Ting ting ting
Bunyi notifikasi dari telefon fateen membuatkan dia terganggu dari bacaan doanya. Usai menghabiskan doanya, fateen terus mencapai telefon dan membuka aplikasi whatsapps.
Fateen membuka chat yang dihantar oleh unknow number itu. Beberapa gambar yang dihantar olehnya. "Allahu akbar"
Gambar faiq berpelukan di office dan berdua-dua cafe.
Air mata fateen sekali lagi mengalir. "Dugaan apakah yang datang kali ni?"
"So betullah tadi yang jawab tu perempuan dan maybe perempuan tu dia ni" fateen terus ss chat tersebut dan dia tutup telefonnya. "Sampai hati faiq. Kalau dah tak sayang bagitahu jelah tak payah nak curang"
Air matanya gugur selebat-lebat hujan diluar sana. "Dah lah tadi baru je gaduh dengan faiq pastu sekarang dapat gambar macam ni pula"
Air matanya tidak berhenti mengalir sehingga basah telekung miliknya.
"Dah lah kuih cara berlauk dengan green tea orang habis lepastu awak marah saya lepastu awak curang dengan saya. Saya buat salah apa sampai awak curang dengan saya ?"
Suara esakan nya dilepaskan. Fateen melirik ke arah jam telefonnya. "Dah pukul 10 malam pun tak balik lagi"
Kedengaran bunyi enjin kereta faiq dari luar terus menghentikan tangisan fateen. Fateen terus mengemas sejadah dan telekungnya dilipat. Dia melihat cermin matanya membengkak akibat nangis. Fateen terus pergi ke bilik air untuk membasuh muka.
Faiq masuk ke dalam rumah. Kelihatan sedikit berubah sebelum dia keluar tadi. Makanan di meja makan sudah hilang mungkin dalam peti sejuk. Faiq berdeham sebelum masuk ke bilik mereka.
Kelihatan susuk tubuh fateen yang baru keluar dari bilik air. Mereka dua diam. Tidak bertegur antara satu sama lain. Faiq hanya melihat kelakuan fateen yang menarik selimut dan sedia untuk tidur.
"Kau dah makan ke?" Faiq terus terkejut. Dia tersasul memanggil fateen kau. Bukan dia sengaja. "Habislah" lauhnya dalam hati.
"dah"
Fateen yang dengar tu mula panas hati. Dia bingkas baru dari baringnya dan keluar dari bilik dan tidur di bilik sebelah.
"Nak pergi mana?" Mendatar sahaja suara faiq. 'Alang-alang dah terlepas tu lepaskan jela' kata faiq dalam hati.
"Tidur bilik sebelah" jawab fateen mendatar juga.
"Kenapa nak tidur bilik sebelah? Dah benci aku ke?" sinis faiq lagi.
"Tak cakap pun" Fateen diri tegak didepan pintu. Dia mengeraskan badannya. 'Kenapa nak kena tidur sebilik kalau dedua tengah panas' luah fateen dalam hati.
"Bila cakap dengan aku pandang aku bukan pandang pintu" arah faiq.
Fateen memusingkan badannya. Matanya memandang ke arah faiq tepat di mata.
Faiq sedikit terkejut namun dikawal. Mata fateen yang membengkak tu menunjukkan dia baru lepas menangis. "Fuck" carutnya dalam hati.
"Puas? So sekarang aku dah boleh keluar?" soal fateen tajam.
Mendengar perkataan aku keluar dari mulut fateen membuatkan hati faiq terus membara.
"Kau kenapa biadap sangat?!" Suaranya dinaikkan. Nafas faiq sedikit laju menahan amarahnya.
Fateen masih membeku di hadapan pintu.
"Kau tidur bilik ni malam ni sebelum aku humban kau dekat luar" arah faiq tegas.
Tanpa membantah fateen terus bergerak ke katil mereka dan baring. Fateen membelakangi faiq.
Faiq pun baring disebelah fateen dan dia pun membelakangi fateen.
Air mata fateen mula jatuh. Suara esakannya ditahan. Bibir bawahnya digigit. Mukanya ditekup bantal supaya faiq tidak dengar dia menangis.
Sepanjang malam tu, faiq tidur lewat kerana dia dengar suara esakan fateen. "Apa aku dah buat ni ya allah"
Fateen bangun dari tidur untuk solat subuh. Dilihat faiq yang sudah di atas sejadah dan sudah siap menunaikan solat subuh.
