Harini para jemaah akan bergerak ke madinah. Perjalanan lebih kurang 4 jam 30 minit. Ayshad yang disebelah sudah menekan-nekan perutnya.
"Kau kenapa?" Tanya faiq.
"Sakit perut sia" jawab ayshad yang masih lagi menekan perutnya. "Kau take over kejap lagi, aku nak rush pergi tandas" arah ayshad.
Faiq menggelengkan kepalanya "kau kan mutawif, aku ni jemaah la" bantah faiq dengan memandang tajam sepupunya.
"Minta tolong kejap je. Aku serious nak kene lari ke tandas kejap lagi" terang ayshad lagi. Dia betul-betul tidak tahan.
Bas 2 sudah pun tiba di rnr untuk berehat sebentar dan makan. Ayshad terus keluar dari bas dan pecut ke tandas.
Faiq terpinga-pinga.
'Haih, nasib sepupu' luahnya dalam hati."Assalamualaikum wbt, sekarang kita akan berhenti makan dan solat qasar asar. Masa diberi 1 jam. Selepas selesai semua diminta para jemaah naik ke bas. Terima kasih"
Para jemaah mula turun dan menuju ke restoran untuk menjamu selera.
Usai makan dan menunaikan solat asar secara qasar. Para jemaah muka memenuhi tempat duduk bas. Disebabkan ayshad tak berapa sihat, maka segala tugas diambil oleh faiq seketika.
"makan ape lah sampai cirit birit" ujar faiq kepada ayshad yang sedang duduk bersandar di seat mereka.
Faiq mengira satu-satu jemaah mereka dari depan sehingga ke belakang.
"Okey cukup"
"Hmm ustaz?" panggil salah sorang jemaah yang duduk di belakang. Terus terhenti pergerakkan faiq yang ingin ke depan.
faiq menoleh menunggu soalan dari jemaah itu.
"Panggil saya faiq. Saya bukan ustaz" terang faiq kepada jemaah tu.
"Ouh faiq umur berapa? Dah kahwin?" Soal salah sorang jemaah perempuan yang berlingkungan dalam 50 tahun.
"umur saya 27 masih bujang tapi otw kahwin" mata faiq melirik ke arah fateen halwa yang sedang bermain telefonnya. Terukir satu senyuman tanpa dia sedar.
"Dah ada calon ke? Klau xda anak makcik yang ni single" soal makcik tu sambil menepuk anak perempuannya.
Faiq memandang ke arah anak perempuan makcik itu dan berkata.
"Dah ada calon dah" jawab faiq dan berlalu pergi. Maka harapan makcik itu untuk menjadikan faiq menantu tersangatlah hampeh.
"يمكن ان تتحرك(boleh bergerak)" arah faiq kepada pemandu bas.
Setelah 4 jam 30 minit perjalanan menuju ke madinah akhirnya sampai jua di hotel isyraf yang mewah untuk para jemaah umrah.
Semua jemaah menurunkan beg mereka dan check in ke bilik menggunakan kad yang diberi oleh mutawif, ayshad.
Berbaki lagi dua hari sahaja mereka di bumi mulia ini. Fateen dan mia menghabiskan masa dengan mencuci mata di kedai-kedai cederamata sekitar hotel Isyraf itu. Setiba mereka di satu kedai menjual patung unta.
"How much this unta?" Soal fateen kepada penjual kedai itu.
"30 riyal habibi" jawab penjual lelaki itu sambil tersenyum-senyum.
"Dari mana? Malaysia? Indonesia?"
"Malaysia" Mia menjawab sambil membelek-belek patung unta.
"Nok menyesal tak beli dekat mekah harituuuu"
"Mahal lah 30 riyal. Kat safwa tower haritu baru 15 riyal" keluh fateen memikirkan harga patung unta tersebut.
"Kamu banyak cantik manis saya bagi harga 20 riyal yang besar 15 riyal yang kecil"
"Hmm" menung fateen sambil memikirkan berbaloi atau tidak. Dia ingin membeli tiga anak patung unta tersebut. Dua untuk anak buahnya dan satu untuk diri dia sendiri.
"Halal lah, nak 3 besar" fateen menujuk jarinya 3 dan dituju ke arah patung unta yang besar.
"Wey Ayshad, aku nak g kedai situ. Jumlaaaa" faiq menarik jubah ayshad yang berwarna hitam itu. Mereka membeli oleh-oleh buat keluarga tercinta di tanah air.
"Kau nak beli apa pula dekat situ?" Tanya ayshad sambil mengosok-gosok bajunya.
"Ada crush" selamba sahaja faiq menjawab membuatkan ayshad terpinga-pinga.
"Marhaba marhaba" panggil penjual disitu.
Melihat fateen dan mia yang sedang membeli patung unta membuatkan faiq mengukir senyumnya.
"Mahu cari apa?" Tanya si penjual.
"لا يوجد(tiada apa)" faiq mengelengkan kepalanya sambil melihat fateen yang tersenyum gembira kerana dapat membeli patung unta itu.
"Comel" puji faiq dalam hati.
"Berapa semua?" soal mia.
"60 riyal three" jawab penjual itu.
"Nok ada 30 riyal? " tanya fateen yang membelek-belek pursenya. Duitnya sudah habis dan hanya tinggal 30 riyal untuk dia makan sahaja.
"Aish habis dah duit aku" luahnya dalam hati.
"Here 100 riyal. Keep the change" ada satu suara yang memyampuk dengan menghulurkan sekeping 100 riyal kepada penjual itu.
Fateen menoleh yang terpampang tampan faiq di hadapan wajahnya.
Disebabkan Faiq yang agak tinggi dan fateen agak rendah sedikit. Kedudukan Kepala Fateen betul-betul tepat di dada faiq akibat faiq mendorong sedikit untuk menghulur duit.
Jantung Fateen berdegup laju sehingga mahu terkeluar. Kali pertama dia merasa jantungnya tidak behave.
"Thank you" kata fateen dengan memeluk semua patung unta tu. Serupa budak kecil.
Faiq hanya menghantar dengan menggunakan pandangan sahaja. Cara, Muka, Perangai Fateen semakin hari semakin membuatkan dia Jatuh ke dalam lautan cinta.
"Dah jum, takyahla beli kau bukan ada budak kecil" faiq terus keluar dari kedai itu dan berlalu pergi meninggalkan ayshad yang terpinga-pinga.
"Tadi ajak masuk lepstu tak beli apa-apa sekarang ajak keluar pula" bebel ayshad dengan membuntuti faiq.
Author note : Hye koranggg!! So get ready i will publish untill end of this month🫶🏻✨.. enjoy and hugsss

YOU ARE READING
Faiq's: Her Eyes | OG
RomanceFateen Halwa adalah seorang siswa disebuah university terkenal. Rupa parasnya yang manis dengan lengsung pipitnya di pipi dan juga kulitnya yang putih mulus bersih daripada segala cacat cela. Matanya yang berwarna hazel menampakkan dia lagi menawan...