Usia Perkahwinan mereka telah memasuki setahun jagung.
Fateen halwa yang sedang bekerja itu mengeluh. Dia mencapai telefonnya dan mendial number faiq.
"Hello abang"
Fateen tersentak. Bukan suara suaminya atau suara lelaki yang menyahut. Tetapi suara perempuan.
Jantungnya berdegup laju seperti ingin meletup.
"Ye hello. Siapa ni? Faiq takda" kata si perempuan itu.
Panggilan terus dimatikan. Jantung fateen seperti mahu luruh. Terasa dunia ini berputar dengan lajunya.
"Siapa yang jawab tadi" matanya hampir ingin menjatuhkan butir-butir mutiara namun ditahan.
"Mungkin pekerja" seloroh fateen untuk menyedapkan hatinya. Dia terus mengemas barang dan clock out keluar dari office.
"Woi perempuan ! " jerkah faiq langsung membuatkan pekerja disitu terkejut.
Faiq menuju laju ke arah kamilia yang berdiri di depan mejanya sambil memegang telefon miliknya.
"Wtf! Kau sentuh barang aku kenapa perempuan?!" Telefon di tangan kamilia di rampas kasar.
Faiq terus membuka dan terlihat call history yang isteri tercinta baru sahaja menelefonnya.
"KAU?!" Jari telunjuknya ditunding tepat ke batang hidung kamilia.
Faiq terus duduk di kerusi kerjanya. Tangannya ligat membuka whatsapps chat untuk mencari isterinya. Jam tangan dijeling. Sudah pukul 5:00pm mesti isterinya on the way pulang ke rumah.
Faiq ingin terus bangun ingin bergerak pulang dihalang oleh kamilia.
"Babe, u nampak tak bahagia pun kahwin dengan isteri u" badan faiq dipeluk kuat.
" aku tak sentuh kau, baik kau alih badan kau dari aku sebelum kepala kau aku hentak dekat dinding"
Suaranya mendatar dan badan faiq mengeras.
"Okey done" kamilia melepaskan pelukan dan tersenyum sinis. Seperti udang disebalik batu.
"Fuck off"
Fateen memandu kereta miliknya dan singgah di sebuah pasar malam berdekatan.
Usai membeli fateen terus bergerak pulang ke rumahnya. "Daripada aku fikir siapa punya suara tu baik aku makan makanan ni"
Matanya dilirik ke beberapa plastik makanan yang dibeli. Lebih daripada sepuluh plastik.
"Assalamualaikum" kedua-dua tangan menjinjit plastik makanannya. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Di luar sudah ternampak kereta milik faiq terparkir elok di garaj. 'Baru balik kot' kata fateen dalam hati.
"Sayanggg" faiq yang turun dari tangga itu dilirik dan bergerak ke arahnya. Kelihatan rambut faiq sedikit basah menunjukkan dia baru siap mandi.
"Pergi pasar malam" fateen mengeluarkan isi-isi dalam plastik itu ke dalam piring dan pergi ke dapur untuk bancuh air.
Fateen mendatangkan dulang air ke meja makan. Sampai sahaja di meja makan, fateen pun menarik kerusi dan duduk. Dia tercari-cari kuih cara berlauk dan air green tea yang dibelinya.
'Tadi rasanya ada ambil. Takkan tertinggal pula?'
Fateen pun pergi ke kereta untuk mencari makanan itu namun hampa. Tiada.
Namun kembali ke meja makan, fateen melihat ada cawan yang di isi saki baki air hijau dihadapan faiq. 'Sah lagi mengesahkan!'"FAIQ ISYRAF!"
faiq terus tersentak sambil menyedut air hijau itu. "Sayang kenapa?" jawabnya dengan muka innocent.

YOU ARE READING
Faiq's: Her Eyes | OG
RomanceFateen Halwa adalah seorang siswa disebuah university terkenal. Rupa parasnya yang manis dengan lengsung pipitnya di pipi dan juga kulitnya yang putih mulus bersih daripada segala cacat cela. Matanya yang berwarna hazel menampakkan dia lagi menawan...