32"

74 13 0
                                    

Mingyu meletakkan pistolnya di kepala seungcheol

"Heh! Akhirnya kau beraksi! Apa motif kau buat semua ni?" Seungcheol dengan tenang menghadapi mingyu

"Sebab kau adik aku jadi trauma! Sebab kau appa aku mati! Kenapa kau bunuh dia? Dia dah minta ampun dekat kau untuk lepaskan dia! Kenapa kau bunuh juga dia? Apa salah dia?!"

"Untuk adik kau, aku tak nafikan benda tu tapi appa kau? Lelaki tak guna tu? Dia cuba bunuh aku dengan letak racun dalam minuman aku! Benda tu tak dapat dimaafkan mengikur prinsip aku"

"Tapi kau tak perlu sampai bunuh dia! Cukup ugut dia saja, dia dah tua. Dia ada aku dan adik aku lagi yang kena jaga! Kenapa kau buat dia macam tu"

"Dia hampir bunuh aku dan kau nak aku lepaskan dia? Kalau aku lepaskan dia! Apa yang dia akan rancang lagi. Appa kau yang khianat aku dulu. Kalau dia tak khianat aku, aku takkan bunuh orang tua tu"

Seungcheol merampas pistol yang berada di kepalanya sementara mingyu masih leka kerana rasa marahnya. Seungcheol menendang perut mingyu sehingga mingyu jatuh di bawah

Jeonghan dan joshua merasakan ketegangan semasa mereka beradu mulut.

"Kau tahu, mingyu. Lepas aku tahu kau yang bunuh papa aku. Aku tak ada niat nak bunuh kau sebab aku dah janji dengan jeonghan untuk tak membunuh lagi. Tapi kau! Kau culik orang yang paling aku sayang dan kau cuba ugut aku menggunakan dia?  " perasaan marah seungcheol yang dia pendam selepas tahu mingyu juga mengkhianatinya membuak hari ini

"Kau buat ja apa yang kau nak buat, seungcheol. Waktu aku rancang semua ni aku dah tahu sama ada aku atau kau yang mati  dekat sini"

"Heh! Aku dah ampunkan kau mingyu, tapi kau! Kau cabar aku! Kalau aku bawa kau jumpa appa kau harini, kau nak?" Seungcheol menunjukkan senyuman haus membunuhnya

Jeonghan yang melihat keadaan itu dilayar terus panik. Dia terus mencari bilik yang ada seungcheol untuk menghentikannya

" kau tahu, seungcheol. Papa kau yang buat keluarga joshua kemalangan? Sebab papa joshua dah tak mahu bantu papa kau buat kerja gila dia. Dan sebab tulah dia rancang nak bunuh papa joshua! Aku saja cakap aku yang rancang semua tu sebab nak tengok reaksi joshua! Papa kau dan mama joshua mati pada hari yang sama sebab aku bunuh papa kau tepat lepas tahu dia yang menyebabkan kemalangan tu!? Aku muak untuk tunggu?!"

Mingyu meluahkan semua yang selama ini dia pendam memandangkan dia rasa dia akan mati hari ini

"Terima kasih sebab bagitahu walaupun kau takkan selamat hari ini!" Seungcheol mengarahkan pistol yang dipegangnya ke arah jantung mingyu

"Seungcheol-ah" jeonghan menjerit untuk menghentikan seungcheol

Seungcheol menoleh ke arah jeonghan dan dia melihat penampilan jeonghan yang tak seperti orang. Mukanya pucat dan bajunya berlumuran darah. Tiada lagi tenaga yang terlihat di wajah jeonghan

Mingyu menggunakan kesempatan yang ada untuk mengambil pistol yang berada di dekatnya sementara seungcheol yang sedang leka melihat jeonghan

"Seungcheol, awass!"

Jeonghan menjerit ke arah seungcheol

Pang...

Mingyu menembak ke arah seungcheol

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now