07"

101 13 0
                                    

Tuk.tuk.tuk

"Tuan, boleh saya masuk" wonwoo mengetuk pintu bilik seungcheol

"Sure. Masuklah"

"Saya dah cari maklumat yang tuan nak. Yoon jeonghan sekarang tinggal di alamat yang sama dengan kawasan rumah lama tuan. Eomma dan appanya telah bercerai 4 tahun yang lepas dan jejak bapanya sudah tidak terlihat sejak itu"

"What? Ahjumma and ahjussi dah cerai" seungcheol tergamam

"Hong joshua pula?" Tambahnya lagi

"Hong joshua sekarang tinggal di busan. Dia bekerja sebagai doktor . Doktor yang boleh dikatakan terkenal sangat handal"

"Wah shua, kau dah berjaya capai cita-cita kau"

"Tapi tuan" wonwoo menyelit

"Tapi apa?!"

"Tapi encik joshua tak pernah balik ke seoul sejak 10 tahun yang lepas" wonwoo menjelaskan kepada seungcheol

"Maksud kamu?" Muka seungcheol terkejut

"7 tahun yang lepas, joshua mengalami kemalangan yang teruk. Ibunya terkorban dalam kemalangan. Dia juga mengalami amnesia"

"J-joshua mengalami k-kemalangan dan a-amnesia?" Seungcheol tergamam dengan apa yang dia dengar

"Ya tuan"

"Okay, kamu boleh keluar sekarang. Terima kasih atas infonya"

Wonwoo pun keluar dari bilik seungcheol atas arahannya.

Seungcheol terduduk di sofa. Dia tidak habis fikir semua jadi kacau setelah dia balik kesini. Dia termenung sangat lama di sofa

"What? So selama ni han tinggal di sana sendiri 10 tahun? Sendiri tanpa aku dan shua?" Dia tertanya kepada dirinya sendiri

Seungcheol yang merasa kasihan terhadap jeonghan. Dia berfikir selama ini joshua ada di sisi jeonghan. Dia tahu perangai jeonghan. Jeonghan hanya ada kami berdua. Walaupun sifatnya ceria. Tapi dia tidak mudah membuat kawan

"Kalau macam tu, aku kena pergi jumpa jeonghan. Kesian dia sendirian" gumamnya

seungcheol menunggang motosikalnya untuk ke rumah jeonghan. Setelah sampai, seungcheol meletak motosikalnya jauh sedikit dari rumah jeonghan

Tuk.tuk.tuk

Seungcheol mengetuk pintu rumah jeonghan tetapi tidak ada yang menyahut. Jadi dia menunggu di meja diluar rumah jeonghan

"Siapa yang mengetuk? Sepanjang 10 tahun belum ada yang pernah mengetuk pintu rumah melainkan ibu. Tapi ibu ada di biliknya" jeonghan tertanya-tanya

Jeonghan turun dari biliknya untuk membuka pintu

"Ya encik, cari siapa?" Jeonghan tidak mengenali seungcheol kerana seungcheol duduk membelakanginya

"han" seungcheol mengalihkan badannya ke arah jeonghan

"H-han, nama ni hanya ibu,cheol dan shua saja yang pernah memanggilku" bisik jeonghan dalam hatinya

Mendengar panggilan itu membuat jeonghan mengeluarkan air matanya

"S-s-seungcheol??!!!!" Jeonghan terkejut setelah melihat wajah lelaki yang berada tepat di depannya

"Ya aku" seungcheol memeluk jeonghan dengan erat

Jeonghan membalas pelukan seungcheol dengan senyuman bahagia

"a-akhirnya kau datang juga" jeonghan melepas pelukan seungcheol

"ya aku datang" seungcheol mengusap air mata jeonghan

"Why are you crying, han" tanya seungcheol

"Kau tanya aku kenapa aku menangis? Kau tu kenapa baru sekarang datang? Aku tunggu kau lebih dari 10 tahun. Janji entah kemana" jeonghan sedikit merasa menjengkelkan untuk melihat wajah seungcheol

"jangan merajuk dengan aku, han. Aku boleh jelaskan" seungcheol memegang tangan jeonghan

"Now, jelaskan kepada aku. Kenapa kau baru datang sekarang dan kenapa kau berpakaian macamni. Pelik" jeonghan memandang pakaian seungcheol yang serba hitam itu

"Papa dah meninggal, han" seungcheol menjelaskan sebabnya tidak kembali 10 tahun yang lalu

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now