" doktor, jangan diam saja. Saya nak tahu keadaan sahabat saya!" Joshua menjerkah doktor tersebut
"Baiklah, saya akan bagitahu sekarang tentang keadaaan pesakit. Saya berjaya mengeluarkan dua peluru dari perutnya. Dan masalah tumor di kepalanya juga saya berjaya mengeluarkan semua tumor tapi..." percakapan doktor itu terhenti
"Tapi apa doktor!" Mereka bertiga serentak membalas kepada doktor
"Tapi pesakit mungkin berada dalam koma. Paling singkat masa komanya 2 - 6 bulan. Ataupun pesakit tak kan bangun kembali"
"Doktor kata pembedahan tu berjaya?!" Seungcheol mencelah percakapan doktor itu kerana kesabarannya mulai menipis
"Kamu dengar dulu penjelasan saya. Ini bergantung kepada pesakit. Keinginannya untuk bangun. Ini akan menjadi masa sulitnya. Saya berharap orang yang terdekat pesakit sentiasa berada di sisinya untuk menguatkan semangatnya untuk kembali bangun" doktor itu berlalu pergi
Jeonghan dipindahkan ke bilik vip atas permintaan seungcheol. Dia mahu yang terbaik untuk jeonghan
Seungcheol masuk terlebih dahulu untuk menemui jeonghan yang sedang tidur panjang itu
"Jeonghan-ah, aku datang untuk jumpa kau ni" Seungcheol memegang tangan jeonghan lalu mengelusnya dengan lembut
"Kau kena kuatkan diri kau tau, aku tahu kau kuat! Kau kena bangun. Adik kau masih memerlukan kasih sayang seorang abang"
Seungcheol mengisi air dalam bekas dan menggunakan tuala kecil untuk mengelap badan jeonghan
"Seungcheol hyung, hyung boleh balik dulu untuk bersihkan diri hyung. Dokyeom akan teman han hyung di sini" dokyeom menyuruh seungcheol pulang terlebih dahulu kerana melihat diri seungcheol terlalu kotor dan serabut
"T-tapi hyung nak jaga jeonghan" seungcheol enggan pergi dari sisi jeonghan
"Hyung, hyung balik dulu untuk bersihkan diri hyung. Hyung bawa semua keperluan hyung dan han hyung ke sini. Lepastu hyung tak nak balik pun takpa" dokyeom memujuk seungcheol
"Hmm baiklah macam tu" seungcheol balik bersama joshua untuk membersihkan diri mereka
"Hyung, han hyung perlu semangat ya! Hyung masih ada eomma untuk hyung jaga! Min tak bagitahu eomma hyung takut dia risau. Min cuma cakap hyung seperti biasa ada dengan seungcheol hyung. Dengan itu, eomma takkan risau tentang keadaan hyung"
Dokyeom duduk di kerusi di sebelah katik jeonghan lalu bercakap dengan jeonghan. Doktor berpesan supaya sentiasa bercakap dengan pesakit untuk membuat pesakit semangat dan terus berjuang untuk bangun
Hari-hari yang seterusnya menjadi seperti biasa. Mereka bertiga sentiasa datang dan menjaga jeonghan. Seungcheol tidak pernah pulang, dia hanya pulang sebentar apabila ada kerja yang perlu diselesaikannya di pejabat
YOU ARE READING
secret within a secret | jeongcheol
Fanfiction[COMPLETE]☑️ Seungcheol , jeonghan dan joshua bersahabat sejak berumur 16 tahun . Namun disebabkan oleh masa depan, mereka berpisah untuk mengejar kerjaya masing-masing . Mereka berjanji untuk bertemu kembali 3 tahun kemudian.. Tiga tahun kemud...