13"

89 13 0
                                    

"Adakah kamu mengenal saya?"  Joshua melulu menanya

"Saya? Kenal kamu? Bagaimana itu boleh terjadi? Kamu seorang doktor yang berjaya. Orang seperti kamu mengenali orang seperti saya?" Dokyeom memperjelaskan

Joshua membuka penutup mukanya lalu ia memperlihatkan wajahnya yang jelas kepada dokyeom

Dokyeom melihat wajah joshua dengan lama lalu ia mengingat seperti pernah mengenali lelaki di hadapannya ini

"H-h-hyung? Jisoo hyung?" Dokyeom berbisik perlahan selepas melihat lelaki itu seperti hyung nya yang bernama hong jisoo

      Tetapi joshua mendengar apa yang diucapkan oleh dokyeom, lalu kepala Joshua menjadi sakit yang teramat sambil semua kenangannya bersama lee seokmin terlintas di fikirannya lalu ia pingsan di pangkuan dokyeom

    Dokyeom memanggil jururawat yang bertugas untuk memindah joshua ke katil di ruangannya itu. Dokyeom menunggu joshua untuk bangun kerana risau terhadapnya

"Seokmin-ah, kemari ke hyung" ayat yang dikeluarkan oleh joshua setelah bangun dan melihat dokyeom yang menunggunya

Dokyeom pun datang mendekati joshua

"Seokmin, ini betul kamu?" Joshua memegang wajah dokyeom dengan raut wajahnya yang seperti menahan rindu yang lama

"Aku lee deokyeom bukan lee seokmin?!" Dokyeom terus menafikan yang dia adalah lee seokmin

"Seokmin-ah, kamu sudah sebesar ini. Hyung rindu kamu" joshua memeluk dokyeom

Dokyeom yang tak tertahan air mata terus mengalir dan ia cepat-cepat mengelap air matanya agar tak terlihat oleh joshua

"Sekarang aku bukan lee seokmin lagi. Lee seokmin sudah mati sejak aku tinggal bersama appaku"

Dokyeom akhirnya menceritakan hal sebenar kepada joshua setelah melihatnya seperti hilang arah

"Kenapa itu bisa terjadi? Boleh kamu ceritakan kepada hyung?"

    Joshua yang sifatnya dingin setelah kemalangan itu menjadi hangat setelah melihat dan mengingati "lee seokmin" , bayangan lelaki yang selalu di mimpinya sejak ia hilang ingatan

"Adakah kamu lupa apa yang terjadi ,hyung?" Dokyeom bertanya kepada joshua

"Seokmin-ah, dulu hyung pernah mengalami kemalangan dan hal itu membuat hyung lupa ingatan" joshua menjelaskan kepada dokyeom kenapa dirinya tidak mengingati kejadian itu

Muka dokyeom terlihat sangat terkejut selepas mendengar apa yang dikatakan joshua

"Hyung, kamu pernah mengalami kemalangan?bila? Bagaimana itu bisa terjadi?" Bertalu-talu dokyeom mengajukan soalan kepada joshua

"Seokmin-ah, hyung akan jawab soalan kamu satu persatu. Sabar ya"

"Maafkan aku. Aku cuma merasa bersalah kepada hyung, cepat hyung ceritakan pada aku?"

"8 tahun yang lalu hyung mengalami kemalangan dan itu membuat hyung lupa semua tentang kehidupan masa lalu hyung. Selepas bangun dari tidur yang panjang. Hidup ayah hyung seperti kehilangan arah dan itu membuatkan hyung stress" joshua mengadu nasibnya kepada dokyeom

"Ah kesian hyung, tetapi aku ada sesuatu perkara untuk bertanya kepada hyung"

"Tanyalah apa saja"

"Selepas hyung kemalangan, hyung pernah berjumpa dengan mereka berdua?"

"Mereka berdua?"

"Ya, mereka berdua. Jeonghan hyung dan seungcheol hyung"

"Kamu mengenali mereka berdua?"  Joshua yang tidak menyangka bahawa dokyeom mengenali mereka berdua

"Oh, jadi hyung tidak mengingati mereka sama sekali?"

"Hyung cuma mengingat sedikit kenangan bersama mereka. Hyung berusaha untuk ingat tetapi gagal" joshua mengeluh kepada dokyeom

"Hyung mahu aku cerita tentang mereka berdua?" Dokyeom mempelawa kepada joshua

"Tentu hyung mahu!" Joshua terus menyetujuinya tanpa berfikir

"Tetapi bukan di sini"

"Baiklah, hyung faham. Apabila hyung tidak ada kerja. Hyung akan kesana"

   Dokyeom menulis alamat rumahnya di kertas kosong kecil dan memasukkannya ke dalam poket baju joshua lalu ia keluar dan pergi dari ruangan itu

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now