02"

132 13 0
                                    

"mama, cheol dah pulang !" Jerit seungcheol sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya

"Kesayangan mama dah balik?" Balas ibu seungcheol lalu memeluk anak tunggalnya itu

"mama! Janganlah sekarang. Malulah cheol dengan jeonghan dan joshua" muka seungcheol kemerahan lagi sekali

"Oh ada jeonghan dengan joshua sekali? Manalah mama tahu"

"Haah ma, cheol yang ajak diorang datang. Nak cakap tentang sekolah dengan diorang . Hehe" seungcheol terkekeh senyum manis yang menampakkan gusinya itu

"Baiklah, kawan dengan baik ya"

Seungcheol menyuruh jeonghan untuk duduk di sofa dahulu kerana dia mahu bercakap berdua sebentar dengan joshua

"Cheol, kenapa kau pindah sini semula?" Tanya joshua dengan muka seriusnya

"Aku cuma nak betulkan keadaan, itu pun tak boleh?" Seungcheol memperjelaskan alasannya untuk pindah di kawasan  yang dekat dengan rumah mereka berdua

"Bukan tak boleh, tapi pastikan kau rahsiakan benda tu dari han, sebab sekarang kalau dia tahu aku takut dia tak bersedia"

"Ya aku tahu, aku akan cuba mendekat dengan han tanpa dia tahu tentang perkara itu"

Perbualan terhenti dan mereka ke ruang tamu yang di duduk oleh jeonghan

Keesokkan harinya, jeonghan dan joshua datang lagi ke rumah seungcheol
Seungcheol membawa jeonghan dan joshua ke dalam biliknya

"cantik bilik kau!" Jeonghan memulakan percakapan

"biasa saja, jeonghan"

"Kau panggil aku han saja , nama jeonghan tu untuk yang tak rapat dengan aku ja. Joshua tu kau panggil shua ja"

"Haah kau pun panggil aku shua ja, ringkas dan padat" gurau joshua untuk mencairkan suasana sepi di bilik

"Sebab apa kau pindah sini?" Jeonghan menanya kepada seungcheol

"Papa aku dapat kerja dekat sini, tapi 3 tahun saja. Lepas 3 tahun, papa kata nak pindah luar negara untuk pengajian aku" seungcheol mencipta alasan

"3 tahun saja? Lepastu kau akan tinggalkan kami berdua?" Ucap jeonghan dengan cemas

"Don't worry, han. Nanti lepas aku dah habis belajar. Aku akan balik lagi di sini" pujuk seungcheol

"Tapi walaupun kita baru jumpa semalam, aku rasa macam dah kenal rapat dengan kau"

"Oh ya?!" Seungcheol panik dengan perkataan jeonghan itu

"Iya but shua?! Kenapa kau diam" jeonghan mengalihkan pandangannya kepada joshua

Joshua terdiam dan terkedu kerana mendengar apa yang di sampaikan dari mulut seungcheol itu. Sebenarnya joshua pun akan berpindah setelah lulus sekolah iaitu tepat 3 tahun kemudian kerana universiti yang mahu dimasuki nya tidak ada disini

"Shua ! Kau kenapa termenung dari tadi" kejut jeonghan sekali lagi yang melihat dari tadi joshua tidak fokus mendengar percakapannya dengan seungcheol

"Oh tak ada apa-apa. Hmm lagi 3 tahun kan kita nak lulus sekolah , korang dah fikir tentang pekerjaan apa yang sesuai ?" Joshua terus menukar topik memandangkan topik yang dibicarakan tadi amat tidak menyenangkan hatinya

"Kalau aku , pilot maybe" seungcheol membalas pertanyaan joshua

"wah pilot? Mesti seronok kan. Kau han?" Tanya joshua lagi

"Aku? Hm aku masih tak tahu, maybe aku kerja terus sebab kau tengoklah ekonomi keluarga aku ni" balas jeonghan dengan muka sedihnya

"Jangan sedih tau han. Nanti aku ada duit. Aku yang sara kau" gurau joshua yang mahu mengembirakan hati jeonghan

"Eh kau ni shua, dah tu kau tanya kami. Kau nak jadi apa nanti?"

"doktor! Of course doktor. Cita-cita aku dari kecil" balas joshua dengan teruja sambil membayangkan dirinya menjadi doktor yang berjaya

"Mesti kau pun sama dengan cheol kan, tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang" jeonghan mengusik joshua dengan perkataannya yang dia sendiri anggap jenaka sahaja

"Han?! Ayat yang keluar dari mulut jeonghan itu membuat joshua terkedu

"Kenapa raut muka kau lain? Tak sihat?" Tanya seungcheol kepada joshua

"Nothing, aku cuma lapar"

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now