"Hmm" fateen bingkas bergerak untuk mengambil wuduk. Pili air dibuka kuat. Dia melihat mukanya di cermin. Air mata mula bertakung. "Bangun tidur pun nak nangis"
"Before this elok je solat sama-sama tetiba sekarang dah solat dulu" fateen melepaskan tangisannya di dalam bilik air dan dia terus mengambil wuduk.
Apabila usai mengambil wuduk, dia keluar dan melihat faiq tiada pun dalam bilik tidur mereka. Makin berkecil hati fateen. Fateen menunaikan solat subuh dan ketika doa dia hanya mampu menangis untuk meluahkan segala kesakitan dan kekecewaan di dalam hati.
Fateen keluar dari bilik untuk menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Kelihatan faiq tiada langsung di rumah. "Mungkin pergi jogging kot hari ni kan sabtu" andaian fateen.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi dan kelibat faiq masih tidak muncul. " lama betul Jogging" kata fateen berseorangan.
Ting ting
Bunyi notifikasi dari telefon Fateen. Number yang sama hantar gambar haritu. Dia buka chat tersebut dan zup!
Hatinya dicarik dengan pisau. Sakitnya tak terhingga. Dia melihat gambar faiq dan seorang wanita yang sama sedang bersarapan dengan mesra dan faiq pakai windbreaker yang sama dengan wanita tu.
Telefon fateen terus dibaling. "Aku benci kau lah" Sarapan yang dibuatnya dipandang lama. "Buat penat je buat bukannya makan pun" Fateen memegang dadanya kerana sakit sangat.
Bunyi pagar di buka. Kelihatan susuk tubuh faiq masuk ke dalam rumah. Baru sahaja faiq melangkah masuk ke pintu. Fateen terus memandangnya tajam.
"Pergi mana?" Soalnya sedikir keras.
"Jogging tadi" jawab faiq mendatar.
"Dah sarapan ke?" Soal fateen sedikit dingin.
"Dah tadi dengan kawan" jawab faiq selamba.
"Ouh" Fateen terus mengambil nasi goreng yang dibuatnya dan buang ke dalam tong sampah. Segala makanan yang dibuatnya pun diangkat dan dibuang ke dalam tong sampah.
"FATEEN HALWA" faiq mula hilang sabarnya dengan insan dihadapanya ini. Tak ke Membazirkan kalau buang makanan banyak macam tu.
Fateen terus mengeraskan dirinya.
"Kenapa kau buang makanan tu?" Soal faiq tegas. "Fuck terlepas kau lagi" carut faiq dalam hati.
"Dah tu buat apa simpan? Awak kan dah makan dengan kawan awak" jawab fateen.
Faiq diam membisu. Ini semua salah Ziyyad la ni. Ish bodoh lah.
Flashback
Faiq yang sedang jogging di taman rekreasi berdekatan rumah mereka itu terserempak dengan Tengku Ziyyad dan Iris.
"Wey Ziyyad, kau jogging gak ke?" Soal faiq sambil tercungap-cungap.
"Aah aku ajak iris sekali. Jum la jogging sekali." Ajak ziyyad.
Mereka pun jogging bersama bertiga. Tak lama lepas tu mereka bertiga terserempak dengan Kamilia yang sedang jogging juga.
"Pergh betina ni pun ada" kata faiq dalam hati.
"Hye korang, tak sangka jumpa u guys dekat sini" kata Kamilia gembira.
"Eh faiq baju kita sama lah"
Ziyyad dan Iris memandang faiq dan kamilia silih berganti dan pandangan akhir jatuh pada faiq. Faiq menayang muka tidak tahu dan menjongketkan bahunya.
"Jum la sambung jogging" ajak faiq dan dia terus sambung jogging.
End flashback
Author note : sorry dah lama tak update. Maafkan kalau ada typo or kesalahan tatabahasa. Tq membaca dan hopefully enjoyed
YOU ARE READING
Faiq's: Her Eyes | OG
RomanceFateen Halwa adalah seorang siswa disebuah university terkenal. Rupa parasnya yang manis dengan lengsung pipitnya di pipi dan juga kulitnya yang putih mulus bersih daripada segala cacat cela. Matanya yang berwarna hazel menampakkan dia lagi menawan...