"Jeonghan-sshi, apa yang perlu kita lakukan sekarang"
"Sekarang aku akan awasi tindakan choi seungcheol dulu. Dan semalam aku dah suruh min untuk awasi hong joshua bagi pihak aku"
Jeonghan memberitahu kepada empat anggota yang lain
"Hoshi, kau sekarang siasat tentang siapa mangsa seungcheol pada malam khamis minggu lepas"
Hoshi hanya mengangguk tanda setuju untuk menyiasat tentang mangsa tersebut
"Korang berdua. Macam biasa awasi dari jauh tentang situasi sekarang. Aku nak tengok sejauh mana rancangan mereka"
"Baiklah" woozi dan vernon membalas serentak
"Untuk kau. Kau jangan buat apa lagi. Cukup dengan culik joshua haritu. Itu pun tanpa persetujuan kami bertiga. Aku tak nak semua ni jadi kacau. Kita rancang slowly "
"Ada sebab aku bagitahu kau siapa yang buat adik kau sampai dia jadi macam tu. Seungcheol dipaksa untuk buat benda tu sebab masa tu dia kecil lagi. Aku siasat dalam diam cuma nak diorang hentikan buat semua benda ni dan ada kehidupan normal" tambah jeonghan lagi
"Okay aku faham. Aku akan tunggu arahan kau untuk tindakan selanjutnya. Tapi malam ni diorang berdua akan berjumpa di *** lagi , katanya ada seorang lagi mangsa"
"It's okay. Perkara tu aku dah urus. Aku tahu perangai seungcheol. Aku dah jumpa mangsa diorang. And aku dah cakap apa yang patut dia tak cakap waktu seungcheol soal dia. Aku yakin seungcheol akan lepaskan dia"
jeonghan dengan yakin mengatakan bahawa sifat membunuh seungcheol dapat dikawal
"Aku nak tahu apa perasaan kau kalau dapat tahu orang yang paling kau sayang ni sedang siasat kau dalam diam" jeonghan bercakap dengan dirinya sendiri
"Pertemuan kita sampai disini. Aku kena balik sebelum seungcheol syak kenapa aku terlalu lama di luar" jeonghan pergi meninggalkan tempat di mana mereka selalu berjumpa
Jeonghan yang sudah sampai di rumah seungcheol tiba-tiba batuk sekali lagi
"Han, kau tak apa-apa?" Seungcheol mengikuti jeonghan ke dapur
"Oh, tak apa. Macam biasalah. Batuk sikit" jeonghan tersenyum melihat seungcheol
"H-hidung kau darah, han. " seungcheol dengan cepat mengambil tisu untuk mengelap hidung jeonghan
Seungcheol membawa jeonghan naik untuk berehat di biliknya
"Han, malam ni aku nak keluar kejap. Kau jaga diri dirumah ya" seperti biasa seungcheol sentiasa memberitahu jeonghan jika dia mahu keluar
"Cheol, kau keluar malam ni selalu ingat aku tau"
"Apa maksud kau ni?" Seungcheol tersengih kerana dia menganggap maksud jeonghan itu ke arah lain
"Maksud aku, kalau kau nak buat apa-apa selalu ingat aku. Jangan terlalu ikut perasaan kau. Aku selalu ada di samping kau" jeonghan memeluk seungcheol sambil menggosok bahunya
"Baiklah. Aku akan selalu ingat kau" seungcheol hanya mengganggap ayat jeonghan seperti biasa. Tiada yang mencurigakan baginya
Pada malam hari, seungcheol keluar ke tempat yang dijanjikan bersama joshua
Jeonghan sedang menelefon seseorang
"Awasi gerak geri mereka, seungcheol sudah bertolak ke sana"
"Baik, aku dan mingyu sudah ada di tempat mereka. Jika ada apa-apa aku akan segera menelefon hyung"
"Okay, aku tutup sekarang"
Jeonghan berjalan duduk di sofa lalu menghela nafas yang panjang
"Ini harapan aku yang terakhir untuk kau, ddadu. Dan kau juga shua. Aku akan tengok sama ada kau boleh tahan nafsu kau untuk membunuh atau tidak. Kalau tidak, aku sendiri yang akan hadapi dan selamatkan kau dari perkara seperti ini"
Tingtong... Bell rumah jeonghan berbunyi
"Min, masuklah. Hyung ada didalam"
"Hyung, seperti jangkaan hyung. Joshua hyung memang keluar malam ni. Aku nampak gerak geri dia dan seungcheol hyung sangat mencurigakan"
"Huh?! Aku harap mereka tidak melakukan perkara yang paling aku tak ingin terjadi"
"Kalau diorang membunuh juga malam ni, apa kau nak buat?" Woozi bertanya kepada jeonghan
Ya... Woozi dan minghao berada di rumah jeonghan untuk melihat apa yang akan diperbuat oleh seungcheol dan joshua
"Aku akan hadapi mereka sendiri. Aku harap mereka cukup sekadar menyeksa lelaki itu dan yang paling aku harapkan seungcheol tidak membuka penutup mukanya" keluh jeonghan kepada woozi , minghao dan dokyeom
Di dalam ruangan itu terlihat seorang lelaki yang sedang diikat di kerusi seperti biasa
"Should i kill you? Or just torture you?" Seungcheol berjalan mengelilingi lelaki itu
"Now i ask you some question. Kalau jawapan kau kena dengan hati aku. Aku takkan bunuh kau"
Seungcheol dan joshua saling melempar senyuman psycho mereka
YOU ARE READING
secret within a secret | jeongcheol
Fanfiction[COMPLETE]☑️ Seungcheol , jeonghan dan joshua bersahabat sejak berumur 16 tahun . Namun disebabkan oleh masa depan, mereka berpisah untuk mengejar kerjaya masing-masing . Mereka berjanji untuk bertemu kembali 3 tahun kemudian.. Tiga tahun kemud...