01 "

228 14 0
                                    

13 tahun yang lalu....

Seperti hari-hari yang sebelumnya, setiap pagi Joshua selalu ke rumah Jeonghan untuk membangunkannya untuk ke sekolah

"Han! Han! Han! Bangun. Nanti kita terlambat lagi!" Gelut suara Joshua yang dapat didengar satu rumah

"Eh bangun kau hannie!" Joshua menarik tangan jeonghan dan menyeretnya ke bilik air

"Ya aku tahu , jangan tarik aku. Sakit tau" jeonghan menjeling ke arah joshua lalu menutup pintu bilik air dengan kuat

Sementara menunggu jeonghan selesai , joshua duduk di kerusi yang berada di luar rumah jeonghan

"Choi seungcheol?" Joshua berbisik sendiri sambil matanya mengarah ke rumah kosong yang mahu di duduki orang baru itu

"Kau tengah tengok apa!" Jeonghan mengempar joshua dari belakangnya

"Eh kau! Terkejut aku. Tak aku tengah tengok jiran baru kita tu" ucap Joshua dengan tangannya yang menunjuk ke arah mereka

"Haah la , kau nampak kan lelaki yang pakai baju warna merah tu" jeonghan menunjuk tangannya ke arah lelaki itu

"Nampak macam sebaya dengan kita ja , jum! Nak berkenalan tak dengan dia?"

"Nak,nak . Jum" ucap jeonghan dengan senyuman manisnya

Tanpa basa-basi , jeonghan dan joshua berjalan ke arah lelaki itu.

"Hai, baru pindah sini ke?" Tanya jeonghan kepada lelaki tersebut

Muka seungcheol terkejut apabila di sapa oleh jeonghan

"Eh hai! Ya baru pindah sini" jawab seungcheol dengan muka seriusnya

"nama kau siapa?" tanya jeonghan kepada seungcheol

"n-nama saya choi seungcheol, boleh panggil cheol saja" respon seungcheol tergagap

"tak payah saya sangat, kau aku ja. Btw kau nampak sebaya dengan kami, umur kau berapa" jeonghan menanya sambil menepuk bahu seungcheol

"16 tahun"

"Eh kebetulan, kita sebaya. Bolehlah kau jadi kawan kami" tambah joshua kerana ia melihat seungcheol seperti tidak berdaya untuk meneruskan perbualan

"Boleh ke? Tak kacau persahabatan korang berdua?" Tanya seungcheol lalu menggaru kepalanya walaupun tidak terasa gatal

"Eh no! Kami lagi suka . Dapat sorang lagi sahabat . Kan shua kan" jeonghan merangkul bahu joshua

"haah betul tu" balas joshua dengan berpura-pura membuat muka kesakitan dirangkul jeonghan

Perbualan mereka terhenti apabila ibu seungcheol datang kepada mereka

"Kamu berdua tinggal di kawasan sini juga ya?" Ibu seungcheol bertanya kepada jeonghan dan joshua

"ya aunty, kami berdua tinggal di sini, itu rumah saya dan itu rumah joshua" jeonghan membalas pertanyaan ibu seungcheol sambil tangannya menunjuk ke arah rumahnya dan joshua

"Oh, aunty harap korang berdua boleh la bimbing cheol ya. Dia pun bersekolah di sekolah kamu berdua" pinta ibu seungcheol setelah melihat mereka dan seungcheol memakai pakaian seragam sekolah yang sama dengan anaknya

"Baiklah aunty. Let's go kita berangkat ke sekolah" kata jeonghan dengan satu tangannya diletak ke atas bahu joshua dan satunya lagi atas bahu seungcheol

Mereka bertiga pun pergi ke sekolah dengan menaiki basikal sendiri. Sesudah sampai ke sekolah, mereka pun meletakkan basikal di tempat yang sepatutnya dan masuk ke dalam kelas untuk memulakan pelajaran seperti biasa.

Selepas habis masa pertama, semua pelajar dilepaskan untuk rehat untuk makan ataupun melakukan sesuatu perkara yang diminati

Seungcheol , jeonghan dan joshua kembali ke kelas setelah selesai makan akan tetapi waktu rehat masih berbaki 30 minit
Mereka bertiga pun memulakan perbualan kosong

"Cheol ? Aku boleh kan panggil kau dengan nama tu" tanya jeonghan

"Kau ni han, tadi kan cheol dah kata panggil dia cheol. Takkan kau tak dengar" joshua menyakat manja

"Aku dengarlah shua, aku saja nak pastikan" balas jeonghan dengan mukanya agak serius

"Korang berdua janganlah bertengkar sebabkab nama aku ja , ya jeonghan kau boleh aku cheol saja ataupun korang nak panggil aku dengan nama panggilan lain" ujar seungcheol sambil matanya menatap jeonghan

"Aku dah lama tak nampak kau. Kau makin comel erk sekarang" sampuk joshua sambil menciut pipi lembut seungcheol itu

muka seungcheol tergamam apabila ia mendengar joshua menyentuh topik sensitif itu

"Dah lama? Kau pernah jumpa dia sebelum ni ke, shua?!" Jeonghan hairan dengan ucapan joshua itu

"Eh mana ada, aku cakap macamtu sebab nak menyakat dia ja" joshua memberi alasan untuk menutup kecurigaan jeonghan

"Em, yelatu. tapi seungcheol, aku nak cakap. Aku dengan joshua tak bertengkar tau tadi. Joshua memang suka menyakat aku. Katanya dia suka tengok aku marah" jeonghan menyambung perbualan mereka tadi tanpa meletakkan kecurigaan yang lebih kepada joshua

Waktu di sekolah pun berlalu dengan cepat. Mereka bertiga pun mengemas beg kerana mahu pulang ke rumah

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now