"Dah lah faiq, saya tak nak gaduh dengan awak" fateen yang ingin meninggalkan dapur itu terhalang.
Pergelangan tangannya digengam kuat faiq. "We need to talk"
Faiq menarik fateen ke ruang tamu. Mereka duduk tapi jarak agak jauh.
"Cakapla" fateen berdebar-debar. Dia takut kalau apa yang faiq cakap sekarang ni akan terguris hatinya dan bertambah lagi kecewa.
"I think kita dah tak sefahaman macam dulu. So i rasa ..."
"Enough"
kata-kata faiq dipotong oleh fateen. Faiq memandang tepat ke arah fateen.
"Saya tahu apa awak akan cakap. Saya terima saja" fateen terus bangun dari duduknya dan masuk ke dalam bilik. Dia penat terlalu penat fizikal dan mental. Dia tidak tahu kenapa semenjak ni dia kuat tidur. Semenjak ni juga dia sering craving makanan macam kuih cara berlauk walhal dulu tak minat mana pun kuih cara berlauk tu.
"Argh penat. Nak tidur" Fateen terus membaringkan dirinya di atas katil dan dia terus terlelap.
Faiq yang diluar hanya diam membisu. "Kenapa fateen potong apa aku nak cakap? And dia dah tahu apa aku nak cakap? Pelik betul. Lepastu dia terima je? ha? aku nak cakap yang kita kena luahkan perasan masing-masing.. arghh kenapa makin complicated ni"
Faiq mengusutkan rambutnya. Dia makin runsing. Apabila dia bangun dari sofa, dia terpijak sesuatu. Apabila dilihat ia adalah telefon milik isterinya yang sudah retak seribu.
"Huish takkan aku pijak boleh retak sampai macam ni?" Faiq terkejut dan terus tangkap gambar hantar kepada iris.
"ni hasil kena pijak ke?" - faiq
"Eh bukan la. ni macam baru kena baling"
-iris bengong"Ouh ye eh" -faiq
"Ye la bongok" - iris bengong
"K" - faiq
Button power on ditekan, alhamdulillah masih boleh on. Tapi skrin rentak dan lcd yang gelap separuh. "Kenapa ni sampai baling telefon pula" keluh faiq sampai membelek telefon ditanganya.
Dia menekan password dan salah. "Aik dah tukar?? selalu kan tarikh birthday aku?"
Dia cuba sekali lagi dengan teliti dan masih salah. "Ha sudah. Marah sampai tukar password henfon." Dia meneka banyak kali.
Tarikh birthday dia
Bukan
Tarikh birthday fateen pun bukan
Tarikh nikah mereka pun bukan
Tarikh sanding mereka pun bukan"Shit ni ada lagi satu je peluang"
Faiq mengisi tarikh mereka first jumpa. Dan yes berjaya.
Benda pertama faiq buka adalah whatsapps. Dilihat ada number unkwon di chat tapi isinya kosong. "Ha apakah?" Lepastu faiq pun buka gallery fateen. Tiada apa yang baru.
Faiq menutup henfonnya dan masuk ke dalam bilik. Melihat sekujur tubuh fateen di atas katil sedang tidur dengan memeluk Patung Ice bearnya. "Comel" puji faiq perlahan.
"Sayanggg" usik faiq sedikit di telinga fateen. Fateen masih lagi dibuai mimpi.
"Mandi dulu la pastu baru kacau" katanya perlahan.
Usai mandi, faiq terus mengenakan boxer sahaja dan dia terus baring disebelah isterinya. Disentuh hidung fateen, diulus kening fateen dan dikucup pipi fateen. "I miss you sayang, abang minta maaf sebab kasar dengan sayang naikkan suara dengan sayang and abang minta maaf abiskan kuih cara berlauk dengan green tea sayang" ujarnya di tepi telinga fateen dan membuatkan fateen berpusing menghadapnya tapi masih lagi lena.
Faiq mengangkat perlahan-lahan leher fateen.
"Hmm" fateen merengek. "Comel"
"Shhh tidur sayang" bisik faiq.
Tangan kanannya berjaya membantalkan kepala fateen dan tangan kirinya memeluk pinggang fateen. "Jum tidur"
Tidak lama selepas mendodoi fateen, faiq pun diulit mimpi.
Author note : sorry dah lama tak update. Maafkan kalau ada typo or kesalahan tatabahasa. Tq membaca dan hopefully enjoyed
YOU ARE READING
Faiq's: Her Eyes | OG
RomansaFateen Halwa adalah seorang siswa disebuah university terkenal. Rupa parasnya yang manis dengan lengsung pipitnya di pipi dan juga kulitnya yang putih mulus bersih daripada segala cacat cela. Matanya yang berwarna hazel menampakkan dia lagi menawan...