Hari-hari mereka sebelumnya seperti biasa, ada suka dan duka yang tersendiri. 3 tahun mereka meluangkan masa bersama. Hubungan mereka semakin rapat
Selepas percakapan mereka tentang perpisahan itu, mereka tidak pernah lagi menyentuh tentang percakapan itu
Bagai angin yang berlalu pergi, mereka bertiga melupakan begitu saja apa yang mereka cakap dahulu. Mereka lebih memilih untuk berserah kepada takdir.
3 tahun kemudian...
Tanpa sedari, masa berlalu sungguh cepat. Tinggal 10 hari lagi sebelum hari kelulusan sekolah mereka bertiga.
"Dalam tak sedar, tinggal lagi 10 hari ja kita nak lulus kan guys" ucap seungcheol sambil mengenang kenangan mereka di masa lalu
"Itulah tu, dan lagi 10 hari juga kau nak tinggalkan kami berdua" jeonghan memulakan percakapan yang selama ini mereka hindari
"Korang jangan sedih, aku dah janji kan lepas aku habiskan pelajaran aku dekat sana. Aku balik sini lagi" pujuk seungcheol
"Korang, aku ada nak cakap sesuatu" pelan joshua menyelit perbualan mereka
"Apa?" Serentak seungcheol dan jeonghan menjawab
"Tapi kau tetap kena bertenang tau, han" suruh joshua
"Alah cakap ja"
"Sebenarnya, lepas lulus sekolah. Aku akan pindah ke busan" joshua menjelaskan dengan rasa bersalah
"Whattt??!!!! Kau pun nak tinggalkan aku shua?" Jeonghan terkejut selepas mendengar apa yang dikatakan joshua itu
"Kau serius la? Aku ingat kau nak teman han dekat sini?" Tanya seungcheol melulu
"Memang aku nak begitu tapi apa yang aku nak tak ada kat sini" balasnya
"Korang berdua sama saja, tinggalkan aku sebab nak kejar cita-cita sendiri" ucap jeonghan dengan mengeluarkan air mata
"kau jangan menangis han, aku tak sanggup tengok kau macam ni" seungcheol mengusap air mata jeonghan
"Aku bukan apa, aku tahu korang. Aku faham sangat. Siapa aku nak halang korang berdua. Tapi aku cuma takut nanti korang berubah bila kita jumpa lagi" jeonghan mengungkapkan kerisauannya
"Aku tak lama pun dekat sana. 3 tahun saja" joshua menjelaskan kepada jeonghan
"Ok aku ada idea" seungcheol memikirkan sesuatu untuk menenangkan jeonghan
"Apa lagi ni" jeonghan seperti malas mendengar
"Lagi 3 tahun, aku dan joshua balik sini jumpa kau lagi. Aku akan usahakan diri aku untuk balik" ungkap seungcheol dengan ideanya itu.
"Haah, betul tu han. Nanti kami balik sini lagi. Kita jumpa dekat bawah pokok yang selalu jadi saksi persahabatan kita bertiga" joshua menambahkan cadangan lagi
"K-korang janji, kan?" Jeonghan menghulurkan kedua jari kelingkingnya kepada seungcheol dan joshua
"ya, aku dan joshua janji dengan kau" seungcheol mengucapkan dengan tanpa berfikir terlebih dahulu
"Kalau macam tu oklah, aku nak peluk korang berdua" jeonghan mendepa kedua tangannya untuk memeluk kedua sahabatnya itu
Seungcheol dan joshua pun membalas pelukan jeonghan
YOU ARE READING
secret within a secret | jeongcheol
Fanfiction[COMPLETE]☑️ Seungcheol , jeonghan dan joshua bersahabat sejak berumur 16 tahun . Namun disebabkan oleh masa depan, mereka berpisah untuk mengejar kerjaya masing-masing . Mereka berjanji untuk bertemu kembali 3 tahun kemudian.. Tiga tahun kemud...