10"

100 13 0
                                    

    Seungcheol menunggang motosikalnya untuk ke rumah jeonghan. Setelah sampai, dia mengetuk pintu rumah jeonghan tetapi tidak ada siapa yang menyahut atau membuka pintu itu.

Hampir satu jam seungcheol menunggu jeonghan di luar pintu. Kebetulan hari ini jeonghan keluar dari rumah sakit dan dia dalam perjalanan untuk pulang ke rumah

Sesampai jeonghan di dekat rumahnya, dia melihat kelibat seungcheol yang berada di depan rumahnya

"Seungcheol?" Jeonghan menegur seungcheol dari jauh

"Han? Kau dari mana. Dah lama aku tunggu kau di sini"

"A-aku dari rumah sakit. Kenapa kau tak cakap nak datang sini" tanya jeonghan

"Nombor telefon kau pun aku takda" sinis seungcheol tersenyum

Jeonghan menghulurkan tangannya dan meminta tefelon seungcheol untuk memberikan nombor tefelonnya

"Thankyou, han"

"Kenapa kau datang sini?" Tanya jeonghan lagi

"Aku tak boleh datang sini jumpa kau? Dua hari lepas aku ada urusan sebab tu aku balik awal. Harini aku nak ajak kau keluar " seungcheol memberitahu niatnya

"Kemana?"

"Secret. Kau ikut saja" seungcheol menarik tangan jeonghan lalu membawanya ke motosikalnya

Seungcheol membawa jeonghan mengelilingi bandar tanpa tujuan

Jeonghan yang berada di atas motosikal itu melihat seungcheol dari belakang sambil menatapnya dengan amat lama

"bagaimana kalau seungcheol tahu aku ada penyakit, akankah dia tinggalkan aku juga?"

Jeonghan memikirkan itu sejenak di fikirannya dan tanpa sedar ia meletakkan kedua tangannya di pinggang seungcheol

"Jeonghan?" Seungcheol memegang tangan kiri jeonghan yang berada di pinggangnya itu

Jeonghan yang mendengar seungcheol memanggilnya itu terus melepaskan tangannya dari pinggang seungcheol

"M-maafkan aku"

"Kau okay?"

"A-aku okay. Kau nak bawa aku kemana, cheol"

"Aku saja nak kau naik motosikal aku, kau orang pertama yang aku tunggang tau?" Seungcheol menggoda jeonghan untuk menghiburnya

Jeonghan yang mendengar perkataan itu dengan tanpa sedar ia tersenyum

Seungcheol membawa jeonghan ke tempat yang tak terduga

"macam mana kau tahu tempat ni?" Jeonghan terkejut

"Tentulah aku tahu, tempat kesukaan kau" seungcheol menatap mata jeonghan

Seungcheol menarik tangan jeonghan lalu membawanya untuk duduk di bangku yang kosong itu

"Kau datang sini nak cakap apa?"

Kesal jeonghan kerana seungcheol seolah-olah menganggapnya seperti tiada perasaan yang ia boleh datang dan pergi daripadanya sesuka hati

"Han, aku nak bagitahu kau sesuatu"

"Apa?"

"Kalau... Cuma "kalau" okay. Kalau suatu hari nanti kau kenal aku sebagai orang jahat dan bukan seungcheol lama yang kau kenal dulu, apa kau nak buat ?"  Seungcheol terus ke intinya

"A-apa yang kau merepek ni?" Jeonghan cuba menganggapnya hanya bahan candaan

"Aku tak merepek. Jawab aku" seungcheol memegang tangannya dengan memberi pandangan yang dingin

"Aku sendiri yang akan masukkan kau dalam penjara"

jeonghan pun ikut memberi pandangan yang dingin dan menatap mata seungcheol

      Seungcheol yang mendengar perkataan dari mulut jeonghan itu terpaku, ia terus memandang ke arah lain dan memasang muka yang sedikit sedih campur kecewa

secret within a secret | jeongcheolWhere stories live. Discover now