35" END

172 12 0
                                    

9 bulan berlalu dengan pantas. Jeonghan masih tidak sedar dari komanya

"Han, hari ini kau macam mana. Kau gembira kan aku bawa makanan kegemaran kau"

Seungcheol yang menjadikan perkara ini sebagai rutinnya. Sentiasa membawa makanan kegemaran jeonghan dan sentiasa bercerita dengannya tentang apa yang terjadi setiap hari semasa dia koma

Seungcheol yang dapat melihat jari jeonghan bergerak sedikit terus memegang tangan jeonghan

"Han, kau dah bangun?" seungcheol melihat jeonghan dengan penuh harapan

Jeonghan membuka matanya dan matanya berkeliaran melihat sekelilingnya yang asing baginya

"Kau kenal aku, kan?" Seungcheol bertanya sekali lagi setelah melihat jeonghan yang hanya terdiam

"C-choi s-seungcheol" jeonghan memandang seungcheol laku memberi senyuman yang sedikit kekok kepadanya

Seungcheol mengambil air lalu memberi kepada jeonghan untuk minum

"Akhirnya kau bangun, han" seungcheol mengusap-usap kepala jeonghan dengan perlahan

"Apa yang berlaku, aku dekat mana sekarang"

"Kau dekat rumah aku sekarang. Joshua yang rawat kau dekat sini"

Selepas 3 bulan jeonghan berada dalam koma. Doktor mengatakan bahawa jeonghan dalam keadaan yang baik hanya saja dia masih enggan untuk bangun. Jadi, seungcheol merancang untuk membawa jeonghan pulang dan membiarkan joshua yang merawatnya di sini

"Kenapa aku di sini?" Jeonghan yang separuh sedar masih keliru dengan persekitarannya

"9 bulan yang lepas, kau terkena tembakan oleh mingyu sebab kau lindungi aku. Lepas kau masuk dalam ruang kecemasan. Doktor cuba buat pembedahan untuk buang tumor kau. Dan berjaya tapi kau berada dalam koma selama 9 bulan" seungcheol menjelaskan apa yang terjadi kepadanya

"A-aku koma selama 9 bulan. Dan kau masih tunggu aku?"

"Han, tentu aku tunggu kau. Aku akan tunggu kau selamanya sampai kau mahu bangun"

"Ada-ada ja kau, aku nak tanya. Macam mana keadaan sekarang di sini. Mingyu macam mana?"

"Lepas dia lari dari kejadian tu, dia tak pernah munculkan diri lagi dekat sini. Aku dah siasat tentang dia 3 bulan yang lepas. Dia dah keluar dari korea"

"Kau lepaskan dia?" Jeonghan bertanya lembut kepada seungcheol

"Of course. Lepas kau sekarat kat hospital. Aku dah tak buat benda-benda macam tu. Aku lepaskan dia sebab kau tak suka kan aku jadi pembunuh lagi? Tu pesanan terakhir kau sebelum kau koma"

"Good, ddaddu. Aku bangga dengan kau" jeonghan memeluk seungcheol

Betapa bahagianya jeonghan melihat seungcheol berubah dan tidak menjadi monster seperti dahulu

"Min buat apa sekarang? Joshua? Eomma aku? Semua macam mana?"

"Sabar, han. Aku bagitahu kau satu-satu. Dokyeom sekarang bekerja di bawah aku jadi personal assistant aku. Joshua pula dia seperti biasa menjadi doktor. Doktor yang lebih bertanggungjawab. Aku pula sekarang teruskan syarikat papa aku without jadi leader geng lagi. Aku dah berhenti buat semua tu. Eomma kau duduk dengan dokyeom sekarang di rumah yang aku beli untuk diorang"

"Thankyou, cheol. Appa aku? Appa joshua?"

"Aku tak tahu tentang diorang. Diorang seperti menghilang dari muka bumi. Entah sembunyi dimana"

"Dan kau tahu sekarang joshua dan dokyeom makin dekat. Macam ada sesuatu dengan mereka berdua" memikirkan nya saja membuat seungcheol tersenyum

"What?! But tak salah kan. Dua-dua single" jeonghan tersenyum

"Sama lah macam kita berdua. Kau single aku single. Padanlah kita berdua" seungcheol mendekatkan mukanya ke wajah jeonghan

"Seungcheol, aku sayang kau tau" jeonghan mencium pipi seungcheol lalu menutup wajahnya dengan kedua tangannya

"Oh kau goda aku,ya!" Seungcheol menarik selimut di hadapannya lalu menutupinya dengan jeonghan

"cheol, a-aku baru bangun dari koma" jeonghan mengelabah kerana bibir seungcheol berada di lehernya

"Takda, siapa suruh kau yang mula dulu"

-END-

Maaf jika ada kekurangan tentang cerita ni. First time mengarang jadi hanya mengeluarkan apa yang ada dalam otak 😅

Enjoy!🌻❤️

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now