"Seungcheol-ah, kau tahu kan even aku buat pun sekarang semua dah terlambat?!"
Jeonghan menamatkan ayatnya dengan memberi senyuman manis kepada seungcheol
Seungcheol menatap jeonghan dengan amat lama sebelum dia membalas pertanyaan jeonghan itu
"Jeonghan-ah, kau boleh cuba kan. Benda ni kita tak pasti tapi tak masalah kalau kita cuba"
Seungcheol memujuk jeonghan agar dia menyetujui untuk melakukan pembedahan
"Aku boleh buat pembedahan tapi dengan satu syarat"
"Speak"
"Aku nak joshua, sahabat kita yang menjadi doktor untuk bertanggungjawab ke atas aku"
"T-tapi dia sekarang?!"
"Dia doktor,bukan? Dia lupa ingatan atau tak, takkan dia menolak kalau kau minta dia tolong aku"
"Okay, aku akan cuba sedaya upaya untuk cari dan minta tolong kepada dia"
Seungcheol terpaksa menyetujui saja permintaan jeonghan
"Thankyou,ddadu! Now aku nak pergi mandi dan aku nak pergi ke tasik untuk melukis. Dah lama aku tak melukis" jeonghan mencium pipi seungcheol lalu bangun menuju ke bilik air
Seungcheol tersipu malu selepas menerima ciuman itu
Seungcheol menelefon wonwoo sementara jeonghan sedang membersihkan diri
"Wonwoo, saya nak kamu uruskan perjumpaan saya dengan hong joshua, doktor yang berkerja di hospital *** , seoul. Atas nama saya sendiri"
Jeonghan sudah selesai mandi dan dia mendengar seungcheol sedang melakukan perbualan telefon
Seungcheol yang melihat jeonghan terus menutup telefon
"Kau dah selesai?!"
"Ya, aku nak siap dan keluar sekarang. Kau tak perlu hantar aku tau" jeonghan menolak terlebih dahulu kerana dia tahu seungcheol pasti akan mempelawa dirinya untuk menghantarnya
"But, aku tak nak kau dalam bahaya kalau kau pergi seorang"
"It's okay,cheol. Aku dah besar panjang. Siapa yang nak sakitkan aku"
"Fine! Kau pergi baik-baik. Balik sebelum jam 8 malam"
"Arraso choi seungcheol"
jeonghan keluar dari rumah lalu pergi ke tempat tujuannya
Tanpa sepengetahuan jeonghan, seungcheol menyuruh orangnya untuk mengawasi jeonghan sebagai tanda berhati-hati
Joshua merenung kembali gambarnya dengan dua sahabatnya itu. Dia mencuba sehabis mungkin untuk mengingat semua tentang masa lalu yang dia lupa. Dia terus-menerus mengingat apa yang dikatakan oleh dokyeom
"Ingat shua ingat! Kau perlu ingat! Aku rasa benda yang aku lupa ni macam penting so try hard joshua!"
Joshua memaksa dirinya untuk mengingat dan akhirnya setelah 2 jam dia memaksa dirinya, dia berjaya untuk mengingati perkara yang membuat jeonghan trauma
"What?! This is? Inilah yang dikatakan dokyeom?" Joshua terkejut selepas di fikirannya terlintas satu situasi yang baginya agak di luar jangkaan
Joshua jatuh dan pengsan kerana otaknya mengalami tekanan yang sangat tinggi
Joshua tersedar dari tempat yang dia tidak tahu, dia tidak melihat dengan jelas sosok lelaki yang berada di depannya kerana kepalanya masih pusing dan matanya sedikit kabur
"Kau dah bangun?" Lelaki itu mengangkat mukanya lalu melihat ke arah joshua
Joshua melihat wajah lelaki itu ditutupi oleh penutup muka
"Kau siapa?!"
"Aku siapa? Kau tak layak tahu siapa aku hong jisoo"
"Macam mana kau tahu nama tu? Kenapa kau ikat aku di sini"
"Don't move, salahkan diri kau sebab kau anak kepada orang suruhan papa sahabat kau!"
"Siapa pula dia? Aku tak kenal dia?! Lepaskan aku" joshua meronta-ronta mahu melepaskan dirinya
"Kau ingat kejadian 8 tahun yang lalu, ibu kau mati? Aku yang bunuh dia" lelaki misteri itu ketawa melihat muka joshua yang sedang hilang arah
"K-kau bunuh ibu aku? Kenapa?! Cuma kenapa?!" Joshua meninggikan suaranya ke arah muka lelaki misteri itu
"Ibu kau yang tak bernasib baik. Dia lindungi kau dan bapa kau yang jahat macam iblis tu! Aku dah tetapkan untuk biarkan ibu kau hidup tapi kenapa orang tak bersalah selalu pergi dulu?!"
"Kenapa kau nak bunuh aku dan bapa aku?" Joshua menanya kepada lelaki misteri itu
"Sebab korang semua penyebab adik aku jadi macam tu !"
Lelaki misteri itu mengambil batu lalu menghempuk kepala joshua. Kepala joshua di penuhi darah dan disebabkan itu dia tiba-tiba mengingati kembali semua masa lalunya
"Kau terlalu lembab, ini hadiah aku untuk kau. Ingatlah kembali hong jisoo. Aku tunggu kau dan choi seungcheol"
Lelaki misteri itu beredar pergi dari situ tapi sebelum itu dia menghantar mesej kepada seseorang untuk menemui joshua di tempat tersebut
Kenapa dia tidak terus mengakhiri hidup Joshua? Kerana baginya dia tidak mau dirinya sama seperti mereka menganayai orang yang tidak bersalah atau tidak tahu apa-apa seperti Joshua yang tidak mengingat masa lalunya
"Hyung!hyung!" Dokyeom panik melihat kepala joshua dipenuhi darah
Dokyeom terus membawa joshua ke rumahnya untuk mengubatinya. Dia tidak membawa joshua ke rumah sakit kerana mesej yang dia terima berkata kalau dia membawa joshua ke rumah sakit dan melapor kepada polis, orang seterusnya yang akan berakhir seperti ini adalah bapanya
YOU ARE READING
secret within a secret | jeongcheol
Fanfiction[COMPLETE]☑️ Seungcheol , jeonghan dan joshua bersahabat sejak berumur 16 tahun . Namun disebabkan oleh masa depan, mereka berpisah untuk mengejar kerjaya masing-masing . Mereka berjanji untuk bertemu kembali 3 tahun kemudian.. Tiga tahun kemud...