04"

105 12 0
                                    

Setelah perpisahan seungcheol , jeonghan dan joshua. Mereka tidak pernah lagi berkomunikasi selepas itu mahupun di telefon atas sebab tersendiri

10 tahun kemudian...

"maafkan aku, han. Aku tak dapat nak tepati janji aku kepada kau" seungcheol menatap gambarnya dengan jeonghan di atas meja

"Cheol, turun bawah kejap sayang" mama seungcheol memanggil

"Okay ma"

Seungcheol turun ke bawah rumah dengan segera apabila mendengar mamanya memanggil..

"What's wrong ma?" Tanyanya

"Kamu berkeras nak balik ke sana juga?"

"Ya ma, cheol tetap nak balik sana. Sepatutnya 10 tahun yang lepas tapi..." Perkataan seterusnya yang ingin diucapkan nya amat menyakitkan sehingga membuat mulutnya tersekat

"ya mama faham. Kamu kena pikul semua tanggungjawab semenjak papa kamu tiada" mama seungcheol menghembus nafas panjangnya

"Why ma? Jangan mengeluh. Cheol tahu bukan semua ni yang kita nak. Takdir yang berkata lain" seungcheol cuba untuk menenangkan mamanya

"Tapi mama kesian tengok kamu, kamu terpaksa korbankan cita-cita kamu demi keluarga kita"

"No ma! Walaupun cheol tak dapat nak jadi pilot. Cheol gembira dapat bantu keluarga kita dari muflis" seungcheol bertegas

Setelah ke luar negara, seungcheol merancang untuk mencapai cita-citanya yang mahu jadi pilot. Tetapi tiba-tiba papa seungcheol telah dibunuh oleh musuhnya. Dan itu yang membuat seungcheol terpaksa mengambil alih kerja papanya kerana selepas papanya meninggal. Keluarga mereka dikurumi musuh papanya dan itu membuat keluarganya hampir muflis.

"dont worry papa, cheol akan balas dendam kepada siapa yang membuat papa meninggal dan buat mama sedih" seungcheol mengenggam tangankan dengan mukanya yang dingin

Seungcheol akan pulang ke korea minggu hadapan. Tujuannya memang untuk bertemu dengan jeonghan tetapi sebenarnya tujuannya yang paling utama adalah balas dendam. Ya balas dendam.

Kenapa di korea? Kerana setelah 5 tahun kematian papanya. Dia berusaha mencari siapa dalang dari pembunuhan papanya . Semua petunjuk menuju ke arah korea. Lebih mengejutkan petunjuk itu menuju di tempat yang dia pernah tinggal bersama - sama sahabatnya

Pelik? Sangatlah pelik. Seungcheol tak habis fikir bagaimana boleh ada kebetulan seperti ini.

Jeonghan berada di luar rumah nya dan matanya menatap ke awan

"manusia kan, janji yang senang macam tu pun tak boleh nak tepati" jeonghan bercakap dengan dirinya sendiri

"Kenapa, nak" eomma jeonghan bertanya

"Tak ada apa-apa , han cuma rasa macam mana ya seseorang tu boleh tak tepati janji yang dibuat. Malah mereka adalah sahabat kita sendiri" jeonghan memutar belitkan perkataannya agar eommanya tidak tahu yang dia bercakap tentang seungcheol dan joshua

"terkadang mereka pasti ada alasannya sendiri, nak"

"alasan eomma cakap? Kalau diorang masih sayangkan persahabatan kami kenapa perlu lebih 10 tahun untuk jelaskan? Sedangkan sekarang pun diorang tak cari han" jeonghan terlepas cakap kerana terbawa-bawa dengan emosinya

"Kamu bercakap tentang cheol dan shua ya, nak" eomma jeonghan menepuk bahu jeonghan dengan perlahan

"Erkk. Y-y-ya eomma. Han bercakap tentang diorang" kekok jeonghan membalas

"Han sayang eomma, dengar eomma cakap. Terkadang kita tak boleh terlalu berharap dengan janji manusia. Kita juga tak boleh nak berekspetasi tinggi terhadap mereka."

"T-tapi eommaa"

"Han, eomma pasti cheol dan joshua ada sebab yang tersendiri. Kenapa mereka tak boleh nak tepati janji yang kalian bertiga buat. Kalau mereka berdua datang cari kamu sekarang. Cubalah dengar penjelasan mereka dulu ya, nak" eomma jeonghan memeluk tubuh jeonghan yang kecil itu

"Baiklah, ma" jeonghan mengangguk kepalanya tanda setuju dengan perkataan eommanya

Setelah perbualan jeonghan dan eommanya, dia berjalan pergi ke bawah pokok yang dijanjikan oleh mereka bertiga untuk berjumpa

"Seungcheol-ya , joshua-ya... Aku masih marah dengan korang tapi aku harap korang berdua datanglah secepatnya . Beri aku penjelasan yang sepatutnya. Aku cuma takut aku tak sempat nak jumpa korang" jeonghan menatap gambar mereka bertiga yang digantung di pokok itu.

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now