan jantungnya juga berdebar-debar. Fateen pun membuat soalat istikarah di mekah dan juga di madinah untuk meminta jawapan kepada Sang Pencipta. Dan jawapannya iya si dia dalah jawapannya.

"Good evening everyone, Gate will be open and Zone 3 and business class can start line up"

Semua penumpang terus beratur dan masuk ke dalam perut pesawat.

Mereka akan pulang ke Tanah Air sebentar sahaja lagi.





Author note: maaf atas kesalahan ejaan ataupun yang lain lain.

Faiq's: Her Eyes | OGWhere stories live. Discover now