"Papa mama" faiq menyapa kedua orang tuanya di ruang tamu. Mereka memandang ke arah faiq dengan penuh penantian.
"Faiq nak kahwin" kepalanya ditunduk menahan malu yang tak terkata.
"Alhamdulillah" panjat rasa syukur papa mendengar.
"Ha kahwin dengan siapa? Dengan siapa nama perempuan tu pa"
" haah siapa nama dia ? Apa halwa? Fateen halwa ye?"
Faiq menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. 'Aik macam mana boleh kantoi ni'
"Abang-abang kamu nampak kamu berdua mesra dekat dapur masa kenduri haritu" terang mama. "Betul"
"Lagipun kami kenal keluarga fateen halwa tu. Papa dengan ayah dia bestfriend lama dah" papa senyum melihat wajah faiq yang mengangguk.
"Dah bagitahu pihak sana ke?" Soal mama dengan membulatkan matanya.
Faiq tersengih. "Dah waktu kenduri haritu"
"Bertuah punya budak!" Satu bantal kusyen dilempar oleh mama kena tepat pada muka faiq.
"Amboi ma, excited bebenornya nak sambut menantu pun jangan baling dekat faiq ma"
"Kamu patutnya bagitahu family kamu dulu baru family belah sana. Macam mana lah kita terlepas didik budak bertuah sorang ni pa"
"Takpa. Yang penting restu pihak belah sana" papa memujuk mama. "Kalau pihak perempuan setuju lagi senang terus nikah sanding. Tak payah bertunang bagai. Buang masa je." Tambah papa lagi.
"Pihak belah sana cakap nanti mereka set kan tarikh untuk berbincang tarikh nikah" jawab faiq. Tangannya lincah menggunakan Iphonenya.
"Alhamdulillah, ma kita tunggu sajalah pihak sana" papa mengucap syukur kerana semua progress dipermudahkan.
"Ma pa, faiq nak kena gerak balik dah. Esok faiq kerja"
"Okey hati-hati bawa kereta"
Kereta Merc AMG A45 dipandu faiq meluncur di atas jalan raya. Sepanjang perjalan faiq hanya fokus dengan pemanduannya. Tiba di sebuah cafe yang kepunyaan kawannya. Faiq memakirkan keretanya di hadapan cafe tersebut.
Faiq memasuki cafe itu dan terus menanyakan pekerja di kaunter. "Boss mana?"
Gadis di hadapannya mendongak dan membuatkan faiq terkejut.
"Fateen? Kenapa dekat sini?" Soalnya kepada si gadis.
"Saya kerja lah takkan study pula kat kaunter ni" fateen tersengih sebab dia loya buruk.
"Ye eh? Boss ada tak sayang?" soal faiq lagi.
"Apa sayang-sayang, belum kahwin dah panggil sayang. Ni mesti dah biasa panggil perempuan lain sayang" bebel fateen dengan tangannya lincah membancuh airnya.
"Eh mana ada tak baik tuduh kite macam ni" faiq memuncung kan mulutnya menandakan dia merajuk. Saja ingin menyakat bakal isterinya.
"Sayang, i nak iced caramel macchiato satu tau. Medium size" arah faiq. Mata nya melihat sekeliling mencari owner cafe ni.
'Mana si ziyyad ni aduh' keluhnya dalam hati.
"Nah, awak iced caramel macchiato" fateen menghulurkan airnya dan straw dan tisu. Fateen hanya diri sahaja menunggu pelanggan yang seterusnya. Fateen melihat jam sudah pukul 11:55 pagi. Pukul 12 tengah hari adalah waktu rehat.
"Sayang nampak owner cafe ni takkkk?" Faiq bertanya lagi kepada fateen. Fateen yang tengah diri melihat skrin di kaunter tu pun mendongak ke faiq.
"Haih awak ni, dua kali awak tanya. Boss ada dekat bilik dia" jawab fateen dengan nada yang penat.
YOU ARE READING
Faiq's: Her Eyes | OG
RomanceFateen Halwa adalah seorang siswa disebuah university terkenal. Rupa parasnya yang manis dengan lengsung pipitnya di pipi dan juga kulitnya yang putih mulus bersih daripada segala cacat cela. Matanya yang berwarna hazel menampakkan dia lagi menawan...