Chapter 6

54 1 1
                                    

Sejak 6 bulan dari umrahnya, faiq dan fateen tidak lagi berjumpa. Faiq yang sedang sibuk membuat kerjanya mula menyandarkan badanya di kerusi kerjanya. Makin Hari Makin Banyak Kerja yang ada.

Faiq mengurut pelipis kepalanya dan wajah fateen terlintas dalam fikirannya. Terus mengucap faiq dan duduk tegak.

"Haih macam mana nak halalkan awak ni, kita dah tak bersua" faiq melepaskan keluhannya.

Iphone 14 pro max nya dikeluarkan, ada satu gambar yang di ambil iaitu gambar fateen.

Cantik!

Gambar itu dijadikan wallpaper iphonenya. Dia terus rasa bersemangat nak sambung kerja.

Fateen yang sibuk menyiapkan Final Year Projectnya.

"Aaaa penatnyaaaa" fateen meregangkan badanya dan tanganya. Berjam-jam dia menghadap laptop menyiapkan Projectnya.

Dia membuka gallery di Laptopnya. Di scroll-scroll gallerynya dan dan terjumpa satu gambar. Gambar seorang jejaka yang sedang duduk di meja.

Hensem!

"Aku rindu dia ke? Ish dia bukan siapa-siapa pun" ujarnya sorang-sorang. Fateen terus menutup laptopnya dan pergi membersihkan diri.

Faiq yang diseret oleh abang nya untuk pulang ke rumah mama dan papa mereka.

"Ha faiq baru muncul? Balik dari umrah takda jenguk mama dengan papa langsung. Disuruh pula ayshad yang menghantar oleh-oleh ke sini. Kami lesap terus. Call tak berangkat. Whatsapps tak di balasnya. Kamu ni dah lah dah tua tau. Perangai macam budak budak" bebel Engku Maisarah panjang lebar.

Faiq hanya memekak kan telinganya sahaja. Disebabkan dia sudah biasa dia hanya masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu. Dia diseret datang ke sini oleh abangnya, Firash.

Tadi dia baru sahaja balik dari kerja terlihat Si Firash tercongok di depan pintu rumahnya. Maklumla duduk sorang mampu duduk dekat condo je. Belum sempat dia tegur abangnya terus tangannya di tarik supaya mengikut langkah abangnya. Cengkaman tangan di lepas sehingga sampai ke kereta.

"Kuang asam punya abang, culik adik macam tu je" kutuk faiq dalam hati sambil menjeling firash.

"Ha hidup lagi rupanya anak bongsu teruna papa ni, ingatkan busy sampai dah pupus" perli papanya dengan pedas.

Zapp!

Faiq memegang dadanya menandakan kata-kata papa itu menusuk kalbu dan jiwa raganya. "Auch sakitnya kata-kata mu wahai papa"

Papa menjeling faiq. "Papa dengar dari ayshad yang kamu ada crush"

Ehem! Ehem!

Terus faiq mendehem kuat beberapa kali. Memandang kan semua ahli keluarganya berkumpul termasuk sepupu sepapatnya. Dia terus mencari kelibat ayshad. Nak kena sekeh budak ni.

"Jawabla faiq papa tanya niii" pujuk papaaa.

"Ha adaa " faiq mengiyakan sahaja. Takkan nak cakap. Kang disuruh bawa datang sini jumpa family mana nak cari si budak fateen Halwa tu. Faiq tersenyum.

"Malam ni cukur jabul mama dengan papa jemput siapa je?" Soal faiq. Dia mencapai cawan yang diisi air teh suam itu dan dihirup.

"Kekawan papa dengan mama je and jiran area sini" jawab papa dengan khusyuknya makan kek oren yang dibuat khas oleh mama tercinta.

"Ouhh, okey pa. Faiq masuk bilik faiq dulu nak mandi pe semua" pinta faiq dan naik ke atas.

"Papa, faiq dah ada calon ke? Mama dengar tadi papa sebut crush" Mama yang datang dengan dulang berisi kek buah kesukaan papa.

Faiq's: Her Eyes | OGWhere stories live. Discover now